Showing posts with label Sham Kamikaze. Show all posts
Showing posts with label Sham Kamikaze. Show all posts

Saturday, June 28, 2014

Pernikahan Sham Kamikaze Tak Sah - Mahkamah

Perkahwinan Sham dibubarkan serta merta secara faraq nikah mulai hari ini.

RAWANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Jumaat memutuskan, pernikahan di antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham dan Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 adalah tidak sah.
Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan perkahwinan itu dibubarkan serta merta secara faraq nikah mulai hari ini.
Faraq nikah ialah pembubaran sesebuah perkahwinan tanpa jatuh talak. Permohonan berkenaan dibuat sekiranya pasangan suami isteri itu ragu terhadap status perkahwinan mereka.
Kamarulzaman memutuskan, wali hakim yang digunakan pada pernikahan yang diadakan di Masjid Ibu, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang itu tidak dilantik dengan kebenaran mahkamah.
Sham bersama isterinya, Nurul Halimin.
Selain itu, segala urusan pernikahan yang dibuat oleh pihak ketiga juga tidak diiktiraf dan sijil pernikahan mereka adalah palsu.

Bagaimanapun, Kamarulzaman memutuskan anak lelaki mereka iaitu Aisy Danial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 38, boleh dinasabkan sebagai bapa kandung.

Sementara itu, Sham ketika ditemui selepas prosiding selesai memberitahu, dia mendapat tahu wali hakim yang digunakan tidak diiktiraf semasa ingin mendaftarkan nama anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Januari lalu.

Sham berkata, dia tidak menyangka pernikahan itu mempunyai masalah dan segera merujuk kepada mahkamah bagi mendapatkan kepastian.

"Alhamdulillah semuanya selesai dan  apa yang saya lakukan adalah demi melindungi keluarga saya.

"Ia bukan sahaja mengenai taraf anak tetapi juga hak isteri saya di masa hadapan sekiranya sesuatu berlaku kepada saya.

"Ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan saya banyak belajar menerusi kejadian ini," jelasnya.

Tambah Sham, dia dan Nurul Halimin akan bernikah semula dalam masa terdekat dengan menggunakan saluran yang betul.

Sham sebelum ini pernah berkahwin dengan Farazila Abdul Jabar pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum disahkan bercerai oleh mahkamah pada 1 September 2011.
Sumber: Mstar

Friday, April 25, 2014

Sham Kamikaze jawab isu menipu kononnya berhijrah


Baru-baru ini, timbul kontroversi apabila bekas isteri kepada gitaris rock handalan tanah air, Sham Kamikaze mendakwa bahawa imej Islamik yang dibawa oleh bekas gitaris itu hanyalah sekadar pura-pura.

Menurut bekas isterinya Farazila Abdul Jabar, semua yang dipaparkan oleh Sham atau nama sebenarnya Shamril Salleh itu hanyalah satu wayang kepada peminat atau hipokrit semata-mata.

Farazila secara terbuka membongkarkan cerita bagaimana bagaimana permulaan mereka tidak lagi sehaluan.

"Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa. Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia", jelasnya.

"Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.

"Bayangkan sebelum Subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muak dengan perkataan “jom solatnya” itu.

"Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya?

"Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.

"Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya.

"Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bimbit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong", cerita wanita itu panjang lebar.

Namun, tidak lama selepas cerita itu dijaja  oleh isterinya kepada pihak media akhirnya Sham tampil memberi kenyataan sekaligus menjawab segala pertuduhan yang dibuat oleh bekas isterinya itu di Facebook rasminya.

Assalamu'alaikum wbt. Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.

Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai.

Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa. Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.

Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah. Barakallahu fikum. Jadi apa pandangan pembaca sekalian mengenai hal ini? Tepuk dada, tanya selera. Apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini pasti akan diadili dan janganlah kita berpura-pura.

Wallahu a’lam.

Sumber: Astro Awani

Monday, May 30, 2011

Pengalaman Sham Kamikaze terima Hidayah

Pengalaman Sham Kamikaze terima Hidayah

Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist.

Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gelang dan bersubang. Saksikan video di bawah:

Youtube


Sambil jenguk dan 'like', bagi melihat latest promo from Citibank,
Lets check out !