News @mStar
KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.
Norman yang ditemui mStar Online berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.
“Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lord’s Tailor, di KL Hiton di sini, malam Ahad.
Awal Januari lalu, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.
Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk dia dan Norman tinggal serumah.
Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada 3 Januari lalu dijawab oleh Memey. more news / previous news
Related Posts:
Abby Abadi Terkejut Dengan Tuduhan Bekas Suami
Abby Abadi terkejut dengan tuduhan bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan terhadapnya.
PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Abby Abadi menganggap bekas suaminya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Baka… Read More
Bekas Suami Abby Abadi Sudah Sedia Jadi Pelakon
PETALING JAYA: Bekas suami
kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah
bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan
wanita itu … Read More
Norman dan Memey Tinggal Serumah ?News @mStar KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah ad… Read More
Abby Abadi Sahkan Enggan Hadir Pernikahan Norman, Memeynews @mStar Abby Abadi Sahkan Enggan Hadir Pernikahan Norman, Memey Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 Septe… Read More
Abby Abadi maafkan Norman, MemeyAbby Abadi maafkan Norman, Memey Abby Abadi dalam laman Facebooknya telah memohon maaf kepada ksemua yang mengenali diri beliau secara peribadi termasuklah bekas suaminya, Norman Hakim dan juga Memey. "Sama-samalah … Read More
0 comments:
Post a Comment