Showing posts with label artis dan jenayah. Show all posts
Showing posts with label artis dan jenayah. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Vokalis Terra Rossa Didenda RM7,000 Miliki Dadah

Vokalis baharu kumpulan Terra Rossa pada Khamis didenda RM7,000 atau 18 bulan penjara setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan membabitkan penyalahgunaan dadah.

Majistret Zulyana Zollkapli turut memerintahkan Khairul Hizam Kaha, 39, berada dalam pengawasan polis selama dua tahun.

Vokalis yang lebih dikenali sebagai Jijam itu didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.41 gram di kawasan Axis Atrium, Taman Cempaka, Ampang di sini pada 4.30 petang, 10 Dis tahun lepas.

Bagi tuduhan kedua dan ketiga, dia didapati menggunakan methamphetamine pada 7.15 malam, 29 Mei tahun lepas dan memasukkan dadah ke dalam badannya pada 6.30 petang, 10 Dis tahun lepas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.



Mahkamah turut memerintahkan Khairul Hizam membayar denda RM3,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan memiliki dadah manakala denda RM2,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Khairul Hizam, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia hanya berniaga sendiri dan tiada pendapatan tetap selain perlu menyara tiga anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahannya itu.

Jijam merupakan pemenang persembahan terbaik dan juara pencipta lagu untuk program Mystarz LG musim pertama pada 2007.

Beliau menyertai Terra Rossa pada tahun 2012 dan merakamkan album terbaru bersama kumpulan itu pada 2013. - BERNAMA

Sumber: Mstar

Tuesday, February 10, 2015

Ezad Lazim Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun



PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dikenakan denda sebanyak RM3,500 dan pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahakamah Majistret Selayang dekat sini pada Selasa.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim ketika dihubungi mStar Online menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka dan berharap akan menjadi pengajaran kepadanya.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum.

Sumber: Mstar

Sunday, January 25, 2015

Zamani bebas dengan jaminan polis


Vokalis kumpulan Slam, Zamani dibebaskan dengan jaminan polis pagi Sabtu selepas ditahan reman berkaitan kes dadah pada Rabu lalu.

Menurut peguam penyanyi itu, Zamani sedang menunggu perbicaraan kes di Mahkamah Majistret Ampang yang ditetapkan pada pagi Selasa ini.

“InsyaAllah beliau sudah bersedia untuk perbicaraan kes Selasa ini," kata Johan Aziz, ketika dihubungi Astro AWANI dihubungi di sini, hari ini.

Apabila ditanya tentang keadaan penyanyi itu, Johan berkata Zamani berada dalam keadaan ceria namun perlu berehat sebanyak mungkin.

"Dia 'okay'. Saya telah menasihatkannya untuk berehat kerana sebelum ini beliau agak ‘tension’,” jelas Johan.

merakam dan menyebarkan video penahanannya ketika berada di dalam lokap sehingga menjadi viral di laman sosial.

Sebelum ini, video berdurasi 81-saat itu memaparkan penyanyi ‘Gerimis Mengundang’ itu dalam keadaan duduk dan tangan bergari. Video tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang bersimpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

“Itu biar polis siasat dan ambil tindakan. Bagi pihak Zamani, beliau tidak akan buat apa-apa tindakan,” katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa Zamani membuat keputusan untuk tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang


Sumber: Astro Awani

Thursday, January 22, 2015

Zamani OK...Kirim Salam Kepada Semua - Pengurus



Selepas beberapa jam berada di dalam tahan pihak polis, bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani sempat memberitahu kepada pengurusnya bahawa dia berada dalam keadaan baik dan turut mengutuskan salam kepada semua.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh admin Facebook (FB) Zamani Slam Official, pengurus Zamani yang dikenali sebagai Johan Aziz telah pergi bertemu penyanyi tersebut.

Kata Johan, “Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih…Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo…Insyallah saya OK..” – dari Zamani.

Admin yang mengendali akaun tersebut turut terkesan dengan kata-kata Johan dan menulis, “Admin tak nak cakap apa-apa…Ini sahaja yang admin boleh kongsikan...Terima kasih.”

Sementara itu, para peminat yang membaca entri tersebut terus memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi berusia 43 tahun itu.

