Showing posts with label faizal tahir. Show all posts
Showing posts with label faizal tahir. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Faizal Tahir Kurus Kerana Anak Terlalu Aktif


Faizal Tahir akui kurus kerana sibuk urus anak.

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata.
Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian.
"Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.
"Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3,  dan Siti Nawar Malaeka, 1,  hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

Tambah Faizal, dia tidak pernah mengambil tahu tentang berat badan sebenarnya kini, bagaimanapun mengakui tentang kesusutan.

Faizal berkata, tekanan kerja bertambah selepas dia menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Faithful Music sejak awal tahun lalu.

"Hidup saya hanya tumpu pada kerja dan anak-anak sahaja, selepas wujudnya Faithful Music tekanan kerja lebih bertambah. Namun saya gembira kerana kami sudah ada tiga orang artis iaitu Hanie Soraya, Aziz Harun dan Elizabeth Tan.

"Disebabkan terlalu sibuk juga saya sering lupa untuk makan, seperti semalam seingat saya, saya hanya makan sekeping sandwich sahaja," ujarnya.
Sementara itu, ditanya, tentang kerjaya nyanyiannya, Faizal berkata, dia hanya akan menyanyi jika mendapat sebuah karya berbeza daripada yang pernah dibuat sebelum ini.
Bagaimanapun, Faizal mengakui rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya.

"Buat masa ini memang belum ada rancangan untuk menyanyi, Insya-Allah saya akan menyanyi jika ada lagu yang bagus dan lain daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini.

"Kalau diikutkan memang ada rasa rindu sangat untuk buat persembahan seperti dahulu, ramai juga peminat saya yang bertanya bila saya buat persembahan seperti dahulu, tapi buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk itu," ujarnya.
Sumber: Mstar

Sunday, April 3, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010)

Bintang Paling Popular: Shaheizy Sam
Penyanyi Wanita Popular: Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam
Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali
Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani
Anugerah Artis Mobile Popular: 6ixth Sense
Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato' Rosnani Jamil
Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan
Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Artis Baru Lelaki Popular: Shahir
Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Hj Nawawi
Artis Nasyid Popular: Rabbani
Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah
Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
Pelakon TV wanita popular: Fasha Sandha
Artis berkumpulan/duo popular: 6ixth Sense


Previous

Saturday, January 1, 2011

Azam 2011 : Faizal Tahir Mahu Tambah Anak

PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir, berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarganya apabila mahu mendapatkan seorang lagi anak pada tahun ini.

Sehingga kini Faizal telah pun memiliki tiga orang anak, Ahmad Mikaeel Zidane (4), Siti Raudhah Nur Iman (2) dan Ahmad Rifa’ie Zidane (1), hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

"Selain perancangan pembikinan album baru, saya juga mahu tambah anak," beritahu Faizal.

Tambahnya, penambahan seorang lagi cahaya mata dalam keluarganya pasti menggembirakan dirinya dan isteri.

Dalam pada itu, menjadi seorang suami, bapa dan lelaki dewasa juga membuatkan Faizal lebih selesa berkarya tanpa memikirkan untuk memperoleh sebarang kemenangan anugerah. mstar online more news