Thursday, May 1, 2014

Tidak Semua Pengarah Boleh Yakinkan Nasha Aziz

Nasha Aziz
Pelakon Nasha Aziz mengakui semangatnya untuk menjalani latihan pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah terjejas selepas pengarah teater tersebut Rosminah Tahir jatuh sakit.

Nasha, 44, berkata, dia menjadi kurang yakin apabila tanggungjawab pengarah itu diambil alih oleh orang lain sepanjang ketiadaan wanita itu hampir seminggu.

"Saya sedih bila dia sakit dan tidak datang ketika sesi latihan. Saya sanggup ambil dia dan hantar dia pulang jika dia tidak larat untuk datang latihan.

"Saya hanya percaya dia sahaja yang mampu mengarah teater ini dengan baik dan disebabkan dialah antara sebab utama saya terima untuk terlibat dalam teater ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Teater Di Bawah Lindungan Kaabah, di Istana Budaya, di sini pada Isnin.

Rosminah Tahir mendapat rawatan di Pusat Perubatan Ampang Puteri pada 20 April lalu dan dipercayai menghidap angin ahmar. Bagaimanapun keadaannya kembali stabil dan dibenarkan keluar pada 22 April lalu.

Sementara ketiadaan Rosminah, urusan pementasan dan sesi latihan diambil alih sepenuhnya oleh penerbit teater, Rohaya Attan.

Dalam pada itu, Nasha berkata, ini merupakan kali kedua dia bekerja dengan produksi CTRA Production selepas Lantai T. Pinky.Tambahnya, dia turut menerima tawaran ini kerana ia sebuah karya yang diadaptasi daripada novel hebat ulama terkenal Indonesia iaitu Profesor Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka.

"Saya akan membawa watak Zainab, cerita ini sangat berat dan saya akui ini adalah cinta saya tahun 2014.

"Watak terlalu sarat dengan memainkan perasaan dan bila kaji semula cerita ini ia sangat menyayat hati," katanya.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan itu ialah Adi Putra, Dafi, Elfira Loy dan Liza Abdullah.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.

Tiket dijual serendah RM30 hingga RM200. Ia boleh dibeli dengan melayari www.AirAsiaRedTix.com.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • 'Konsert Live To Love' Afgan Buai Perasaan Penonton Penyanyi popular Indonesia, Afgan berjaya memukau penonton dengan persembahan bertenaga dalam Konsert Afgan Live to Love yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Jumaat. Afgan membuka tirai persembahan deng… Read More
  • MH370: Konsert Forteen Ditunda Ke 26 April 2014 Penganjur Konsert Kita 20Forteen, KRU Music Sdn. Bhd. mengumumkan penundaan konsert itu yang dijadualkan  berlangsung pada hari Sabtu ini, 29hb Mac 2014 kepada tarikh baru iaitu 26hb April 2014. “Kami amat bersimpat… Read More
  • Istana Budaya Jawab Tuduhan Bunga Citra LestariTuntutan bayaran yang tinggi menjadi punca penganjur konsert Stanza Cinta iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Istana Budaya tidak dapat memberi ruang kepada penyanyi dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari untuk menyer… Read More
  • Dayang Nurfaizah Akui Sukar Cari Pasangan Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui dirinya agak cerewet dalam memilih pasangan duet dalam sesebuah lagu atau persembahan. Dayang atau nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, keserasian merupakan faktor utama yang … Read More
  • Tidak Semua Pengarah Boleh Yakinkan Nasha Aziz Nasha Aziz Pelakon Nasha Aziz mengakui semangatnya untuk menjalani latihan pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah terjejas selepas pengarah teater tersebut Rosminah Tahir jatuh sakit. Nasha, 44, berkata, dia menjadi… Read More

0 comments:

Post a Comment