Tuntutan bayaran yang tinggi menjadi punca penganjur konsert Stanza Cinta iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Istana Budaya tidak dapat memberi ruang kepada penyanyi dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari untuk menyertai persembahan itu.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, penganjur dan juga artis berkenaan juga tidak pernah menandatangani sebarang kontrak sebagai tanda persetujuan untuk membawa artis berkenaan ke negara ini.
"Kami menghubungi Bunga untuk bertanya tentang bayaran dan harga dia agak tinggi, sementara pihak UUM tidak mampu untuk membayarnya dengan harga itu.
"Tidak lama selepas itu kami terus menghubunginya semula dan membatalkan hasrat tersebut. Tiada sebarang kontrak dibuat antara kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Mohamed Juhari berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Bunga Citra Lestari yang melahirkan rasa terkilan tidak dapat menjayakan Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya pada 4 dan 5 April lalu.
Bunga juga mendakwa dia telah menolak beberapa tawaran di Indonesia bagi menjayakan konsert tersebut.
Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, konsert Stanza Cinta yang dianjurkan bukan sebuah persembahan kormersial seperti konsert Afgan, Marcell dan Dayang Nurfaizah sebaliknya sebuah konsert ulang tahun dianjurkan universiti.
"Ia sebuah konsert yang memperuntukan bajet rendah tetapi saya yang memberi idea untuk membawa Bunga dalam konsert itu kerana dia ada nilai kormersial.
"Namun apabila harga tinggi, ia tidak mencapai persetujuan pihak universiti dan akhirnya kami menggantikan dia dengan penyanyi tempatan sahaja," katanya.
Konsert Stanza Cinta yang berlangsung pada 4 dan 5 April lalu itu dijayakan oleh Jaclyn Victor, Amy Search, Noh Salleh, Adira dan Haziq.
Dalam pada itu, Mohamed Johari berkata, belum ada sebarang perancangan untuk membawa artis Indonesia untuk beraksi di pentas Istana Budaya buat masa ini.
"Kutipan sangat perlahan untuk konsert. Konsert Glenn Fredly yang sepatutnya berlangsung malam ini (Rabu) terpaksa dibatalkan kerana kurang sambutan," ujarnya.
Sumber: Mstar
Wednesday, April 30, 2014
Home »
Bunga Citra Lastari
,
Indonesia
,
istana budaya
,
konsert
,
Konsert Stanza Cinta
» Istana Budaya Jawab Tuduhan Bunga Citra Lestari
Istana Budaya Jawab Tuduhan Bunga Citra Lestari
Related Posts:
Lagi Ulasan Konsert Teaterikal Suara Kita Maklum saja dalam tempoh 20 tahun, peminat seusia dan sebaya atau membesar dengan Sembilu mempunyai nostalgia sendiri membabitkan filem mahupun kisah cinta mereka dulu. “Bagi saya, hendak mengimbau cerita cinta antara kam… Read More
Video: Di Sebalik Tabir Sesi Fotografi Bersama Awie, Erra Fazira & Ziana Zain Khusus untuk peminat setia Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, saksikan video di sebalik tabir sesi fotografi yang berlangsung bersama Media Hiburan, baru-baru ini. Gabungan mantap mereka yang begitu dikenali menerusi filem… Read More
Dayang Nurfaizah & Marcell Di Istana BudayaSelepas dihiburkan dengan persembahan Afgan pada 28 Mac, Istana Budaya sekali lagi digegarkan dengan persembahan dua nama besar iaitu Dayang Nurfaizah dan penyanyi Indonesia, Marcell dalam konsert 'Marcell & Dayang Pesona… Read More
A Musical Affair barometer sedekad Il Divo IL DIVO kembali ke tanah Malaysia selepas enam tahun. Kali pertama kuartet popular itu bertandang adalah pada tahun 2007 sempena Il Divo Live in Concert di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tahun ini, kumpulan… Read More
Konsert Judika Di Malaysia Pada 12 April 2014 Menyedari mempunyai ramai pengikut di negara ini, penyanyi terkenal Indonesia, Judika bakal membuat konsert istimewa khusus untuk peminatnya. Konsert 'Judika Mencari Cinta' bakal berlangsung pada 12 April 2014 bertempat d… Read More
0 comments:
Post a Comment