Friday, January 23, 2015

AJL29: Pas Ada, Tapi Tidak Boleh Masuk - Tam Spider



Vokalis kumpulan Spider yang juga komposer lagu Di Pintu Syurga, Tam mengaku tidak dibenarkan masuk ke sebuah majlis anugerah baru-baru ini.

Perkara tersebut diakui Tam sendiri di akaun Facebooknya (FB) 'Tam Mustafah' apabila ditanya oleh seorang kenalan lain yang bertanyakan tentang dirinya ketika majlis anugerah tersebut berlangsung.

Menerusi ruangan komen di FB tersebut Tam menulis "ntah, pas ada tapi tak boleh masuk" sebagai jawapan kepada soalan salah seorang temannya.

Sebelum ini kelibat Tam tidak kelihatan pada majlis anugerah berprestij itu kerana disangkakan mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan dan disebabkan itu dia tidak dapat hadir pada malam pertandingan tersebut.

Pada pandangan Astro Gempak, penjelasan Tam pada ruangan komen di FBnya itu jelas memperlihatkan kekesalannya kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Apatah lagi Lagu ciptaannya 'Di Pintu Syurga' dendangan penyanyi popular Dayang Nurfaizah dan lirik Iman Imran telah menduduki tempat ketiga dan memenangi kategori vokal terbaik pada malam tersebut.

Mungkin perkara ini tidak diketahui oleh pihak penganjur kerana Tam sendiri pun tidak 'kecoh' tentang perkara tersebut.

Hairan juga ya bagaimana individu sepenting Tam boleh tercicir?

Ya, bagi kami Tam merupakan individu yang sangat penting untuk majlis anugerah tersebut, malah sebagai seorang komposer yang lagunya dipertandingkan, tidak wajar dia dihalang untuk masuk ke dalam dewan.

Sumber: AstroGempak

Related Posts:

  • Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 29 Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 29. Seperti yang sedia maklum, senarai finalis lagu yang layak bertanding ke Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) telah pun diumumkan pada penghujung persembahan separuh akhir ketiga M… Read More
  • Debaran Anugerah Juara Lagu ke 28 "Game on"! Anugerah Juara Lagu, acara hiburan terbesar anjuran TV3 yang dinanti-nantikan oleh para penggiat dan pemuzik tanah air bakal memperlihatkan pertarungan hebat 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komp… Read More
  • Juara AJL 28 - Bahagiamu Deritaku Nyanyian Hafiz Lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad. Dengan kemenangan lagu yang dinyanyik… Read More
  • Ramalan Juara #AJL29 : Dayang Nurfaizah (Dipintu Syurga) Debaran kian terasa, pelbagai persespi, pendapat serta ramalan peminat setia Anugerah Juara Lagu (#AJL29) yang menentukan siapakah yang bakal menjulang trofi tempat pertama, kedua dan ketigaAJL29 disiarkan secara langsung d… Read More
  • #AJL29: 12 Lagu Diumumkan Layak Final Ke AJL 29 SHAH ALAM: Dua belas buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 29 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2… Read More

0 comments:

Post a Comment