Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Saturday, January 31, 2015

Penggembaraan Aznil Bersama Bintang Hollywood


 

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi hanya bergantung kepada telefon pintarnya untuk merakamkan pengembaraannya bertemu dengan selebriti terkenal seperti Kim Kardashian, Guliana Rancic, Ryan Seacrest ketika berkunjung ke Los Angeles, Amerika Syarikat pada awal Januari lalu.

Aznil berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana pemergiaannya atas jemputan NBC Universal itu tidak ditemani oleh rakan media lain dari Malaysia.

"Saya ditugaskan ke sana berseorangan dan saya mendapat ilham untuk merakamkan pengembaraan hanya menggunakan telefon bimbit.

"Saya mahu kongsikan pengalaman bertemu nama-nama besar itu dengan penonton di negara ini dan sudah membayangkan ia bakal menjadi satu program santai dan berlainan," katanya kepada mStar Online.


Aznil turut diberi peluang untuk menjadi hos di set E! News.
Sebuah program khas dengan dua episod yang berjudul Selfie Paknil di LA bakal ditayangkan Ahad ini, pada pukul 8.30 malam di Astro Ria dan Maya HD.

Program berkenaan diterbitkan oleh Syazwan Zakariah.

Dalam pada itu, Aznil mengakui berasa bangga apabila hos saluran E! iaitu Giuliana Rancic memberitahu dia obses dengan Malaysia.

Giuliana berkata demikian kerana dia teruja apabila sering mendapat Tweet daripada peminat-peminat di negara ini biarpun belum pernah berkunjung kemari.


Aznil bersama penyanyi Christina Milian.
"Giuliana cukup teruja apabila bercakap mengenai Malaysia kerana dia memberitahu sering mendapat komen daripada peminat dari negara ini.

"Dia belum pernah ke sini tetapi merancang untuk datang ke negara ini suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu, Aznil turut memberitahu teruja dapat menembual dua bintang terkenal iaitu Kim Kardashian yang pada mulanya menyangka isteri kepada Kanye West itu sukar didekati.

"Selain Guliana saya diberi peluang untuk menemuramah secara eksklusif dengan Christina Milian dan Kim Kardashian.
Aznil bersama Guliana Rancic.

"Saya tidak sangka Kim seorang yang mudah tersenyum. Selama ini saya ingat dia seorang yang sombong berdasarkan gambar-gambarnya di majalah dan Instagram," ujarnya.

Selain itu, Aznil turut berkesempatan berinteraksi dengan hos dari program Fashion Police seperti Kelly Osbourne, Brad Goreski dan Ryan Seacrest.

Katanya, Guliana memperkenalkannya kepada tetamu lain sebagai 'Ryan Seacrest Malaysia' dan diberi peluang menjadi hos di set program E! News.

Kunjungan pengacara program Apa Kata Malaysia itu atas jemputan NBC Universal untuk sidang media bagi memperkenalkan musim terbaharu program seperti Live From the Red Carpet, Keeping Up With the Kardashian, Fashion Police dan Christina Milian Turned Up.

Sumber: Mstar

Saturday, January 17, 2015

Promo: Astro On The Go Percuma?

Salam berhujung minggu buat semua. Nak tanya semua dah cuba Astro On The Go ? So bagi yang menggunakannya, sila komen mana tahu kita boleh up kan lagi, lagi yang belum, skrg boleh cuba walaupun anda tiada Astro kad, bab kata secara PERCUMA ! Yang tak tahu bagaimana, sila rujuk disini:

Klik disini

Thursday, January 15, 2015

Banyak Adegan 'Suamiku Encik Perfect 10' Dipotong


KUALA LUMPUR: Banyak adegan menarik yang terpaksa dikorbankan untuk memendekkan tempoh filem Suamiku Encik Perfect 10 yang pada awalnya dibuat untuk sebuah telefilem eksklusif bagi tayangan Astro First.

Pengarahnya, Mohammed Feroz Abdul Kader berkata, perkara tersebut merupakan cabaran utama apabila dia terpaksa memilih hanya babak penting bagi membantu jalan cerita.

"Ia agak mencabar kerana penggambaran yang pada awalnya kita lakukan untuk telefilem dua episod ditukar untuk dijadikan sebuah filem dengan durasi dua jam.

"Oleh itu saya perlu membuang banyak babak menarik terutamanya adegan penggambaran di London dan memilih babak yang penting untuk jalan cerita sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Mohammed Feroz ditemui selepas tayangan media filem Suamiku Encik Perfect 10 yang diadakan di GSC Pavilion, di sini, malam Selasa lalu.

