21/01/2015 11:24am
AMPANG JAYA - Bekas vokalis kumpulan popular Slam, Zamani ditahan bersama seorang wanita selepas ujian air kencingnya disahkan positif dadah jenis heroin dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat di sini awal pagi ini.
Penyanyi Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan polis pada pukul 12.30 tengah malam bersama wanita berusia 33 tahun selepas serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Polis turut menjumpai satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram di atas tilam di dalam bilik tidur kediaman berkenaan.
Penyanyi dan wanita itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Kosmo
Thursday, January 22, 2015
Zamani Slam ditahan polis miliki dadah
Categories: artis dan jenayah, zamani slam
Related Posts:
Zamani Slam ditahan polis miliki dadah 21/01/2015 11:24amAMPANG JAYA - Bekas vokalis kumpulan popular Slam, Zamani ditahan bersama seorang wanita selepas ujian air kencingnya disahkan positif dadah jenis heroin dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat… Read More
Zamani bebas dengan jaminan polis Vokalis kumpulan Slam, Zamani dibebaskan dengan jaminan polis pagi Sabtu selepas ditahan reman berkaitan kes dadah pada Rabu lalu. Menurut peguam penyanyi itu, Zamani sedang menunggu perbicaraan kes di Mahkamah Majistr… Read More
9009Viral: Video Zamani Di Lokap Disebar Individu Tidak Bertanggungjawab Video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang kini ditahan di lokap telah menja… Read More
Zamani OK...Kirim Salam Kepada Semua - Pengurus Selepas beberapa jam berada di dalam tahan pihak polis, … Read More
Ezad Lazim Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI qayumazizi@thestar.com.my PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dikenakan denda sebanya… Read More
0 comments:
Post a Comment