Sunday, January 18, 2015

#AJL29: 12 Lagu Diumumkan Layak Final Ke AJL 29


SHAH ALAM: Dua belas buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 29 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat.

Lagu-lagu yang layak ke AJL29 yang akan diadakan pada 18 Januari hadapan terdiri daripada Gilalah (Stacy), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Malaikai (Hazama), Romancinta (Mojo), Apa Khabar (Joe Flizzow) dan Lelaki (Yuna).

Manakala Matahari (Hafiz Suip), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Percayalah (Indah Ruhaila), dan Masih Aku Cinta (Shila Amzah) turut dipilih untuk berentap pada peringkat akhir.

Separuh Akhir Muzik Muzik 29 minggu ketiga ini turut menyaksikan persembahan daripada Datuk AC Mizal & Mawi (Al Haq), Ronnie & Marsha (Cinta Makrifat), Bunkface & Amy Search ( Rentak Laguku), Alyah (Sesal Separuh Jiwa), Yuna (Lelaki) dan Hafiz Hamidun (Jodoh Berdua).lain Akim & The Majistret (Mewangi), Forteen (Tak Pernah Berjumpa) dan Joe Flizzow & Sona One (Apa Khabar).

Separuh Akhir Muzik Muzik 29 minggu ketiga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Haiza dan EVA.

Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 14 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2014.


Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Ally Iskandar & Nurfarahin Akhirnya Bergelar Suami Isterinews @mStar Ally Iskandar & Nurfarahin Akhirnya Bergelar Suami IsteriPersonaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Le… Read More
  • Asmidar Juara Pertama Vokal TV3news @mStar Asmidar Juara Pertama Vokal TV3 Dengan memperoleh markah penuh sebanyak 70 peratus, peserta Asmidar atau nama penuhnya, Norhasmidar Ahmad, 25, berjaya meraih gelaran juara musim pertama program realiti… Read More
  • SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011Kategori Filem Filem Terbaik: Magika Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak (Cun) Pelakon Wanita Terbaik Filem: Siti Shahrizah Eja (Janin) Pengarah Terbaik Filem: Osma… Read More
  • Senarai Akhir Lagu Layak di AJL 26Senarai Akhir Lagu Layak di AJL 26 Keputusan Senarai Akhir Lagu Layak bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL 26 | 2011/2012): Top 5 Separuh Akhir Pertama - 18 November 2011 MATA HATI (NUBHAN) KISAH HATI (ALYAH) … Read More
  • Top 12 Anugerah Juara Lagu Ke 26Senarai Akhir Lagu Layak di AJL 26 Keputusan Senarai Akhir Lagu Layak bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL 26 | 2011/2012): 1. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mi… Read More

0 comments:

Post a Comment