Sunday, March 30, 2014

'Konsert Live To Love' Afgan Buai Perasaan Penonton

Afgan

Penyanyi popular Indonesia, Afgan berjaya memukau penonton dengan persembahan bertenaga dalam Konsert Afgan Live to Love yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Jumaat.

Afgan membuka tirai persembahan dengan mendendangkan lagu Katakan Tidak dan Love Punk kira-kira pukul 9.15 malam.

Kemudian diikuti dengan lagu Pesan Cinta membuatkan penonton seakan histeria dan menyanyi bersama-bersama.

Biarpun kali pertama membuat konsert di negara ini, Afgan tidak mengecewakan penonton dengan kelunakan suaranya yang membuai perasaan.

Sebanyak 16 buah lagu disampaikan dalam konsert hampir dua jam itu, antaranya ialah Sabar, Sadis, Dia Dia Dia, Entah, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu.

Dalam pada itu, Afgan sempat berinteraksi dengan penonton menyatakan tentang perasaannya pertama kali berada di pentas berprestij Istana Budaya ini.

Afgan Live to Love
"Ini merupakan konsert pertama saya di Malaysia dan saya mengucapkan terima kasih buat peminat-peminat saya yang sanggup datang termasuklah dari Singapura dan Brunei.

"Saya duduk di Malaysia selama dua tahun kerana belajar di Universiti Monash dan banyak mendengar muzik di negara ini serta menginspirasi beberap orang artis di negara ini," katanya.

Afgan turut menyampaikan lagu-lagu penyanyi tempatan yang digemarinya seperti Kantoi nyanyian Zee Avi, Lelaki Ini ( Anuar Zain), Bukan Cinta Biasa (Datuk Siti Nurhaliza), dan Sinaran (Datuk Shila Majid).

Dalam pada itu, Afgan turut menzahir rasa simpati terhadap insiden MH370 dan meminta penonton menitipkan doa kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

Dia kemudian menyampaikan lagu ketuhanan berjudul Padamu Ku Bersujud.

Afgan seterusnya mengegarkan pentas Istana Budaya dengan mengajak semua penonton berdiri dan menyanyi bersama lagu Because I'm Happy dan Treasure.

Afgan menutup persembahan kira-kira pukul 10.50 malam dengan lagu terakhirnya Panah Asmara.

Related Posts:

  • MH370: Konsert 'Terindah... Anuar Zain' Ditunda Anuar Zain telah mengumumkan tarikh baru bagi persembahan sempena Minggu Setiausaha 'Terindah... Anuar Zain' yang akan diadakan pada 29 April 2014 di Ball One World Hotel. Keputusan ini diambil bagi menghormati situasi se… Read More
  • Dayang Nurfaizah & Marcell Di Istana BudayaSelepas dihiburkan dengan persembahan Afgan pada 28 Mac, Istana Budaya sekali lagi digegarkan dengan persembahan dua nama besar iaitu Dayang Nurfaizah dan penyanyi Indonesia, Marcell dalam konsert 'Marcell & Dayang Pesona… Read More
  • Konsert Judika Di Malaysia Pada 12 April 2014 Menyedari mempunyai ramai pengikut di negara ini, penyanyi terkenal Indonesia, Judika bakal membuat konsert istimewa khusus untuk peminatnya. Konsert 'Judika Mencari Cinta' bakal berlangsung pada 12 April 2014 bertempat d… Read More
  • A Musical Affair barometer sedekad Il Divo IL DIVO kembali ke tanah Malaysia selepas enam tahun. Kali pertama kuartet popular itu bertandang adalah pada tahun 2007 sempena Il Divo Live in Concert di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tahun ini, kumpulan… Read More
  • 'Konsert Live To Love' Afgan Buai Perasaan Penonton Penyanyi popular Indonesia, Afgan berjaya memukau penonton dengan persembahan bertenaga dalam Konsert Afgan Live to Love yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Jumaat. Afgan membuka tirai persembahan deng… Read More

0 comments:

Post a Comment