Saturday, May 3, 2014

Gambar Mesra Diana Danielle & Farid Kamil Disalahertikan?


Sejak pelakon Diana Danielle memuat naik sekeping gambar dia bersama suaminya Farid Kamil di laman Instagram, gambar tersebut telah menjadi perbualan hangat di laman sosial sekaligus menimbulkan pelbagai kontroversi.

Gambar yang memperlihatkan aksi Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminat beliau sendiri.

Tambahan pula dia menulis kapsyen yang berbunyi: "Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula"

Ramai pengikut akaun Instagram Diana Danielle menyifatkan tindakan Diana itu tidak sepatutnya dilakukan.

Pada mereka, kemesraan antara suami dan isteri tidak perlulah dipamerkan pada khalayak ramai lebih-lebih lagi mereka sebagai selebriti.

Bagaimana pun, tidak lama selepas itu Diana telah memberikan penjelasan kepada seorang pengguna instagram bernama Liza tentang gambarnya itu. “Dear Liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that.”

Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment