Showing posts with label Mizz Nina. Show all posts
Showing posts with label Mizz Nina. Show all posts

Saturday, March 29, 2014

MIZZ NINA BAKAL TAWAN MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR

MIZZ NINA
Bagi penggiat fesyen tanah air kemunculan Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KL Fashion Week pastinya amat dinanti-nantikan kerana disinilah karya serta kerja seni kreatif pereka fesyen tempatan akan dipersembahkan.

Aura yang sama juga dirasai oleh penyanyi popular Mizz Nina kerana koleksi daripada label fesyennya MizzNina dan Madeena buat pertama kalinya akan dipertontonkan kepada khalayak sempena minggu fesyen penuh glamor itu.

Sumber Mizz Nina memberi tahu, penyanyi berkenaan telahpun dipilih oleh pihak penganjur Minggu Fesyen Kuala Lumpur untuk menayangkan koleksi fesyen ‘funky hijab’ yang disempurnakan dengan penuh bergaya.

Kata sumber itu lagi, sejak berhijrah dan tidak lagi aktif menyanyi, Mizz Nina telah memberikan seluruh jiwa dan raganya untuk jenama berkenaan terutama ketika hari pelancarannya itu nanti.

“Semuanya masih dalam perancangan dan ini adalah tarikan terbaru yang kita dapat lihat dalam kerjaya Mizz Nina selepas bertudung.

“Semuanya masih menjadi rahsia dan tunggu saja ketika pelancaran koleksi Mizz Nina itu pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada Jun ini. Pastinya ada kejutan,” kata sumber yang rapat dengan pihak Mizz Nina.

Bukan sekadar pakaian untuk wanita berhijab, label Mizz Nina jugak bakal melancarkan koleksi kasutnya sendiri yang mengetengahkan rekaan edgy dan dinamik khusus untuk golongan wanita moden lagi berani.

Kata sumber berkenaan, untuk koleksi pakaian Mizz Nina, isteri kepada Noh daripada kumpulan Hujan itu bakal tampil dengan gaya terbarunya yang bakal memberikan impak kepada peminat fesyen hijab di negara ini.

Mizz Nina juga akan diberikan slot khas bagi mempamerkan koleksi fesyen hijab ketika berlangsungnya Islamic Fesyen Festival sepanjang minggu fesyen yang dinanti-nantikan itu.

Sumber : Murai

Wednesday, March 12, 2014

Noh Salleh Mungkin Berhenti Muzik

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengakui tidak mustahil sekiranya dia berhenti melibatkan diri di dalam bidang nyanyian pada masa akan datang nanti.
Noh, 29, berkata, ini kerana isterinya, Mizz Nina yang kini sudahpun berhijab telah memberikan bayangan supaya penyanyi itu memperlahankan karier muziknya.

"Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan.

"Tetapi apa yang saya boleh buat selepas itu, saya pun tidak pasti. Ini kerana, muzik bukan sekadar minat dan jiwa semata-mata tetapi hanya skil bermain muzik sahaja yang saya tahu untuk dijadikan sebagai punca rezeki setakat ini," katanya.

Noh ditemui pada sesi pra dengar lagu-lagu solo terbaharu di studio milik penyanyi itu sendiri, Pharcyde Studio di sini pada Selasa.

Ditanya pula mengenai keputusan Nina atau nama sebenarnya  Shazrina Azman, 33, yang enggan melibatkan diri lagi di dalam dunia seni muzik, Noh berkata, dia menerima segala keputusan isteri kesayangannya itu dengan hati yang terbuka dan tidak mendesak Nina dalam melakukan sesuatu perubahan diri.

Sementara itu, Noh buat pertama kalinya selepas lapan tahun bersama dengan kumpulan Hujan kini mengambil langkah baharu dengan muncul dengan album solo pula.

Noh berkata, selepas sekian lama mengumpul keyakinan diri menerusi Hujan, baru kini dia percaya diri untuk menghasilkan album solo yang memuatkan sebanyak lima buah lagu.

"Ilham menghasilkan lagu-lagu ini selepas mencipta lagu duet bersama isteri iaitu Kurnia.
"Menerusi album ini, saya mahu mengalih minda pendengar dengan menyuntik elemen muzik pop nusantara," ujarnya.

Noh akan mengeluarkan empat buah lagu dahulu iaitu Angin Kencang, Biar Seribu, Bunga Di Telinga dan Sang Penikam sebagai lagu single. Baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Monday, March 3, 2014

Mizz Nina Nekad Berhenti Menyanyi

Penyanyi 'Mizz Nina' nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut.

"Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam.

"Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya.

Tambah isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia juga telah membatalkan hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dan bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan itu.

Dalam pada itu, sebagai langkah pertama di bidang pengacaraan, Mizz Nina bakal muncul di televisyen bagi mengacarakan sebuah program kanak-kanak berbentuk keagamaan tidak lama lagi.

"Saya tidak boleh beritahu lagi judul program tersebut kerana ia akan diberitahu pada majlis pelancarannya.

"Apa yang saya boleh katakan saya mengendalikan program tersebut dalam bahasa Inggeris dan ia lebih memaparkan mengenai akademik kanak-kanak," ujarnya. Baca artikel penuh

Source: Mstar

Saturday, July 2, 2011

Photo: Noh & Mizz Nina Selamat Diijabkabulkan

News @mStar

Photo: Noh & Mizz Nina Selamat Diijabkabulkan

Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman,31.

Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 10.20 malam, Jumaat.

Manakal bapa Noh, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias bertindak sebagai saksi kepada kedua-dua pengantin.