Filem kerjasama Global Station Sdn Bhd bersama Astro Show itu turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifly, Jihan Miskin dan Raja Ilya.

Sementara itu, Penerbit Global Station Sdn Bhd Datin Zaiton Mohd Jiwa berkata, pihaknya dan Astro membuat keputusan menjadikan karya tersebut sebagai sebuah filem selepas melihat beberapa kriteria yang berpontensi sebagai sebuah filem.


Lisa Surihani

Katanya, barisan pelakon yang terdiri daripada pelakon terkenal serta jalan cerita yang menarik membuatkan mereka yakin filem itu boleh menarik penonton ke pawagam.

"Pada asalnya ia adalah untuk tayangan Astro First Eksklusif, namun selepas kita buat screening dengan pihak Astro kami membuat keputusan untuk ia dijadikan sebuah filem.

"Kita lihat banyak babak menarik, pelakon terkenal dengan lakonan yang mantap serta jalan cerita yang bagus membuatkan kami berani mengambil keputusan itu," ujarnya.

Tambahnya, selepas keputusan untuk mengangkat ia dijadikan sebuah filem, pihaknya sudah mengenal pasti babak yang membuat penonton paham dan tidak tergantung.

Jelasnya, babak-babak menarik di London yang terpaksa dipotong adalah bukan babak penting untuk menyokong jalan cerita.

"Keputusan menjadikan ia sebuah filem membuatkan kami terpaksa mengorbankan banyak babak yang diambil terutama di London.

"Babak di London itu kebanyakkannya tidak membantu jalan cerita, ia hanya mencantikkan sahaja, kita terpaksa mencari babak yang benar-benar kuat untuk menghidupkan cerita ini," katanya.

Filem Suamiku Encik Perfect 10 merupakan adaptasi daripada novel tulisan Syamnuriezmil bakal ditayangkan pada 22 Januari ini di suluruh pawagam tanah air.

Selain filem tersebut, Global Station turut menghasilkan drama bersiri iaitu Suamiku Encik Sotong lakonan Sharnaaz Ahmad bagi siaran Astro.

Sumber: Mstar

Monday, January 5, 2015

Keputusan Penuh Pemenang Gegar Vaganza

AYAI bersama trofi dan replika hadiah wang selepas muncul juara Gegar Vaganza, malam tadi. -Foto Mohamad Shahril Badri Saali
BUKIT JALIL: Vokalis kumpulan Ilusi, Ayai, malam tadi muncul juara pertama program realiti Gegar Vaganza yang mula menemui penonton sejak November lalu.
Dengan kemenangan itu Ayai membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, trofi dan berpeluang merakamkan sebuah single.
Beliau yang terharu membuat sujud syukur berikutan kemenangannya itu.
"Ini adalah kemenangan untuk semua penyanyi lain. Saya berterima kasih kepada Astro di atas penganjuran program ini," katanya.

IFA Raziah, Haleeda dan Edry membuat persembahan pada konsert akhir Gegar Vaganza di sini malam tadi. - Foto Adi Safri
Haleeda tempat kedua
Sementara itu, Haleeda menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Mamat yang berada di tempat ketiga membawa pulang hadiah RM15,000 dan turut memenangi kategori persembahan terbaik yang dipilih hasil daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS). Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang RM5,000.
Tempat keempat menawarkan RM10,000 dimenangi oleh Rahmat Mega, manakala Ifa Raziah di tempat kelima dan Fazli Zainal keenam.
Gegar Vaganza yang menemui penonton pada setiap Ahad jam 9 malam menampilkan 12 penyanyi tempatan yang pernah mencipta nama di persada seni tanah air.
Selain enam finalis berkenaan, Gegar Vaganza turut disertai Shima, Sam Innuendo, Hasnol, Nadia, Adilla dan Sharifah Zarina.

AYAI (tengah) menjuarai Gegar Vaganza pada konsert akhir di Bukit Jalil malam tadi. Haleeda meraih tempat kedua manakala Mamat Exist di tempat ketiga. - Foto Adi Safri

Sumber: Bharian

AYAI ILLUSI - Juara Gegar Vaganza

AYAI ILLUSI - Juara Gegar Vaganza

Keputusan penuh :

6. Fazli Zainal
5. Ifa Raziah
4. Rahmad Mega
3. Mamat Exist
2. Haleeda

Dan JUARA : AYAI ILLUSI


Thursday, December 4, 2014

Promo: FREE preview of 10 new channels with AstroHDUniverse


From action-packed movies to guilty-pleasure drama series, now you can watch it all on #AstroHDUniverse. Don’t miss the free preview of 10 new channels until 28th February 2015!

For details, click here

Thursday, September 18, 2014

Awal Ashaari Tuntut Produksi 'The Band' Jelaskan Bayaran


Awal Ashaari berharap produksi yang menerbitkan program The Band dapat menjelaskan bayarannya segera.

PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa kesal apabila sebuah syarikat produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.

Awal, 33, berkata dia pelik kerana kesemua selebriti yang terlibat dengan program itu sudah menerima bayaran masing-masing, sebaliknya dia sebagai pengacara masih belum menerima sebarang wang selepas program itu tamat pada awal Jun lalu.

"Program itu sudah pun selesai tiga bulan lalu dan sehingga kini saya masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus. Bukannya sedikit.

"Yang peliknya, apabila saya tanya artis-artis lain yang terlibat, mereka semua sudah menerima bayaran masing-masing.

"Dan kemudian bertanya pihak produksi pula, mereka kata, Astro belum membayar mereka lagi, sedangkan pihak Astro sudah menjelaskan wang mereka kesemuanya," kata Awal.

Tambah Awal, dia berharap produksi berkenaan mengambil perkara itu lebih serius memandangkan sudah beberapa kali pihak tersebut memberi pelbagai alasan apabila ditanya soal penjelasan bayarannya.

Kata suami kepada aktres Scha Al-Yahya, dia juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik memandangkan tiada masalah yang berlaku antara mereka sepanjang bekerjasama dalam program tersebut.

"Rasanya saya sudah menjalankan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan sebaik-baiknya dan antara saya dan produksi, kami tiada masalah.

"Takkan saya perlu meminta 'sedekah' untuk dapatkan duit sendiri? Lagipun apabila saya menandatangani sesebuah kontrak, saya sudah merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan tertentu.

"Tetapi apabila ia tersangkut, perancangan saya untuk menjelaskan beberapa perkara peribadi juga tertangguh," ujarnya.

The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman. Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu.
Sumber: Mstar

Thursday, June 12, 2014

Kilauan Emas 4: Arip Raih Gelaran Juara

Arip bersama hadiah yang diterimanya. Foto AIZUDDIN AFIQ FIRABERI
KUALA LUMPUR: Peserta Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik.

Dalam pada itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.

Dari kiri: Zain, Arip dan Ben. 
Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dima mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu Solo, Medley dan Duet.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Datuk M.Nasir, Mamat Khalid dan Datuk Hattan.
Sumber: Mstar

Thursday, March 27, 2014

Hairi Safwan Akhiri Zaman Bujang

Tahniah diucapkan kepada pelakon yang juga juara program 'Anak Wayang' musim pertama, Hairi Safwan yang telah sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz, Sabtu lalu.


Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam kawasan Kepala Batas Pulau Pinang, Jamal Darus di Masjid Abdullah Fahim, di sini.

Dalam majlis itu, pihak lelaki telah menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan bernilai RM3,000 dan wang hantaran sebanyak RM15,000.


Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan sebelas dulang oleh pengantin perempuan.

Memetik laporan sebuah portal berita, majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 7 Jun depan di Dewan Bandaraya Alor Setar, Kedah yang merupakan negeri kelahiran Hairi.

Source: Media Hiburan

Saturday, February 15, 2014

FEAR FACTOR MALAYSIA 2: CABARAN LEBIH MENDEBARKAN

Peminat-peminat setia penonton Fear Factor Malaysia (FFM) tahun lalu, pastinya tertunggu-tunggu musim kedua program realiti yang menguji ketahanan mental dan fizikal itu.

Lebih-lebih lagi apabila melihat ‘trailer’ program tersebut yang sudah mula dimainkan di kaca TV sejak awal bulan yang lalu.

Program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa itu, menampilkan cabaran-cabaran yang lebih mendebarkan pada musim ini!


Bakal bersiaran pada 15 Februari ini, FFM musim terbaru turut memberi kelainan apabila pasangan selebriti digandingkan dengan peserta bukan dari kalangan artis.

Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing.

Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia Aaron Aziz ditampilkan sebagai pengacara untuk FFM musim kedua ini.

Fear Factor Malaysia 2 akan bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Source: Murai

Thursday, February 6, 2014

Maharaja Lawak Mega 2013, Siapa Juara ?

Maharaja Lawak Mega 2013
Maharaja Lawak Mega 2013
PENTAS Maharaja Lawak Mega semakin menghampiri kemuncaknya. Jika dilihat daripada 16 peserta, hanya lima peserta bakal beraksi di pentas final nanti.

Sepahtu, Shiro, Bocey, Nabil dan Jambu bakal berentap merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega. Setiap pasukan mempunyai kelebihan yang tersendiri  untuk bergelar juara namun, yang menentukannya adakah populariti  atau prestasi?



Pentas akhir Maharaja Lawak Mega akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 7 Januari ini.

Maharaja Lawak Mega 2013

“Setiap tahun persembahan terakhir ini berlangsung di Stadium Melawati untuk memenuhi tuntutan dan juga menampung kapasiti yang besar buat penonton.

“Seperti biasa format final Maharaja Lawak Mega masih mengekalkan dua persembahan untuk setiap peserta.

“Saya berharap semuanya akan berjalan seperti yang dirancang dan berlangsung dengan baik,” katanya.

Tiket-tiket boleh didapati di www.ticketpro. com.my dengan harga RM55, RM35 dan RM25

Tuesday, January 21, 2014

Video: MISS PROPA GANTI TEMPAT NEELOFA DALAM MELETOP

Dalam sedang hangat menanti tibanya Anugerah Meletop Era yang akan bersiaran pada 8 Februari nanti,  Miss Propa terdetik untuk membuat Proparodi untuk iklan program Meletop yang menjadi bualan hangat.

Miss Propa harap pengacara wanita program itu, Neelofa tak naik hantu apabila Miss Propa cuba menggantikan tempatnya dalam iklan berkenaan yang sememangnya meletop bedebam bedebom, gitu.

Tujuan Miss Propa hanyalah untuk mempromosikan Anugerah Meletop Era supaya peminat tidak lupa mengundi artis kegemaran masing-masing menerusi kategori yang dipertandingkan.

Jom tenguk video propa tersebut:



sumber: Murai

Saturday, January 11, 2014

MLM 2014: Sepahtu Menang Perodua Alza

PETALING JAYA: Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu kesembilan membuat kejutan apabila kumpulan Sepahtu yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus menerima sebuah kereta perodua Alza pada malam Jumaat.
Hadiah tersebut diberikan bersempena dengan pelancaran Perodua Alza yang baharu. more

Friday, January 10, 2014

Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama


KAJANG: Peserta dari Selangor, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas berentap selama tujuh minggu pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), di sini, malam Khamis.

Hafiz berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.

Source : http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/1/10/mstar_hiburan/20140109235203&sec=mstar_hiburan

Sunday, May 20, 2012

Hafiz Juara Mania Konsert Akhir 2012 l Astro

SABTU (19 Mei 2012) - Hadiah wang tunai RM500,000 malam ini adalah milik Juara Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz. Kemenangan Hafiz yang berada di Empayar Hijau milik Produser Ahmad Dhani juga menghadiahkan peroduser tersebut wang tunai berjumlah RM300,000. Naib Juara Mania telah dimenangi oleh Stacy yang menerima RM200,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Jaclyn Victor dengan membawa pulang wang tunai RM100,000.


Konsert Mania! Akhir telah menampilkan 5 Bintang Mania iaitu Aril, Hafiz, Hazama, Jaclyn Victor dan Stacy dalam satu pentas merebut gelaran Juara Mania! yang pertama. Masing-masing membawakan dua buah lagu termasuk lagu yang didendangkan bersama artis pilihan mereka sendiri secara duet. more
Berikut adalah kedudukan kesemua 5 Bintang Mania selepas undian SMS ditutup.
1. Hafiz - 28%
2. Stacy - 22%
3. Jaclyn Victor - 22%
4. Hazama - 19%
5. Aril - 9%

Komen:
Bagi admin Jac lagi layak bagi memenangi Mania ni, tapi apakan daya semuanya bergantung pada sms. Tapi jugak kalau pihak Astro nak memberikannya kepada anak emas mereka jugak memandangkan jumlah sms sebelum dengan selepas keputusan begitu berbeza. Well, congrats Hafiz !!
source: astromania

Friday, November 25, 2011

Ustazah Pilihan: Air Mata Gembira Iringi Empat Finalis Ke Pentas Akhir

news @mStar

Ustazah Pilihan: Air Mata Gembira Iringi Empat Finalis Ke Pentas Akhir

KUALA LUMPUR: Selepas menjalani pelbagai cabaran dan tugasan selama lapan minggu, empat peserta program pencarian Ustazah Pilihan (UP) di peringkat separuh akhir, malam Khamis, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila diumumkan mara ke pentas akhir pada 1 Disember depan.

