Friday, May 2, 2014

Penyanyi Kartina Dahari Meninggal Dunia


Penyanyi veteran iaitu Kartina Dahari meninggal dunia di Braddel sini kira-kira pukul 6 petang Rabu.
Ratu lagu-lagu keroncong itu dipercayai meninggal dunia akibat penyakit barah. Beliau berusia 73 tahun.

Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.

Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an. Beliau juga pernah berduet dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais menerusi lagu Budi Setahun Jagung  dan Sejak Kita Berpisah. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya akan dikebumikan pada Khamis.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Pelakon veteran Sidek Hussain meninggal dunia Pelakon Sidek Hussain meninggal dunia malam Ahad setelah menderita ketumbuhan di wajahnya sejak 30 tahun lalu, yang dikenal pasti bersifat kanser tahap keempat. Allahyarham Sidek, 63, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur se… Read More
  • Penyanyi Kartina Dahari Meninggal Dunia Penyanyi veteran iaitu Kartina Dahari meninggal dunia di Braddel sini kira-kira pukul 6 petang Rabu. Ratu lagu-lagu keroncong itu dipercayai meninggal dunia akibat penyakit barah. Beliau berusia 73 tahun. Kali terakhir A… Read More
  • Ali Mamak Meninggal Dunia Akibat Lukemia Pelawak dan penyanyi veteran Datuk Ali Mamak yang terkenal menerusi sitkom 'Santan Berlada' pada era 80′an meninggal dunia pada pukul 4.20 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur… Read More
  • Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakh… Read More
  • Jeremy Little Meninggal Dunia Di Mekah Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios iaitu Jeremy Little meninggal dunia di Mekah pada Rabu ketika menjalani ibadah umrah. Berita kematian penggiat filem bebas itu turut diumumkan oleh Mufti Ismail Menk dari Mekah meneru… Read More

0 comments:

Post a Comment