Turut serta menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak. more

Sunday, June 26, 2011

Mizz Nina Berduet Dengan Artis Amerika, Flo Rida

news @mStar

Mizz Nina Berduet Dengan Artis Amerika, Flo Rida

Khabar angin mengenai penyanyi Mizz Nina akan berduet dengan penyanyi Hollywood, Justin Timberlake akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sebenarnya berduet dengan penyanyi hip hop antarabangsa, Flo Rida dengan single lagu Take Over,

Menurut Nina, khabar angin tersebut adalah tidak benar dan dia tidak pernah berbincang dengan pihak pengurusan Justin bagi sebarang perancangan duet.

"Isu mengenai kolaborasi dengan Justin adalah khabar angin semata-mata. Dan ya, saya sudah pun bekerjasama dengan Flo Rida menerusi lagu terbaru Take Over.

“Saya berasa amat bertuah kerana dapat berduet dengan Flo Rida untuk single terbaru ini tambah pula dia seorang yang popular di kalangan penyanyi-penyanyi Amerika Syarikat. Harap-harap, Take Over dapat diterima ramai dan kami akan cuba 'menggegarkan' dunia menerusi lagu ini," kata Nina.

Tambah tunang kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia berharap lagu genre R&B, hip hop dan dance itu diterima umum seperti lagu single solo pertamanya, What You Waiting For (duet dengan Colby O'Donis). more

Monday, June 13, 2011

Kad Kahwin Noh dan Mizz Nina Mula Diedar

news @mStar

Kad Kahwin Noh dan Mizz Nina Mula Diedar

Ikatan pertunangan antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, dan penyanyi Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, yang berlangsung pada 6 November 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 1 Julai depan.

Tarikh pernikahan itu dipilih bersempena dengan tarikh lahir Nina dimana ia akan berlangsung di rumah keluarganya di Ampang Jaya dengan kehadiran hanya keluarga terdekat sahaja.

Dijangka kira-kira 500 orang tetamu daripada pihak media dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis resepsi pada 6 Julai yang akan berlangsung di Double Tree Hotel, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam. more

Monday, May 23, 2011

Noh Hujan Serah Persiapan Perkahwinan Pada Kakak

news @mStar

Noh Hujan Serah Persiapan Perkahwinan Pada Kakak

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh mengakui kesibukannya dengan komitmen nyanyian memaksa dia menyerahkan persiapan majlis resepsi perkahwinannya dengan penyanyi Mizz Nina di Kuching, Sarawak pada 16 Julai depan kepada kakaknya sepenuhnya. Ujar Noh dia hanya dimaklumkan tentang perkembangan semasa persiapan tersebut menerusi penggilan telefon kakaknya saja.

"Persiapan resepsi kami di Kuala Lumpur diuruskan oleh Nina, manakala persiapan untuk resepsi di Kuching saya terpaksa serahkan pada kakak. "Saya terlalu sibuk dan memang tidak sempat untuk berulang-alik ke Kuching. Mujurlah, ada kakak dan keluarga yang uruskan semuanya. "Ibaratnya, saya hanya tandatangani cek untuk bayaran sebarang persiapan dan dimaklumkan menerusi telefon saja," katanya yang ditemui selepas konsert Jam With Us TV9, di Bukit Bintang, baru-baru ini. more

Friday, April 22, 2011

Justin Bieber Pukau Peminat Di Stadium Merdeka

news @mStar

Justin Bieber Pukau Peminat Di Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR: Kuasa dan daya penarik yang ada pada penyanyi remaja popular, Justin Bieber, 17, berjaya memukau kira-kira 17,000 penonton dalam satu siri konsert jelajah My World Tour yang di adakan di Stadium Merdeka, di sini, malam Khamis.

Penyanyi kelahiran Ontario, Kanada ini membuktikan fenomena luar biasanya apabila tiket-tiket untuk persembahan beliau berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual

Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama beliau.

Bieber menyampaikan lagu-lagu popular daripada albumnya seperti Somebody To Love, One Time, Never Say Never, Love Me, Pray dan lagu berhantunya, Baby.

Penyanyi Mizz Nina turut diberi penghargaan menampilkan persembahan pembuka tirai konsert berkenaan.

Sebelum tiba di Kuala Lumpur bersama kekasihnya, Selena Gomez, Bieber menemui peminatnya dalam konsert serupa di Singapura pada Selasa lalu.

Beliau kemudiannya dijadual berkunjung ke Indonesia dan Australia untuk siri penjelajahan tersebut.

Turut berangkat menyaksikan persembahan beliau di Stadium Merdeka, Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Tuesday, November 16, 2010

Mizz Nina and Noh Hujan

Akhirnya penyanyi Mizz Nina dan pasangannya penyanyi utama Kumpulan Hujan, Noh Salleh membuka mulut mengenai kisah pertunangan rahsia mereka. Muncul berpasangan mengenakan busana yang sama dipakai sewaktu majlis pertunangan, Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka telah pun bertunang pada hari Sabtu, 6 November lalu.

Pasangan itu turut mengumumkan tarikh yang telah dipilih untuk upacara pernikahan iaitu pada 1 Julai tahun depan. Manakala majlis persandingan tertutup yang bakal dihadiri tetamu kenamaan, sahabat dan keluarga terdekat bakal berlangsung pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Majlis resepsi untuk teman industri dan rakan media pula bakal diadakan pada 6 Julai di Doubletree by Hilton Kuala Lumpur.

Comments:
"Yeah good for both of them :)"


Berita Penuh:
Gua.com.my