Friday, May 2, 2014

Misha Omar & Firos Selamat Bergelar Suami Isteri


Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Renaissanse di sini, Jumaat.

Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat kira-kira pukul 9.30 pagi.

Misha bersama pengapit-pengapitnya yang antaranya ialah Dina, Jaclyn dan Fara Fauzana.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan.


Acara tersebut diacarakan oleh Adibah Noor mankala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan.

Sebelum upacara pernikahan bermula, Ahmad Kamil terdahulu menyampaikan khutbah perkahwinan secara santai. Ahmad Kamil sempat menggelar Firos sebagai 'Abang Ultraman' yang mengundang hilai tawa dikalangan hadirin.


Misha Omar bersama mas kahwinnya berupa seutas gelang emas.

Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, mereka bersyukur dan gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat. baca artikel penuh

sumber: Mstar

Related Posts:

  • Photo: Pernikahan Faezah Elai & Heykal HanafiahPhoto: Pernikahan Faezah Elai & Heykal Hanafiah Pelakon Faezah Elai telah sah bergelar isteri buat pengarah drama, Heykal Hanafiah dalam majlis penuh gilang gemilang, sekitar pukul 3.30 petang tadi . Heykal Hanafi… Read More
  • Awal Ashaari, Scha kahwin hujung tahun depanAwal, Scha kahwin hujung tahun depan Pelakon dan juga pasangan serasi, Awal Ashaari serta Scha Al Yahya bakal mengakhiri zaman solo masing-masing apabila sepakat membuat keputusan melangsungkan hari bahagia pada hujung tahun… Read More
  • Mamat Sepah kahwin tahun depan?news @utusanmalaysia Mamat Sepah kahwin tahun depan? ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasa… Read More
  • Norman, Memey Edar 3,200 Kad Kahwinnews @mStar Norman, Memey Edar 3,200 Kad Kahwin Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah mula mengedarkan sebanyak 3,200 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 25 S… Read More
  • Kim Kardashian Wedding Photos Fetch $1.5 MillionKim Kardashian Wedding Photos Fetch $1.5 Million People magazine has paid $1.5 million for the exclusive photos from reality star Kim Kardashian's wedding to really, really tall NBA star Kris Humphries. Add in the $300,000… Read More

0 comments:

Post a Comment