Showing posts with label zamani slam. Show all posts
Showing posts with label zamani slam. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

Zamani Mohon Maaf Pada Jurugambar, Minta Tak Kaitkan Siti Nurhaliza


PETALING JAYA: Penyanyi Zamani (Slam) memohon maaf terhadap tindakannya meninggikan suara terhadap seorang jurugambar ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya pada Rabu lalu.
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, tindakan itu dilakukan tanpa sengaja sewaktu dia berada dalam keadaan tertekan.

"Saya minta maaf pada jurugambar yang secara tidak sengaja dan tidak sedar saya telah meninggikan suara padanya.

"Ketika itu saya dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit," ujarnya ketika ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu.
Zamani berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dia memaki jurugambar yang mengambil gambarnya ketika ditahan baru-baru ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.
Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin, manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Mengenai kenyataan komposer Shaari Amri pula, penyanyi berusia 44 tahun itu memilih untuk tidak mengulas perkara yang mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai punca dia terjerumus dengan gejala dadah itu.

"Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian.

"Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima," ujarnya.

Dalam pada itu, Zamani turut berterima kasih kepada masyarakat yang masih menerimanya dan memberi sokongan moral  untuk dia pulih.

"Saya sangka selepas ditangkap masyarakat akan marah dan benci pada saya kerana kesilapan ini sangat berat dan sukar dimaafkan.

"Namun saya tidak sangka ramai yang memberi mesej sokongan dan mengharapkan saya berubah sehingga membuatkan saya terharu," ujarnya yang akan menggunakan peluang kedua ini untuk berubah.

Sumber: Mstar

Zamani bebas dengan jaminan polis


Vokalis kumpulan Slam, Zamani dibebaskan dengan jaminan polis pagi Sabtu selepas ditahan reman berkaitan kes dadah pada Rabu lalu.

Menurut peguam penyanyi itu, Zamani sedang menunggu perbicaraan kes di Mahkamah Majistret Ampang yang ditetapkan pada pagi Selasa ini.

“InsyaAllah beliau sudah bersedia untuk perbicaraan kes Selasa ini," kata Johan Aziz, ketika dihubungi Astro AWANI dihubungi di sini, hari ini.

Apabila ditanya tentang keadaan penyanyi itu, Johan berkata Zamani berada dalam keadaan ceria namun perlu berehat sebanyak mungkin.

"Dia 'okay'. Saya telah menasihatkannya untuk berehat kerana sebelum ini beliau agak ‘tension’,” jelas Johan.

merakam dan menyebarkan video penahanannya ketika berada di dalam lokap sehingga menjadi viral di laman sosial.

Sebelum ini, video berdurasi 81-saat itu memaparkan penyanyi ‘Gerimis Mengundang’ itu dalam keadaan duduk dan tangan bergari. Video tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang bersimpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

“Itu biar polis siasat dan ambil tindakan. Bagi pihak Zamani, beliau tidak akan buat apa-apa tindakan,” katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa Zamani membuat keputusan untuk tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang


Sumber: Astro Awani

Thursday, January 22, 2015

Zamani OK...Kirim Salam Kepada Semua - Pengurus



Selepas beberapa jam berada di dalam tahan pihak polis, bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani sempat memberitahu kepada pengurusnya bahawa dia berada dalam keadaan baik dan turut mengutuskan salam kepada semua.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh admin Facebook (FB) Zamani Slam Official, pengurus Zamani yang dikenali sebagai Johan Aziz telah pergi bertemu penyanyi tersebut.

Kata Johan, “Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih…Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo…Insyallah saya OK..” – dari Zamani.

Admin yang mengendali akaun tersebut turut terkesan dengan kata-kata Johan dan menulis, “Admin tak nak cakap apa-apa…Ini sahaja yang admin boleh kongsikan...Terima kasih.”

Sementara itu, para peminat yang membaca entri tersebut terus memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi berusia 43 tahun itu.

Antara komen yang ditinggalkan peminat ialah:

Muhammad Hakim - “Bersabarlh..mnkin ni yg trbaek bt zamani,selepas ni berubahlh..sayangi sisa2 hdup yg ada ni dgn bnda2 yg berfaedah,belajarlh dr kesilapan lalu..belajarlh mncntai org2 yg syangkn kita,hdup kita cuma skli..jgn sia2 kn hdup kita dgn bnda yg akn merosakkan kta,mmng ssah nk brhnti bnda ni..tp cubalh,ingat satu ja..apa saja tindakkan zamani,akan melukakan hati org yg sygkn zamani..(^_^)”
Masura Mastori – “semua yg berlaku atas kehendak ALLAH,mungkin dgn cara dan saat ini ALLAH menginginkan abg zamani sedar apa yg abg lakukan selama ni hanya akan merosakkan abg..bertabahlah,anggaplah ujian ini tanda ALLAH sayangkan abg..kami akan sentiasa sokong abg,dan berharap ianya menjadi pelajaran berguna..teruslah bangkit dr kegagalan..tiada manusia sempurna didunia..”
Roaziyan Mohamed -  “ape pun terjadi, saya yakin semua peminat Abg Zamani akan terus mendoakan kesejahteraan buat abg...semoga Allah permudahkan segala urusan...amin ya rabbal ala min”
Yanz'joy Yanz – “semuga bng zamani tbh menghadapi dugaan,kami di sini/fanz d indonesia slalu trz akan Menyokong abang #zamani semuga abng bisa merubah segala sifat,silam yg hendak abng zamani pernah lakukan di masa Ini...sabar y bwt bng zamani,semuga semua cepat Handak Berakh!r dgn Baik..dan abng bisa Cepat mengh!bur semua Peminat abng di indonesia mahupun di malaysia-"

Zamani telah ditahan pada pagi Rabu lalu dikediamannya, kerana disyaki postif dadah jenis Heroine.

Sumber: AstroGempak

9009Viral: Video Zamani Di Lokap Disebar Individu Tidak Bertanggungjawab

 
Video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang kini ditahan di lokap telah menjadi viral di laman-laman sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 21 saat tersebut, kelihatan Zamani yang sedang duduk dalam keadaan tangan bergari disuruh menyanyikan lagu hitnya berjudul 'Gerimis Mengundang' oleh seseorang.

Sungguhpun dalam keadaan sedemikian, penyanyi bersuara emas itu hanya menuruti permintaan 'peminat' tersebut.

Ternyata vokal Zamani masih merdu dan sedap didengar.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang simpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

Tidak kurang juga yang menyalahkan individu terbabit yang merakam dan menyebarkan video tersebut sehingga mengaibkan penyanyi popular itu.

Bagaimanapun, bagi Astro Gempak video tersebut tidak sepatutnya menjadi bahan hiburan dan disebarkan sewenang-wenangnya.

Diharap individu yang menyebarkan video tersebut dapat bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.

Zamani telah ditahan dikediamannya bersama seorang wanita di Keramat, pada Rabu kerana dipercayai positif dadah.

Sumber: Astrogempak

Zamani Slam ditahan polis miliki dadah

21/01/2015 11:24am

AMPANG JAYA - Bekas vokalis kumpulan popular Slam, Zamani ditahan bersama seorang wanita selepas ujian air kencingnya disahkan positif dadah jenis heroin dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat di sini awal pagi ini.

Penyanyi Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan polis pada pukul 12.30 tengah malam bersama wanita berusia 33 tahun selepas serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Polis turut menjumpai satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram di atas tilam di dalam bilik tidur kediaman berkenaan.

Penyanyi dan wanita itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Kosmo