Thursday, September 18, 2014

Awal Ashaari Tuntut Produksi 'The Band' Jelaskan Bayaran


Awal Ashaari berharap produksi yang menerbitkan program The Band dapat menjelaskan bayarannya segera.

PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa kesal apabila sebuah syarikat produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.

Awal, 33, berkata dia pelik kerana kesemua selebriti yang terlibat dengan program itu sudah menerima bayaran masing-masing, sebaliknya dia sebagai pengacara masih belum menerima sebarang wang selepas program itu tamat pada awal Jun lalu.

"Program itu sudah pun selesai tiga bulan lalu dan sehingga kini saya masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus. Bukannya sedikit.

"Yang peliknya, apabila saya tanya artis-artis lain yang terlibat, mereka semua sudah menerima bayaran masing-masing.

"Dan kemudian bertanya pihak produksi pula, mereka kata, Astro belum membayar mereka lagi, sedangkan pihak Astro sudah menjelaskan wang mereka kesemuanya," kata Awal.

Tambah Awal, dia berharap produksi berkenaan mengambil perkara itu lebih serius memandangkan sudah beberapa kali pihak tersebut memberi pelbagai alasan apabila ditanya soal penjelasan bayarannya.

Kata suami kepada aktres Scha Al-Yahya, dia juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik memandangkan tiada masalah yang berlaku antara mereka sepanjang bekerjasama dalam program tersebut.

"Rasanya saya sudah menjalankan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan sebaik-baiknya dan antara saya dan produksi, kami tiada masalah.

"Takkan saya perlu meminta 'sedekah' untuk dapatkan duit sendiri? Lagipun apabila saya menandatangani sesebuah kontrak, saya sudah merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan tertentu.

"Tetapi apabila ia tersangkut, perancangan saya untuk menjelaskan beberapa perkara peribadi juga tertangguh," ujarnya.

The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman. Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu.
Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Ustazah Pilihan: Air Mata Gembira Iringi Empat Finalis Ke Pentas Akhirnews @mStar Ustazah Pilihan: Air Mata Gembira Iringi Empat Finalis Ke Pentas AkhirKUALA LUMPUR: Selepas menjalani pelbagai cabaran dan tugasan selama lapan minggu, empat peserta program pencarian Ustazah Pilihan (UP) … Read More
  • Mila Tarik Penjualan Albumnews @mStar Kecewa Dengan Erama Record, Mila Tarik Penjualan Album Penyanyi Mila Jirin merancang untuk menarik balik album keduanya yang kini telah berada di pasaran daripada Erama Record Sdn Bhd kerana kecewa… Read More
  • Pasangan Sarah Juarai 'Mari Menari 2'news @mStar Pasangan Sarah Juarai 'Mari Menari 2' Pasangan Sarah muncul juara program tarian Mari Menari musim kedua (MM2) pada peringkat akhir yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, malam Ahad. Pasanga… Read More
  • Ali (Kilauan Emas) Idam Duet Dengan Siti Nurhalizanews @mStar Ali (Kilauan Emas) Idam Duet Dengan Siti Nurhaliza Juara Kilauan Emas, Mohd Ali Norpiah Mohd Johar, 46, berhasrat untuk menghasilkan lagu duet dengan dua pupunya, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.… Read More
  • Rini AF7 kahwin 16 Julai 2011Rini AF7 kahwin 16 Julai 2011Tahniahlah kepada Rini AF7 dimana Pada 16 dan 17 Julai nanti, bakal menjadi detik manis buat Zuzafrini Zulkifli, 27, apabila dia kini menghitung hari untuk menamatkan zaman solonya selepas tuju… Read More

0 comments:

Post a Comment