Antara komen yang ditinggalkan peminat ialah:

Muhammad Hakim - “Bersabarlh..mnkin ni yg trbaek bt zamani,selepas ni berubahlh..sayangi sisa2 hdup yg ada ni dgn bnda2 yg berfaedah,belajarlh dr kesilapan lalu..belajarlh mncntai org2 yg syangkn kita,hdup kita cuma skli..jgn sia2 kn hdup kita dgn bnda yg akn merosakkan kta,mmng ssah nk brhnti bnda ni..tp cubalh,ingat satu ja..apa saja tindakkan zamani,akan melukakan hati org yg sygkn zamani..(^_^)”
Masura Mastori – “semua yg berlaku atas kehendak ALLAH,mungkin dgn cara dan saat ini ALLAH menginginkan abg zamani sedar apa yg abg lakukan selama ni hanya akan merosakkan abg..bertabahlah,anggaplah ujian ini tanda ALLAH sayangkan abg..kami akan sentiasa sokong abg,dan berharap ianya menjadi pelajaran berguna..teruslah bangkit dr kegagalan..tiada manusia sempurna didunia..”
Roaziyan Mohamed -  “ape pun terjadi, saya yakin semua peminat Abg Zamani akan terus mendoakan kesejahteraan buat abg...semoga Allah permudahkan segala urusan...amin ya rabbal ala min”
Yanz'joy Yanz – “semuga bng zamani tbh menghadapi dugaan,kami di sini/fanz d indonesia slalu trz akan Menyokong abang #zamani semuga abng bisa merubah segala sifat,silam yg hendak abng zamani pernah lakukan di masa Ini...sabar y bwt bng zamani,semuga semua cepat Handak Berakh!r dgn Baik..dan abng bisa Cepat mengh!bur semua Peminat abng di indonesia mahupun di malaysia-"

Zamani telah ditahan pada pagi Rabu lalu dikediamannya, kerana disyaki postif dadah jenis Heroine.

Sumber: AstroGempak

9009Viral: Video Zamani Di Lokap Disebar Individu Tidak Bertanggungjawab

 
Video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang kini ditahan di lokap telah menjadi viral di laman-laman sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 21 saat tersebut, kelihatan Zamani yang sedang duduk dalam keadaan tangan bergari disuruh menyanyikan lagu hitnya berjudul 'Gerimis Mengundang' oleh seseorang.

Sungguhpun dalam keadaan sedemikian, penyanyi bersuara emas itu hanya menuruti permintaan 'peminat' tersebut.

Ternyata vokal Zamani masih merdu dan sedap didengar.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang simpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

Tidak kurang juga yang menyalahkan individu terbabit yang merakam dan menyebarkan video tersebut sehingga mengaibkan penyanyi popular itu.

Bagaimanapun, bagi Astro Gempak video tersebut tidak sepatutnya menjadi bahan hiburan dan disebarkan sewenang-wenangnya.

Diharap individu yang menyebarkan video tersebut dapat bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.

Zamani telah ditahan dikediamannya bersama seorang wanita di Keramat, pada Rabu kerana dipercayai positif dadah.

Sumber: Astrogempak

Zamani Slam ditahan polis miliki dadah

21/01/2015 11:24am

AMPANG JAYA - Bekas vokalis kumpulan popular Slam, Zamani ditahan bersama seorang wanita selepas ujian air kencingnya disahkan positif dadah jenis heroin dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat di sini awal pagi ini.

Penyanyi Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan polis pada pukul 12.30 tengah malam bersama wanita berusia 33 tahun selepas serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Polis turut menjumpai satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram di atas tilam di dalam bilik tidur kediaman berkenaan.

Penyanyi dan wanita itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Kosmo

Sunday, January 18, 2015

Pelakon Lelaki Disyaki Merogol Telah Ditahan Polis





Mengucap panjang apabila membaca surat khabar Harian Metro dengan ‘headline’ yang ditulis ‘Diperkosa  Pelakon Ketika Temu Duga Di Hotel’.

Dah kenapa nak temu duga kat hotel, kat pejabat dengan rumah kedai tak boleh ke? Berdasarkan laporan tersebut, suspek berusia 23 tahun telah berjaya ditahan polis jam 10 malam kelmarin.

Difahamkan suspek telah mengunakan helah dan taktik liciknya dengan menawarkan bayaran RM500 sehari untuk berlakon.

Yang paling Murai Batu kesalkan, suspek ini juga mengugut untuk menyebarkan video mangsa sebelum memaksa mangsa membayar RM1000.

Suspek dah lah menipu kemudian memperkosa kemudiannya peras ugut pula, kalau di sabitkan kesalahan suspek boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Pihak polis juga terus menyiasat kemungkinan suspek telah banyak menipu dan memperdaya gadis lain yang sudah menjadi mangsanya.

Apa-apa pun kepada gadis-gadis di luar sana, berhati-hati untuk menjadikan lakonan sebagai kerjaya, kerana buaya darat memang susah nak hidu.

Jadi waspada dengan apa jua tawaran dan pastikan ia adalah saluran yang betul terutama untuk sesi uji bakat. Kalau dah jadi macam ni, alamat tercemarlah maruah kita. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sumber: Murai