Saturday, May 3, 2014

Taylor Swift! : Syarikat Insuran AIA Umum Taja Konsert


AIA Bhd., syarikat insuran hayat terkenal mengumumkan penajaan ke atas Konsert Taylor Swift The Red Tour, yang tiketnya telah habis dijual. Konsert ini akan diadakan di Kuala Lumpur pada 11 Jun 2014, sebagai sebahagian daripada acara The RED Tour yang dibawa oleh Cornetto.

Untuk menambahkan lagi keseronokan dalam tempoh beberapa minggu sebelum bermulanya konsert, AIA Bhd. telah melancarkan pertandingan di laman Facebook www.facebook.com/AIABhdMalaysia dan menjemput penyertaan dari semua peminat Taylor Swift yang ingin memenangi tiket konsert dan cenderahati eksklusif Taylor Swift.

Mengambil tema AIA Real Music Never Stops, peserta dijemput untuk berkongsi foto dan video yang menggambarkan maksud ungkapan 'Real Music Never Stops'  di dalam bentuk yang paling kreatif.

Tiga pemenang bertuah akan berpeluang untuk bertemu serta bergambar dengan Taylor Swift secara peribadi. Disamping itu, pemenang pertandingan juga akan diundang untuk menghadiri acara countdown eksklusif pada 31hb Mei 2014 – The AIA Red Party, di mana mereka akan menerima tiket konsert dan cenderahati Taylor Swift yang telah mereka menangi.

Selain dari pertandingan Facebook, AIA Bhd. juga akan menjalin usahasama dengan beberapa stesen radio dan penerbitan untuk melaksanakan beberapa siri pertandingan mini yang membolehkan peminat memenangi tiket konsert dan juga cenderahati eksklusif.

Tentunya dengan penajaan konsert ini, ianya akan memperkukuhkan lagi komitmen AIA di dalam usaha untuk menyokong perkembangan muzik kontemporari dan memperkuatkan lagi nama dikalangan generasi muda.

Sumber: Media Hiburan

Related Posts:

  • Taylor Swift Released New AlbumEvery generation has one true voice, and today all eyes and ears are on Taylor Swift. She’s famous for writing brokenhearted love stories and isn’t changing her tune yet. Her newest album, Speak Now chronicles the 20-year-ol… Read More
  • Gambar Berbikini Taylor Swift Tarik Perhatian   Gambar bikini Taylor Swift hangat diperkatakan apabila penyanyi itu memuat naik gambar seksi tersebut di laman Instagram miliknya pada Khamis. Gambar tersebut mendapat lebih sejuta 'like' termasuk beribu-ribu kome… Read More
  • Taylor Swift and Dr. Seuss' The Lorax"Taylor Swift joins cast of "Dr. Seuss' The Lorax" LOS ANGELES (Hollywood Reporter) – Taylor Swift has joined the ensemble voicecast of "Dr. Seuss' The Lorax," Universal Pictures and Illumination Entertainment's CGI-animated … Read More
  • Taylor Swift! : Syarikat Insuran AIA Umum Taja Konsert AIA Bhd., syarikat insuran hayat terkenal mengumumkan penajaan ke atas Konsert Taylor Swift The Red Tour, yang tiketnya telah habis dijual. Konsert ini akan diadakan di Kuala Lumpur pada 11 Jun 2014, sebagai sebahagian da… Read More
  • Taylor Swift! : Menangi peluang keemasan untuk bertemu Taylor SwiftAnda peminat Taylor Swift? Lihat bagaimana anda boleh menangi hadiah-hadiah menarik dan peluang keemasan untuk bertemu Taylor Swift dari Cornetto! Bagaimana? Details Berapa banyak Cornetto aiskrim yang boleh anda makan un… Read More

0 comments:

Post a Comment