Saturday, April 5, 2014

I Am A Singer: Shila Amzah Rangkul Tempat Ke-3


Penyanyi Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dia berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam Jumaat.

Juara program itu pula dimenangi oleh  Han Lei dari China manakala naib juara disandang oleh penyanyi Hong Kong iaitu G.E.M.

Pada pertandingan akhir program yang disiarkan secara langsung menerusi HunanTV Channel itu, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Bagi pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan Mariah Carey.

Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012

Pada pusingan kedua pula Shila beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul Mama nyanyian Exo-M.

Sebelum mara ke pusingan akhir, Shila menyertai program berkenaan pada minggu ketujuh (21 Februari lalu) dengan menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan mendapat tempat kedua.

Kemudian penyanyi itu meneruskan saingan minggu kelapan menerusi lagu Zui Chang De Dian Ying dengan kedudukan tempat keempat, minggu kesembilan dengan lagu Listen (tempat ketiga) dan minggu ke-10 dengan lagu Forever Love (tempat ketiga).

Terdahulu, Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012  yang berlangsung di Shanghai, China.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Pakaian Shila Amzah Dikecam Peminat Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bersaing dalam sebuah program realiti nyanyian di China sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila pakaian yang dikenakan dilihat tidak bersesuaian dengan imej yang dibawanya. Pela… Read More
  • I Am A Singer: Shila Amzah Rangkul Tempat Ke-3 Penyanyi Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dia berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam Jumaat. Juara program itu pula di… Read More
  • I Am A Singer: Shila Amzah Berjaya Jadi Finalis I Am A Singer: Shila Amzah Penyanyi Shila Amzah berjaya menjadi finalis pertandingan I Am Singer yang akan berlangsung di Hunan, Changsha, China pada Jumaat (hari ini). Ia merupakan satu sejarah kerana Shila, 24, merupa… Read More
  • Shila Amzah Sedia Gegar China Sekali Lagi Selepas menjuarai pertandingan 'Asian Wave 2012', penyanyi Shila Amzah sekali lagi menguji kemampuannya dengan menyertai program realiti terbaru berjudul 'I Am a Singer' di China. Menerusi akaun Instagram Shila dan akaun… Read More

0 comments:

Post a Comment