Empat finalis tersebut adalah Masfira Hilman (Fira), Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz), Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) dan Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti).
Pentas akhir UP akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 1 Disember depan, pukul 9 malam dan juga secara langsung di Astro Oasis (saluran 106). Ia dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani.

Tuesday, August 9, 2011

Mila Tarik Penjualan Album

news @mStar

Kecewa Dengan Erama Record, Mila Tarik Penjualan Album

Penyanyi Mila Jirin merancang untuk menarik balik album keduanya yang kini telah berada di pasaran daripada Erama Record Sdn Bhd kerana kecewa dengan edaran syarikat itu.

Tambah Mila, album yang baru dilancarkan pada Februari tahun lalu itu dikatakan tidak mendapat sambutan kerana promosi yang kurang dilakukan oleh syarikat tersebut.

"Saya sedang merancang untuk menarik balik album kedua saya yang kini berada di pasaran dari syarikat Erama Record Sdn Bhd dan membuat edaran semula.

"Kemungkinan album tersebut akan diuruskan oleh syarikat saya MJ Panacea Records Sdn Bhd sepenuhnya dan merangka semula promosi album tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Album “Siapa Peduli”, di sini, Sabtu lalu. Katanya, dia sanggup membelanjakan sedikit wang bagi menjalankan proses tersebut dari awal.
more

Tuesday, August 2, 2011

Ali (Kilauan Emas) Idam Duet Dengan Siti Nurhaliza

news @mStar

Ali (Kilauan Emas) Idam Duet Dengan Siti Nurhaliza

Juara Kilauan Emas, Mohd Ali Norpiah Mohd Johar, 46, berhasrat untuk menghasilkan lagu duet dengan dua pupunya, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bagaimanapun niat tersebut masih belum diputuskan kepada wanita itu melainkan cakap-cakap mulut yang diajukan kepada ibu Siti iaitu Siti Salmah Bachik.

"Saya dan Datuk Siti Nurhaliza adalah dua pupu kerana ayah saya dan mak dia sepupu.

"Saya ada berjumpa dengan mak dia di Kuala Lipis sebelum ini. Jadi, keluarga dia tahu tentang impian saya ini dan jika tiada aral, saya mungkin akan berduet dengan dia,"

Program realiti Kilauan Emas yang disiarkan di Astro Prima (saluran 105) pada Jumaat lalu itu turut menyaksikan naib juara yang disandang oleh Shamsiah Mohd Said dan memenangi wang tunai RM15,000, tempatketiga Azhar Shariff (RM10,000) manakala tempat keempat Mohd Razip Kadir.

Azhar turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Polident dan menerima wang tunai RM5,000. more

Tuesday, July 19, 2011

Pasangan Sarah Juarai 'Mari Menari 2'

news @mStar

Pasangan Sarah Juarai 'Mari Menari 2'

Pasangan Sarah muncul juara program tarian Mari Menari musim kedua (MM2) pada peringkat akhir yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, malam Ahad.

Pasangan dari Sabah yang dianggotai oleh Sarah Diana Michele Durai, 32, dan adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, itu mendapat 56 peratus undian penonton.

Manakala pasangan Nita akur di tempat kedua selepas mendapat undian 44 peratus pada malam kemuncak yang bertemakan Bollywood, Latin dan Battle (Fusion Dance) itu.

Selaku juara, pasangan Sarah membawa pulang hadiah wang tunai RM150 ribu, pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi.

Sunday, July 10, 2011

Rini AF7 kahwin 16 Julai 2011

Rini AF7 kahwin 16 Julai 2011

Tahniahlah kepada Rini AF7 dimana Pada 16 dan 17 Julai nanti, bakal menjadi detik manis buat Zuzafrini Zulkifli, 27, apabila dia kini menghitung hari untuk menamatkan zaman solonya selepas tujuh tahun menyulam cinta

“Majlis akad nikah akan diadakan pada 16 Julai, jam 5 petang di Bandar Baru Bangi diikuti majlis persandingan pada keesokan harinya di tempat yang sama bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Manakala majlis bagi pihak lelaki akan diadakan pada 23 Julai,” katanya.