Showing posts with label ustaz don. Show all posts
Showing posts with label ustaz don. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

Kontroversi : Wardina Dengar Penjelasan Ustaz Don, Gantung Status FB

Keraguan pelakon Wardina Safiyyah mengenai kesahihan ceramah agama Ustaz Don yang dikatakan menggunakan hadis-hadis palsu terjawab apabila dia dapat bercakap dengan penceramah itu.

Wardina berkata, ustaz tersebut telah memberi penjelasan dan menjawab kemusykilan yang timbul selain dia juga turut meminta maaf terhadap isu berkenaan yang menjadi kontroversi.

"Saya sudah berhubung secara peribadi dengan Ustaz Don melalui telefon dan dia sudah memberi penjelasannya.

"Hanya Allah lebih tahu segala-galanya dan saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Wardina juga enggan mengulas secara terperinci apa yang dibualkan dengan ustaz berkenaan.

Dalam pada itu, Wardina berkata, dia mengambil pendekatan memohon maaf kepada Ustaz Don apabila banyak pihak mengehentamnya selepas dia bertindak berkongsi rakaman kompilasi video ceramah yang dikatakan mengaibkan ustaz tersebut.

Sementara itu, pelakon Spanar Jaya itu memberitahu dia tidak akan memuat naik sebarang status lagi dan menyerahkan pengendalian laman Facebook miliknya kepada pihak pengurusan buat sementara waktu.

Katanya, tindakan itu bagi mengelakkan sebarang provoksi yang ditimbulkan oleh pengguna laman sosial itu yang boleh memburukan lagi keadaan.

"Saya tidak akan muat naik apa-apa status buat masa ini bagi meredakan keadaan, semua perkara tentang laman sosial ini akan dikendalikan oleh admin," katanya.


Pada 16 April lalu, Wardina telah mengeluarkan kenyataan melalui Facebook miliknya dengan mempersoalkan kandungan ceramah Ustaz Don melalui video yang telah tersebar di Internet.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut disalah tafsir dan mendapat reaksi negatif daripada segelintir pelayar laman sosial dengan menganggap Wardina cuba mengaibkan ustaz berkenaan.

Bagaimanapun Ustaz Don dalam reaksi balasnya menerusi rakaman video menganggap apa yang berlaku itu sebagai satu fitnah apabila rakaman ceramahnya yang disebarkan itu merupakan kandungan yang sudah diedit.

Ustaz Don atau Don Daniyal  merupakan hos bagi rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV AlHijrah

Sumber: Mstar

Wednesday, January 22, 2014

Photo: Ustaz Don Namakan Bayi Sulung Don Mustofa

Ketika ramai tertanya-tanya apakah jantina anak kepada pendakwah selebriti Ustaz Don, penceramah itu sebenarnya memperoleh bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada Sabtu lalu di Kaherah, Mesir.

Ahli keluarga Ustaz Don memberitahu mStar Online, isteri personaliti tersebut iaitu Husna Mohd Zahry, 26, selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal yang diberi nama Don Mustofa.

Terdahulu Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 30, dalam Facebook miliknya memuat naik status memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir).

Dalam status itu Ustaz Don tidak menyatakan jantina dan nama bayi berkenaan sebaliknya hanya memberitahu bayinya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram.

Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini.

Pasangan itu bernikah pada 23 Ogos 2012.

Source: Mstar