Showing posts with label passed away. Show all posts
Showing posts with label passed away. Show all posts

Monday, February 10, 2020

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia


PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Sumber: Astro Awani

Sunday, May 19, 2019

Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand

 

TUMPAT - 18 Mei 2019: Usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare maut manakala suaminya cedera selepas kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mengalami kecederaan. Adiknya, Faizol Rohban Ahmad berkata, kejadian itu diketahuinya selepas menerima panggilan daripada abang iparnya.

"Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk.

"Setengah jam selepas itu, dia maklum bahawa kakak sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




Tambahnya, kakaknya keluar dari rumah di Kampung Paloh pada pukul 8 pagi tadi bersama suaminya. Difahamkan, mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.

Sumber: Kosmo

Thursday, February 12, 2015

Pengulas Sukan Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Hasbullah Awang
 
KUALA LUMPUR: Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis. Allahyarham menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari ini. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya  di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam pukul 3 petang Khamis.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM. Hasbullah,63 memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu dalam mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era semi-pro pada awal 1990-an.

Personaliti kelahiran Teluk Intan, Perak itu juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Sumber: Mstar

Saturday, July 5, 2014

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Sumber: Astro Awani

Friday, May 2, 2014

Penyanyi Kartina Dahari Meninggal Dunia


Penyanyi veteran iaitu Kartina Dahari meninggal dunia di Braddel sini kira-kira pukul 6 petang Rabu.
Ratu lagu-lagu keroncong itu dipercayai meninggal dunia akibat penyakit barah. Beliau berusia 73 tahun.

Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.

Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an. Beliau juga pernah berduet dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais menerusi lagu Budi Setahun Jagung  dan Sejak Kita Berpisah. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya akan dikebumikan pada Khamis.

Sumber: Mstar

Thursday, May 1, 2014

Pelakon veteran Sidek Hussain meninggal dunia

Pelakon Sidek Hussain meninggal dunia malam Ahad setelah menderita ketumbuhan di wajahnya sejak 30 tahun lalu, yang dikenal pasti bersifat kanser tahap keempat.

Allahyarham Sidek, 63, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak 22 Mac lalu selepas pengsan ketika membeli barangan keperluan dapur bersama cucunya.

Keadaan Allahyarham dilaporkan bertambah kritikal sejak beberapa hari lalu dan doktor tidak dapat menjalankan rawatan kimoterapi kerana keadaannya yang terlalu lemah.

Ketumbuhan yang mencapai berat dua kilogram itu mula muncul ketika berusia 20an lagi.

Selain kanser, Allahyarham turut mengidap penyakit jantung dan paru-paru.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sebiah Sulaiman dan lima orang anak.

Jenazah dimandikan di Masjid Kuang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Batu 17, Selangor tengahari Isnin.

Allahyarham mula dikenali pada 1982 selepas membintangi filem Toyol sebagai pelakon utama, diikuti filem Potret Maria.

Pada 2011, Allahyarham Sidek menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 serta Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin.

Sumber: Astro Awani

Thursday, April 10, 2014

Jeremy Little Meninggal Dunia Di Mekah


Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios iaitu Jeremy Little meninggal dunia di Mekah pada Rabu ketika menjalani ibadah umrah.

Berita kematian penggiat filem bebas itu turut diumumkan oleh Mufti Ismail Menk dari Mekah menerusi Twitternya pada malam Rabu yang antara lain meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Malah  beberapa penggiat seni tempatan juga turut meluahkan rasa sedih mereka dengan kematian Jeremy, 31, yang juga penerbit filem Kil itu.

Penyanyi Mizz Nina dalam Instagram miliknya menulis agar keluarga Allahyarham reda dengan pemergian itu.

“Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semoga keluarga Allahyarham sentiasa kuat dan sabar. Ia sesuatu yang dirahmati kerana Allahyarham meninggal dunia di Mekah,” kata Mizz Nina.

Pelakon Fazura dalam Instagram miliknya pada Rabu turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham selain melahirkan rasa syukur kerana penggiat seni itu meninggal dunia di tempat yang menjadi idamaan kebanyakan umat Islam.

“Alhamdulilah… Jeremy adalah seorang hamba yang terpilih untuk meninggal dunia di bumi Mekah. Al-Fatihah dan salam takziah kepada keluarganya,” tulis Fazura.

Sementara itu Yuna pula meminta peminat-peminatnya menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Sahabat saya telah meninggal dunia di Mekah. Sila hadiahkan Al-Fatihah,” pintanya.

Penggiat seni, Jennifer Thompsom turut terkejut dengan berita kematian itu dan seperti orang lain yang turut meminta Al-Fatihah dihadiahkan.

Enam hari lalu Jeremy telah memuat naik gambar pemandangan di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah menerusi Instagram miliknya.

Menerusi gambar itu dia menulis: “Teknologi yang cantik dan tempat yang luar biasa. Subhanallah.”

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Jeremy antara individu yang disegani kerana pengaruhnya dalam memartabatkan muzik dan filem bebas.

Dia juga pernah menaungi beberapa kumpulan muzik antaranya SevenCollar T-Shirt, Estrella, Guba dan Lab The Rat.

Pada tahun lalu, filem Kil  berjaya  mendapat empat anugerah dalam Anugerah Skrin terbitan TV3, satu pencapaian yang membanggakan bagi mereka yang menghasilkan karya bebas.

Sumber: Mstar

Saturday, March 29, 2014

Ali Mamak Meninggal Dunia Akibat Lukemia


Pelawak dan penyanyi veteran Datuk Ali Mamak yang terkenal menerusi sitkom 'Santan Berlada' pada era 80′an meninggal dunia pada pukul 4.20 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat penyakit lukemia.

Rakan baik Allahyarham iaitu pelakon dan pelawak Abon ketika dihubungi mStar Online berkata, Ali atau nama sebenarnya Jantan Osman, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

"Pada asalnya arwah dimasukkan ke hospital akibat penyakit gout yang dihidapinya tetapi kesihatannya tiba-tiba merosot sehinggalah doktor mengesahkan beliau menghidap lukemia.

"Malah beliau sempat menjalani rawatan kimoterapi sebelum mengalami pelbagai komplikasi lain akibat penyakit itu," katanya.

Sementara itu, Abon berkata, Allahyarham masih berada dalam keadaan baik pada Rabu (semalam) selain mampu bercakap dan memberikan isyarat tangan apabila ada tetamu yang datang menziarahinya.

Sebagai sahabat dia tidak menyangka Ali berada dalam keadaan kritikal kerana sebelum dimasukkan ke hospital keadaan beliau sihat selain sempat mengadakan persembahan di Melaka.

"Keadaan arwah semalam (Rabu) masih baik dan mampu memberi respon sekiranya ada tetamu datang menziarah selain masih boleh bercakap seperti biasa walaupun keadaannya lemah.

"Saya balik sebentar untuk solat Maghrib di rumah dan apabila saya kembali ke hospital keluarganya memberitahu dia sudah tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke wad CCU (Unit Rawatan Kritikal)," katanya. baca artikel penuh

sumber: Mstar

Tuesday, March 25, 2014

James Rebhorn dies at age 65

25 Mar – After a long and painful battle with melanoma for 42 years, actor James Rebhorn recently died at the age of 65.

According to Empire Online, the actor, who is best known for playing Frank Mathison, the father of the protagonist Carrie Mathison on Showtime's television series "Homeland", died from the skin cancer at his home in South Orange, New Jersey. He is survived by his wife Rebecca Linn and two daughters.
Despite his condition, Rebhorn continued working until last month. His agent, Dianne Busch said, "He fought it all this time. He died [on] Friday afternoon at his home in New Jersey, where he had been receiving hospice care for a week and a half."

In a career that spanned five decades, Rebhorn has appeared in over 100 films, television series, and plays. Aside from "Homeland", he appeared in TV shows including "The Good Wife", "White Collar" and "30 Rock", and films such as "The Talented Mr Ripley", "Independence Day", "Meet The Parents", "Carlito's Way" and "Basic Instinct".

Many celebrities are shocked to hear about the actor's death and have paid tributes to the character actor.

Director Roland Emmerich, who worked with him on "Independence Day", Tweeted: "It's a sad day. I just learned James Rebhorn passed. Such a great talent and always a joy to work with. RIP."
Actor Jason Alexander, who played George Costanza in the long-running U.S. sitcom "Seinfeld", Tweeted: "RIP James Rebhorn, a lovely man and a terrific actor."

Source: Cinema online