Showing posts with label yusof haslam. Show all posts
Showing posts with label yusof haslam. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

Yusof Haslam Anggap Wardina Tidak Matang Komen Isu Buli

PETALING JAYA: Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam menyifatkan kenyataan aktres Wardina Safiyyah menyalahkan filem-filem gengster tempatan sebagai punca terjadinya kes buli melibatkan pelajar sekolah di negara ini merupakan pendapat yang tidak matang.

Yusof berkata, sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran seperti Wardina, dia perlu berfikiran luas dan tidak menuding jari pada satu pihak tanpa mengkaji dahulu punca-punca gejala sosial itu berlaku.

"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.

"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?

"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.


Wardina Safiyyah

Wardina menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis meminta agar penerbit filem-filem berunsur gengster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini.

Wardina berkata, kebanyakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar.

Sementara itu. Yusof berkata, kenyataan Wardina itu dapat menjejaskan lagi industri perfileman negara yang sememangnya sedang 'nazak'.

"Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja.

"Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa," tegasnya.

Pada awal minggu lalu, tersebar sebuah klip video kes buli yang telah menjadi viral di Facebook.

Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Selepas itu muncul pula video seorang remaja dipukul rakan-rakannya sehingga cedera.

Sumber: Mstar

Tuesday, July 15, 2014

Anak Datuk Yusof Haslam Trauma Dengan Kejadian Rompak


KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2014: Pengarah Terkenal Datuk Yusof Haslam akui pernah bermimpi rumahnya dimasuk perompak dan disebabkan mimpi itu, beliau lebih berhati-hati dan mempertingkatkan sistem keselamatan di rumah agamnya di Bukit Melawati.

“Saya pernah bermimpi rumah saya dimasuki perompak, ketika kejadian ianya adalah realiti bukan lagi mimpi lalu saya menembak dinding untuk menakut-nakutkan penjenayah, “ katanya menjadi tetamu undang rancangan bual bicara H Live, Apa Kata Malaysia.

Menurutnya lagi, tuan rumah mempunyai hak untuk menembak penjenayah sekiranya keselamatan dan nyawa terancam demi mempertahankan diri.

“Dalam rumah kita memang ada kuasa, kecuali di luar rumah, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menembak suspek atau penjenayah, itu di luar bidang kuasa kita, hanya pihak polis yang boleh mengambil tindakan,” katanya.

Dalam pada kejadian itu, isterinya Datin Fatimah Ismail trauma dengan kejadian itu termasuk anaknya Syafiq seolah-olah tidak percaya kejadian rompak itu berlaku dirumahnya terutama di bilik tidur.

“Syafiq antara yang paling trauma, dia tengok di CCTV, biliknya digeledah dan diselongkar, perompak itu telah mengambil cincin dan jam tangannya.”

Setelah kejadian itu, Datuk Yusof Haslam mempertingkatkan lagi sistem kawalan keselamatan dengan menambah lagi bilangan cctv di sekitar rumahnya.

Dalam perkembangan lain, beliau masih lagi menanti untuk menimang cucu dari kedua-dua anaknya iaitu Samsul dan Syafiq kerana belum ada tanda-tanda lagi yang isteri mereka hamil.

“Buat masa sekarang, saya dah ada 3 orang cucu dari anak sulong saya Faizal, kalau bilangan cucu saya bertambah itu adalah rezeki dan jumlah bilangan keluarga saya turut bertambah.”

Datuk Yusof Haslam amat bersyukur dengan kejayaan dan limpahan rezeki oleh-Nya dan berdoa kehidupan keluarganya diberkati dan dilindungi.

Sumber: Murai

Monday, July 7, 2014

BANGLO MEWAH DATUK YUSOF HASLAM KENA ROMPAK

Banglo Mewah Datuk Yusof Haslam Kena Rompak
BANGLO MEWAH DATUK YUSOF HASLAM KENA ROMPAK

