Tuesday, July 15, 2014

Anak Datuk Yusof Haslam Trauma Dengan Kejadian Rompak


KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2014: Pengarah Terkenal Datuk Yusof Haslam akui pernah bermimpi rumahnya dimasuk perompak dan disebabkan mimpi itu, beliau lebih berhati-hati dan mempertingkatkan sistem keselamatan di rumah agamnya di Bukit Melawati.

“Saya pernah bermimpi rumah saya dimasuki perompak, ketika kejadian ianya adalah realiti bukan lagi mimpi lalu saya menembak dinding untuk menakut-nakutkan penjenayah, “ katanya menjadi tetamu undang rancangan bual bicara H Live, Apa Kata Malaysia.

Menurutnya lagi, tuan rumah mempunyai hak untuk menembak penjenayah sekiranya keselamatan dan nyawa terancam demi mempertahankan diri.

“Dalam rumah kita memang ada kuasa, kecuali di luar rumah, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menembak suspek atau penjenayah, itu di luar bidang kuasa kita, hanya pihak polis yang boleh mengambil tindakan,” katanya.

Dalam pada kejadian itu, isterinya Datin Fatimah Ismail trauma dengan kejadian itu termasuk anaknya Syafiq seolah-olah tidak percaya kejadian rompak itu berlaku dirumahnya terutama di bilik tidur.

“Syafiq antara yang paling trauma, dia tengok di CCTV, biliknya digeledah dan diselongkar, perompak itu telah mengambil cincin dan jam tangannya.”

Setelah kejadian itu, Datuk Yusof Haslam mempertingkatkan lagi sistem kawalan keselamatan dengan menambah lagi bilangan cctv di sekitar rumahnya.

Dalam perkembangan lain, beliau masih lagi menanti untuk menimang cucu dari kedua-dua anaknya iaitu Samsul dan Syafiq kerana belum ada tanda-tanda lagi yang isteri mereka hamil.

“Buat masa sekarang, saya dah ada 3 orang cucu dari anak sulong saya Faizal, kalau bilangan cucu saya bertambah itu adalah rezeki dan jumlah bilangan keluarga saya turut bertambah.”

Datuk Yusof Haslam amat bersyukur dengan kejayaan dan limpahan rezeki oleh-Nya dan berdoa kehidupan keluarganya diberkati dan dilindungi.

Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment