Showing posts with label I Am a Singer. Show all posts
Showing posts with label I Am a Singer. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

Pakaian Shila Amzah Dikecam Peminat


Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bersaing dalam sebuah program realiti nyanyian di China sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila pakaian yang dikenakan dilihat tidak bersesuaian dengan imej yang dibawanya.

Pelantun lagu 'Masih Aku Cinta' ini telah tampil pelik dengan  skirt pendek bersama 'legging' warna kulit yang menampakkan seakan-akan dia hanya memakai skirt sahaja ketika tudung masih sempurna di kepala

Diharapkan Shila boleh mempelajari sesuatu daripada perkara ini sekali gus boleh tampil dengan imej yang lebih sopan pada masa hadapan seiring dengan bakat yang dimilikinya.

Sumber: Media Hiburan

Saturday, April 5, 2014

I Am A Singer: Shila Amzah Rangkul Tempat Ke-3


Penyanyi Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dia berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam Jumaat.

Juara program itu pula dimenangi oleh  Han Lei dari China manakala naib juara disandang oleh penyanyi Hong Kong iaitu G.E.M.

Pada pertandingan akhir program yang disiarkan secara langsung menerusi HunanTV Channel itu, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Bagi pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan Mariah Carey.

Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012

Pada pusingan kedua pula Shila beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul Mama nyanyian Exo-M.

Sebelum mara ke pusingan akhir, Shila menyertai program berkenaan pada minggu ketujuh (21 Februari lalu) dengan menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan mendapat tempat kedua.

Kemudian penyanyi itu meneruskan saingan minggu kelapan menerusi lagu Zui Chang De Dian Ying dengan kedudukan tempat keempat, minggu kesembilan dengan lagu Listen (tempat ketiga) dan minggu ke-10 dengan lagu Forever Love (tempat ketiga).

Terdahulu, Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012  yang berlangsung di Shanghai, China.

Sumber: Mstar

Friday, April 4, 2014

I Am A Singer: Shila Amzah Berjaya Jadi Finalis

I Am A Singer: Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah berjaya menjadi finalis pertandingan I Am Singer yang akan berlangsung di Hunan, Changsha, China pada Jumaat (hari ini).

Ia merupakan satu sejarah kerana Shila, 24, merupakan artis Melayu pertama yang menyertai acara itu sejak diperkenalkan pada tahun lalu.

Dalam pertandingan tersebut, tiga peserta dari China berjaya mara ke peringkat akhir manakala Shila bersama Gary Chaw mewakili Malaysia.

Hong Kong dan Taiwan masing-masing seorang peseta.

“Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final ini. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya  dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.

Pertandingan itu akan berlangsung pada pukul 8 malam (8 malam waktu Malaysia).

Kata Shila, dia  diberi arahan untuk bersedia dengan dua buah lagu di mana pada pusingan pertama dia akan berduet bersama seorang penyanyi luar.

Jika berjaya mendapat tempat antara lima tertinggi, dia akan mara ke pusingan kedua dan akan membuat persembahan secara solo sebelum peminat diberi ‘kuasa’ untuk membuat undian bagi memilih juara.


Shila turut mencipta kebolehan luar biasa apabila terpilih ke peringkat akhir I Am Singer sedangkan beliau menyertai acara berkenaan ketika minggu ketujuh iaitu  pada Februari lalu.

Pada persembahan pertamanya,  dia telah mendendangkan lagu Xiang Ni De Ye yang bermaksud Di Kala Malam, Ku Merindui Mu di mana lagu tersebut telah melonjakkan namanya dalam pertandingan itu sehingga membolehkan dia mendapat tempat kedua.

Lebih membanggakan pada minggu kesebelas popularitinya melonjak dan dia berjaya meraih tempat pertama selepas mempersembahkan lagu Rolling In The Deep nyanyian Adele.

Pada pertandingan itu tahun lalu, peserta dari China iaitu Yu Quan dipilih sebagai juara.

Orang ramai boleh mengundi Shila dengan melayari  http://vote.weibo.com/vid=2578278

Source: Mstar

I Am A Singer: Shila Amzah duduki tangga tercorot

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah telah mengejutkan ramai pihak terutama para peminatnya apabila menduduki tangga keenam pada minggu ke-12 dalam program nyanyian berbentuk realiti di China.


Shila yang cantik memakai busana berwarna hijau lumut itu telah menyampaikan lagu berjudul "Yang Chong" dilihat berjaya menyampaikan emosi lagu itu sehingga para penonton terpukau dengan persembahannya.

Kedudukannya dalam program terbitan Hunan TV itu dilihat jatuh merundum kerana pada minggu sebelumnya dia telah menduduki tangga pertama apabila mempersembahkan lagu nyanyian Adele yang berjudul "Rolling In The Deep" dengan begitu menarik sekali.

Dalam pada itu, ramai berpendapat bahawa kemungkinan Shila diboikot berikutan ketidakpuasan rakyat China terhadap insiden MH370.

"Shila tetap akan meneruskan perjuangannya di sana dan tetap optimis untuk mengharumkan nama negara. Ketika insiden MH370 berlaku, Shila tetap dilayan baik oleh peminatnya disana," jelas Fauziah Sharman, ibu Shila kepada Harian Metro.

Sementara itu, peminatnya di Malaysia rata-rata melahirkan perasaan terkilan apabila melihat penampilan Shila yang dikatakan agak tidak menepati kriteria pakaian wanita yang bertudung dalam satu program hiburan di stesyen televisyen yang sama.

Pemakaian legging yang seakan warna kulit itu dilihat agak tidak bersesuaian kerana kelihatan Shila seperti tidak memakai apa-apa selain gaun paras lutut berwarna biru.

Pengurus Shila Di China, Ong Peng Chu turut menjelaskan bahawa ada pihak sengaja membuat cerita kononnya Shila hanya memakai gaun sahaja dan tidak memakai legging. Para peminat boleh menyaksikan sendiri kesahihan dengan menyaksikan program itu yang telah dimuat turun di laman YouTube.

Beliau turut menambah, Shila kini sedang sibuk membuat persiapan menjelang pusingan akhir dan ia bukan mudah kerana terpaksa bersaing dengan bintang hebat di sana.

Sumber: tupai.com.my

Friday, February 21, 2014

Shila Amzah Sedia Gegar China Sekali Lagi

Shila Amzah

Selepas menjuarai pertandingan 'Asian Wave 2012', penyanyi Shila Amzah sekali lagi menguji kemampuannya dengan menyertai program realiti terbaru berjudul 'I Am a Singer' di China.

Menerusi akaun Instagram Shila dan akaun yang dibuat khas oleh peminatnya, beberapa gambar poster telah dimuat naik di samping cara-cara untuk menonton rancangan itu menerusi pelbagai saluran yang disediakan.
"Bagi pengguna komputer riba atau komputer, anda boleh layari http://www.fengyunzhibo.com/tv/hunanweishi.htm. Ia akan disiarkan pada Jumaat, jam 8 malam.


"Jadi tak ada alasan untuk menonton persembahan Shila dalam 'I am a Singer'. Terima kasih kerana memberi sokongan," tulis Shila menerusi akaun Twitternya.

Sumber: mediahiburan