BANGLO MEWAH DATUK YUSOF HASLAM KENA ROMPAK

Banglo Mewah Datuk Yusof Haslam Kena Rompak

Banglo Mewah Datuk Yusof Haslam Kena Rompak. Ini yang terjadi kepada produser filem Datuk Yusof Haslam apabila banglo mewahnya dipecah masuk oleh perompak. Perompak berjaya melarikan barangan hantaran anaknya iaitu Syafiq Yusof.
Datuk Yusof Haslam telah melepaskan tiga das tembakan selepas banglo mewahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur dekat sini dipecah masuk dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi Isnin. Sumber polis berkata, semasa kejadian Yusof Haslam, 60, sedang menonton televisyen dan tiba-tiba terdengar jeritan orang gaji di tingkat bawah yang menyebabkan beliau bergegas ke biliknya untuk mengambil pistol. 
Banglo Mewah Datuk Yusof Haslam Kena Rompak
BANGLO MEWAH DATUK YUSOF HASLAM KENA ROMPAK
Ujar sumber itu, Yusof melepaskan satu das tembakan pertama sebagai amaran ke arah tangga rumah dan melepaskan lagi dua das tembakan ke kawasan hutan kerana mengesyaki penjenayah melarikan diri ke arah berkenaan. Polis berkata, pengadu turut mendapati pintu rumahnya terdapat kesan umpilan manakala bilik di tingkat empat rumahnya itu berselerak akibat digeledah.
Pihak polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan penjenayah berkenaan dan dipercayai tiga orang terlibat dalam kegiatan itu. Tambah sumber itu, semasa kejadian terdapat seorang pengawal keselamatan sedang bertugas namun dia tidak menyedari kejadiaan tersebut.
Sementara itu, isteri kepada Yusof iaitu Datin Patimah Ismail berkata, pihaknya dengan bantuan polis sedang meneliti rakaman CCTV rumah mereka bagi mengenal pasti ketiga-tiga perompak tersebut. Bagaimanapun kata Patimah, penjenayah berkenaan sukar dikesan identiti mereka kerana ketika kejadian masing-masing memakai topeng bagi menutup wajah. Banglo Mewah Datuk Yusof Haslam Kena Rompak.
Patimah turut memberitahu, dua pembantu rumahnya turut dicederakan oleh penjenayah berkenaan ketika kejadian namun bersyukur keadaan mereka selamat. Bagaimanapun katanya, barangan hantaran perkahwinan anak lelakinya, Syafiq Yusof lesap dan berjaya dibawa lari oleh penjenayah itu.
“Kesemua penjenayah berkenaan mengacukan pisau kepada pembantu rumah saya namun bersyukur mereka tidak diapa-apakan cuma mereka berjaya mencuri barangan milik Syafiq seperti cincin perkahwinan dan jam tangan berjenama,” katanya. Tambah Patimah lagi, tindakan pantas suaminya yang melepaskan beberapa das tembakan amaran kepada penjenayah tersebut berjaya menakutkan mereka namun kesemua perompak itu berjaya melarikan diri. 

Thursday, March 6, 2014

Dato Yusof Haslam Berlinangan Air Mata Di Konsert 'Teaterikal Suara Kita'


Produser filem Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata ketika menonton konsert Teaterikal Suara Kita yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam Isnin lalu.

Yusof, 60, yang bertanggungjawab menjulang nama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam industri filem tanah air pada era 90-an turut bangga dengan kejayaan ketiga-tiga artis berkenaan.

"Konsert ini mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata.

"Saya terkenangkan perangai dan gelagat Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu," katanya kepada mStar Online selepas menyaksikan persembahan pertama Konsert Teaterikal Suara Kita, di Panggung Sari, Istana Budaya, malam Isnin lalu.

Ketiga-tiga pelakon itu mencetuskan fenomena apabila muncul dalam filem Sembilu dan Sembilu 2 serta beberapa filem lain terbitan Skop Productions sehingga berjaya mencatatkan kutipan boxoffice.

Tambah Yusof, pada awalnya dia agak terkejut apabila diberitahu untuk mementaskan karya daripada filem-filem berkenaan.

Namun, setelah menonton hasil pementasan itu, dia percaya konsert tersebut bakal mendapat sambutan daripada peminat-peminat yang mengikuti perkembangan filem-filem arahannya itu.

"Sebenarnya saya terkejut apabila diberitahu bahawa mereka bertiga ingin pentaskan semula filem-filem saya.

"Saya macam tidak percaya mereka ingin bergabung semula. Tapi bila melihat persembahan mereka, saya percaya konsert ini akan mendapat kejayaan", ujarnya.

Sementara itu, Awie berkata, kejayaan pementasan tersebut menjadi bukti penyelesaian kemelut hubungan dingin antaranya dengan Erra Fazira.

Monday, January 13, 2014

Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari 2014


PETALING JAYA: Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini.

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.
Source : Mstar