Thursday, September 18, 2014

Shae Tidak Terkenal Di Negara Sendiri

Shae

PETALING JAYA: Penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang iaitu Shae tidak berasa malu untuk mengakui popularitinya di Indonesia tidak sehebat seperti mana di negara ini.

Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 20, berkata, dia juga tidak tertekan dengan hal itu kerana menganggap rezeki masih belum berpihak kepadanya.

"Nama saya masih belum kuat di negara saya sendiri tetapi ia tidak membuatkan saya tertekan.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa… tetapi itu bukan kerja saya untuk menentukan tentang perkara itu kerana itu semua kerja tuhan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di pejabat Warner Music Malaysia di Mutiara Damansara di sini pada Selasa.

Shae hadir ke Malaysia bagi menerima penghargaan atas penjualan single Sayang yang terjual melebihi 1 juta unit secara digital.

Dalam pada itu, Shae bagaimanapun berkata, peminat di Indonesia semakin menyedari kehadirannya apabila lagunya itu semakin rancak dimainkan di radio.

Jelas Shae, sebagai penyanyi baharu dia perlu berusaha gigih untuk memastikan muziknya dapat diterima terutamanya di Indonesia.
mStar Default Image
Shae (kanan) menerima penghargaan daripada Pengarah Urusan Warner Music, Darren Choy atas kejayaan singlenya menerusi digital yang terjual melebihi 1 juta. 


"Belum popular bukan bererti ia penghujung kepada karier saya kerana itu tanda saya perlu lebih berusaha pada masa hadapan.

"Muzik dan nyanyian adalah cinta saya sejak kecil dan saya akan teruskan supaya dapat buat orang lain gembira dengan nyanyian saya," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kejayaan Sayang terjual melebihi 1 juta unit di Malaysia, Shae berkata, dia berasa terharu dengan penerimaan peminat di negara ini terhadapnya.

Tambahnya, kejayaan itu adalah luar biasa untuk pendatang baharu sepertinya dan amat menghargai sokongan peminat.

"Apabila saya dapat tahu lagu itu popular di Malaysia saya sudah cukup gembira apatah lagi diberitahu ia terjual lebih 1 juta. Ia luar biasa," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shae berkata, dia bakal mengumumkan satu kejutan istimewa buat peminatnya di Malaysia pada November depan.

"Ia sesuatu yang cukup istimewa dan peminat pasti akan teruja," katanya.
Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Konsert Judika Di Malaysia Pada 12 April 2014 Menyedari mempunyai ramai pengikut di negara ini, penyanyi terkenal Indonesia, Judika bakal membuat konsert istimewa khusus untuk peminatnya. Konsert 'Judika Mencari Cinta' bakal berlangsung pada 12 April 2014 bertempat d… Read More
  • Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulanKris Dayanti mengaku hamil 4 bulanBeberapa minggu usai menikah dengan Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti (KD) diisukan tengah hamil dua bulan. Kabar tersebut berhembus dari orang dekat KD. Namun, kini KD sendiri mengakui kalau … Read More
  • Inul Tidak Lagi 'Goyang Gerudi' Penyanyi dangdut Inul Daratista membuat keputusan untuk mengurangkan tarian goyangnya selepas mendapati imej berkenaan tidak lagi bersesuaian dalam era muzik kini. "Inul berkata, irama dangdut ketika ini perlu tampil berbez… Read More
  • Single Baru Ariel Tentang Kehidupan Para NabiSingle Baru Ariel Tentang Kehidupan Para Nabi Single lagu paling anyar ciptaan Najriel Irham atau Ariel Peterpan, ternyata berisi kisah tentang kehidupan para narapidana. Lewat lagu yang berjudul sementara Dara itu, Ariel … Read More
  • 'Konsert Live To Love' Afgan Buai Perasaan Penonton Penyanyi popular Indonesia, Afgan berjaya memukau penonton dengan persembahan bertenaga dalam Konsert Afgan Live to Love yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Jumaat. Afgan membuka tirai persembahan deng… Read More

0 comments:

Post a Comment