Showing posts with label neelofa. Show all posts
Showing posts with label neelofa. Show all posts

Saturday, February 14, 2015

Nabil Ahmad Jelaskan Isu Disingkir Dari Meletop

 
 PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan gosip dia bakal disingkirkan sebagai pengacara program hiburan Meletop dalam masa terdekat ini adalah mengarut.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, terkejut dengan berita tersebut sedangkan dia baru saja menandatangani perjanjian bagi menyambung kontrak selama dua tahun bagi mengendalikan program berkenaan.

"Siapalah yang buat gosip macam ini, apa salahnya tanya saya dahulu?

"Terkejut saya apabila membaca gosip tersebut. Saya terus bertanyakan pihak produksi Meletop adakah ia benar sedangkan saya baru saja menyambung kontrak dengan mereka.

"Pihak produksi pun terkejut dengan berita itu kerana apa yang dinyatakan dalam gosip itu adalah salah dan tidak benar," tegasnya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Minggu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Nabil bakal disingkirkan daripada Meletop oleh pihak produksi memandangkan pengacara gandingannya, Neelofa mahu menarik diri mengendalikan program berkenaan.

Meletop disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di saluran Astro Ria.


Nabil dan Neelofa dalam program Meletop.

Laporan tersebut turut menyatakan tempat Nabil akan digantikan dengan pelawak popular, Zizan Razak.

Perkara itu membuatkan Nabil  berasa hati dengan keputusan yang dibuat pihak produksi kerana ia dilakukan tanpa melakukan perbincangan dengannya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, sehingga kini gosip mengatakan Neelofa bakal menarik diri juga tidak diketahuinya kerana dia bersama pengacara wanita itu masih lagi menjalankan tugas masing-masing seperti biasa.

"Saya ada dengar juga mengatakan Neelofa mahu tarik diri. Tetapi sehingga kini pihak produksi tak cakap apa-apa lagi. Peliklah, macam-macam spekulasi pula yang muncul.

"Apa-apapun, saya percayakan pada rezeki. Jika pihak produksi masih lagi mahu saya terus mengendalikan Meletop, itu rezeki. Dan jika mereka enggan menggunakan khidmat saya pun tidak apa. Yang penting biarlah segala urusan dibuat dengan betul," ujarnya.

Sementara itu, Nabil berkongsi berita gembira bahawa dia bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Kata pelawak itu, isterinya, Nazirah Ayub, 26, kini sedang hamil dua bulan dan berita itu membuatkan dia lebih bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki agar lebih stabil pada masa akan datang.

Nabil dan Nazirah turut mempunyai seorang anak bernama Naira Mikayla yang berusia dua tahun.

Sumber: Mstar

"Tiada Perancangan Kahwin Tahun Ini" - Neelofa

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Neelofa tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga sepanjang 2015.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, setakat ini dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.

"Tahun 2015 ini saya hanya akan fokus kepada kerjaya dan perniagaan sahaja dan tiada sebarang perancangan untuk berkahwin.

"Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki pun buat masa ini," ujarnya kepada mStar Online.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahir ke 26 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini, Khamis.

Wajah-wajah cerita Neelofa. Foto ihsan Mohd Noor (Padadigmastudio Model)

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengasas kosmetik Airis, Datuk Aizuddin Ghazali dan pereka fesyen terkenal Bon Zainal.

Tambahnya, soal berkaitan jodoh diserahkan kepada Allah dan dia tidak terlalu terdesak untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda ini.

"Saya seorang yang percaya pada ketentuan jodoh yang Allah telah pun tetapkan pada setiap hambanya.

"Kalau ada jodoh adalah dan kalau tiada buat masa ini pun saya akan tetap teruskan hidup kerana saya bukan terdesak untuk berkahwin awal," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang gosip dilamar  golongan kerabat, Neelofa berkata, ia tidak mahu membuka mulut tentang perkara itu berikutan enggan khabar angin itu terus berlanjutan.

Katanya, perkara itu terlalu sensitif dan ia melibatkan golongan yang tertinggi dalam negara.

"Ia adalah tidak benar dan saya kunci mulut selama ini kerana tidak mahu khabar angin itu terus berpanjangan.

"Ia melibatkan golongan kerabat dan saya tidak mahu kenyataan saya akan jadi negatif dan memburukkan lagi keadaan," ujarnya.

Sumber: Mstar

Friday, January 30, 2015

Neelofa Jawab Isu Qari Sentuh Kepala

Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.

"Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebeanrnya terjadi.

"Lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudara saya yang datang dari Pakistan dan dia memegang kepala saya secara spontan yang juga budaya masyarakat mereka untuk menyapa dan bertanya khabar," katanya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui pada majlis sidang media pengumuman calon lima terbaik Anugerah MeleTOP Era (AME 2015) yang berlansung di Hotel Double Tree by Hilton di sini pada Rabu.


Status di Instagram inilah menjadi pertikaian apabila Neelofa memuat naik gambar tanpa menulis kapsyen bagi menjelaskan apa sebenarnya berlaku.

Pengacara program MeleTOP itu turut bertindak sebagai hos acara berkenaan bersama Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan).

Malah Neelofa turut dicalonkan dalam kategori Hos TV MeleTOP.

Anugerah berkenaan bakal berlangsung pada 22 Febuari depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.

Dalam pada itu, Neelofa tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan seorang kerabat diraja pada tahun lalu.

Katanya, isu berkenaan sangat sensitif dan langkah mendiamkan diri adalah yang terbaik kerana bimbang keadaan bertukar keruh dan timbul salah faham.

"Tiada apa yang boleh saya katakan dan saya pilih untuk tidak mengulas mengenai perkara itu," jelasnya.

Sementara itu, Neelofa berkata, tahun ini dia mengakui lebih berhati-hati dalam memilih fesyen untuk digayakan pada malam AME 2015.

Jelas Neelofa, kritikan pedas yang diterima pada acara sama tahun lalu telah mengajarnya untuk lebih peka terhadap fesyen yang ingin digayakan.

"Tahun lalu saya kekurangan masa untuk memberi perhatian terhadap perkara itu dan Insya-Allah tahun ini saya ada masa yang agak banyak untuk memberi pandangan kepada pereka fesyen apakah pakaian sesuai untuk malam itu nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa  bakal kembali aktif sebagai pelakon selepas hampir dua tahun tidak tampil dengan sebarang projek terbaharu.

Kata Neelofa, selepas tidak lagi terikat sebagai pengacara Nona dia mempunyai lebih banyak waktu terluang untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini saya tolak kerana terikat dengab jadual Nona dan tidak mahu menyusahkan rakan artis lain yang turut terlibat untuk ikut jadual saya.

"Insya-Allah saya akan masuk set penggambaran untuk lima buah telefilem pada tahun ini," ujarnya

Sumber: Mstar

Thursday, December 4, 2014

Cincin Berlian Tanda Neelofa Sudah Dirisik?


Ramai yang terkejut baru-baru ini selepas sekeping foto berbentuk cincin yang dimuat naik menerusi Instagram pengacara MeleTOP, Neelofa beserta caption ‘loml’  sehingga mengundang pelbagai reaksi peminatnya.

Mana tidaknya, maksud ‘loml’ sendiri ialah ‘Love of My Life’ dan mungkin juga ramai yang membuat andaian bahawa Neelofa mungkin sudah dirisik seseorang?

Ramai peminat yang memberi komen positif mendoakan Neelofa supaya cepat mendirikan rumah tangga dang mungkin boleh jadi Wedding of the year.

Apa pun semoga Neelofa cepat-cepat bertemu jodoh kelak.

Sumber: AstroGempak

Saturday, July 5, 2014

Neelofa Ambil Keputusan Berhijab


PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.

Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, Neelofa, 25,  membuat keputusan berkenaan pada Selasa (hari ini) dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya.

"Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa).

"Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya," katanya kepada mStar Online.

Shawn diminta mengulas mengenai kenyataan adik pelakon itu, Ameera, yang memuat naik foto Neelofa bertudung di Instagram miliknya dengan kapsyen rasa bersyukur dengan perubahan yang dilakukan oleh kakaknya itu lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Foto Neelofa yang sudah bertudung yang dimuat naik oleh adiknya, Ameera.

Neelofa tidak dapat dihubungi memandangkan dia sedang membuat rakaman suara bagi program Meletop yang akan bersiaran secara langsung pada malam Selasa di Astro Ria pada pukul 9 malam.

Dalam pada itu, Shawn berkata, sebelum membuat keputusan untuk berhijab, dia sudah mula memakai tudung secara perlahan-lahan sejak tiga bulan lalu.

"Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini.

"Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya," ujarnya
Sumber: Mstar

Thursday, February 27, 2014

Neelofa pilih lelaki berusia?

SIAPA tak terpikat dengan kecantikan pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Arab ini, malah, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa punya pakej lengkap sebagai selebriti dan aura tersendiri.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki yang ingin mendekati dan menjadikannya sebagai teman istimewa mereka tak kurang pula yang ingin memperisterikannya.

Diusik soal cinta dan jodoh, walaupun Neelofa tidak meletakkan syarat tertentu, namun dia mengakui ingin calon pilihannya nanti mendapat restu daripada orang tua serta keluarganya.

Bahkan, anak ketiga daripada sepuluh beradik yang sering saja menjadi perhatian lelaki ini rupanya lebih selesa berkawan dengan lelaki berusia.


“Saya seorang yang simple dan easy. Asalkan saya selesa dan paling penting disukai ibu saya itu sudah cukup. “Tapi saya tak mahu letakkan apa-apa syarat dan kriteria tertentu, kerana kita takkan dapat orang yang betul-betul kita nak. Setiap orang berbeza dan unik, apa yang pentingnya keserasian dalam hubungan. “Jadi, jika berjumpa dengan orang yang benarbenar sesuai dengan karakter saya akan terima.

Tapi apa yang paling penting saya mahukan seorang yang bijak dan lebih berusia, kerana mereka lebih matang,” katanya. Akui masih belum menemui calon yang sesuai, pelakon cantik ini berkata, dia lebih selesa berkawan dengan sesiapa saja yang ingin mendekatinya.

Bagaimanapun restu orang tua tetap diutamakan terlebih dahulu. “Bukan mudah mencari pasangan yang benarbenar memahami serta ikhlas, setakat ini saya belum jumpa yang sesuai. Baca artikel penuh

Sumber: Sinarharian

Wednesday, February 12, 2014

Neelofa tak kejar jodoh

SEBENARNYA majlis hari jadi pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd. Noor yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada malam kelmarin dirancang khas tanpa pengetahuan empunya diri.

Neelofa

Dihadiri ahli keluarga terdekat, rakan-rakan, peminat dan pihak media, majlis berkenaan sengaja diaturkan oleh ibu tersayang, Noor Kartini Noor Mohamed dan pengurusnya, Mohd. Amer Shafiq Khalip bagi memberi kejutan buatnya.

Sebaik sahaja figura jelita yang popular dengan nama Neelofa itu melangkah masuk ke lokasi majlis yang dikenali sebagai Pool Bar di hotel berkenaan kira-kira pukul 8.30 malam, jelas terpancar riak wajah terkejut dirinya melihatkan kehadiran ramai tetamu.

Ujar Neelofa, dia agak terkejut apabila sekali lagi diraikan pada majlis yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Malah, ibu tercinta pula memberitahu ia sekadar makan malam bersama keluarga untuk meraikan hari jadinya yang disambut awal sehari. baca lagi

Source: Kosmo

Monday, February 10, 2014

Seksi ? Fesyen Neelofa: Pereka Fesyen Beri Penjelasan

Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat melalui facebook memberi penjelesan tentang fesyen baju Neelofa pakai pada malam Anugerah MeleTOP selepas menjadi bahan jenaka di laman sosial facebook.Ikuti luahan pereka muda ini.


Cuba search google #anugerahmeletopneelofa, result show that high light of the main issue is about sexy, i nak clarify a few things about outfits neelofa malam #anugerahmeletopera #meletop, bila melibatkan media., hatta rasa perbetulkan sedikit ralat disini, yang mana kita tahu " little mistake still a mistake" untuk media dan umum yang mungkin terkeliru, outfit pertama rekaan bercirikan #jumpsuit #pink adalah rekaan pereka #wanpa, rekaan ini menimbulkan isu, namun bukanlah hal hatta untuk bercerita pasal rekaan #wanpa, mungkin bila #wanpa bersedia mereka akan tampil mengeluarkan kenyataan. 




Namun, hatta di sini bermohon maaf secara terbuka andai rekaan hatta untuk neelofa #neongreen and #black menjolok mata atau seksi pada mata anda., apa yang hatta cuba tampilkan adalah "the in thing in fashion" secara globalnya., neon, crooped jacket, texture fabric, neelofa pulang dari LA dua hari sebelum majlis, dan kami bersetuju memilih neon green fabric yang neelofa bawa dari LA untuk menepati tema anugerah yang lebih relex, santai, edgy and modern in a fashion way., di samakan dengan watak animasi dragon ball, hatta bukanlah pecinta kartun animasi namun mengangkat rekaan hatta setaraf kartun animasi jepun adalah sesuatu yang boleh di banggakan, and we know all fashion foward people is look up for Asian designer especially japan, because they master in pattern tranform manipulation and magice pattern. Well no body is perfect in what ever they do., kalau perfect pun still kita tak boleh nak puaskan selera masyarakat kita yang cita rasanya berbeza., hatta suka challenge diri untuk buat something new, fresh rather than playsave design yang boring, tapi yang boring tu lah masyarakat kita suka., hatta tak pula salahkan masyarakat kita yang kurang ilmu pasal fashion and what is all about, but dengan dunia di hujung jari kini, semua kita boleh search untuk ilmu pengetahuan kita walaupun sikit, ilmu yang membezakan kita dari tak tahu lepada tahu, cuma etika kita sebagai pengkritik umum, jika kita tidak pasti jangan lah mudah melempar tomahan., apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah cara kita komen, everyday is a learning process hatta pun bukanlah bagus mana, hari hari pun hatta masih cuba perbaiki tiap kelemahan yang ada. Andai kata umum tak boleh menerima satu satu rekaan yg fresh modern n fashion foward so tugas hatta sebagai pereka terhalang untuk terus berkarya, macam mana kita nak angkat rekaan kita setanding peteka luar kalau kita tak boleh menerima sesuatu pembaharuan? Jadi hatta pilih untuk terus bekarya dalam landasan pilihan umum., 

Namun, Selepas persalinan ke3 Neelofa, dress kembang black ombre gold naik, tak pula orang nak bercerita, sebab memang masyarakat kita dah terbiasa dengan sifat menghukum, mencari salah untuk menghukum., 

Hatta harap andai rakan media dapat memperbetulkan sedikit kekeliruan masyarakat dari terus keliru, hatta dah cukup berterima kasih.

Source: Facebook