Showing posts with label the voice. Show all posts
Showing posts with label the voice. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Gwen Stefani Ganti Christina Aguilera Sebagai Juri 'The Voice'


PENYANYI Gwen Stefani dilaporkan bakal menggantikan tempat Christina Aguilera sebagai juri dalam program realiti The Voice musim ketujuh.

Daily Mail melaporkan vokalis utama kumpulan No Doubt itu diintai pihak penerbit rancangan itu selepas Christina mengumumkan dia tidak akan kembali pada musim terbaharu The Voice.

Keputusan itu dibuat Christina selepas dia mengesahkan sedang hamil anak keduanya.

"Pihak NBC mahu Christina kekal sebagai juri biarpun dia sedang mengandung tetapi penyanyi itu mahu menumpukan perhatian kepada kandungannya dan ingin berehat," kata sumber.

Gwen dijangka memulakan tugasnya sebagai juri musim ketujuh yang akan bermula pada Jun depan.

Dalam pada itu, Gwen dikhabarkan masih meneliti kontrak yang diberikan kepadanya sebelum membuat keputusan muktamad menyertai The Voice.

Sumber: Mstar

Monday, February 24, 2014

CHRISTINA AGUILERA HAMIL ANAK KEDUA ?

Bulan Februari nampaknya memberikan makna yang yang cukup istimewa buat bintang pop, Christina Aguilera yang juga salah seorang juri program realiti The Voice.

Sebaik saja bertunang dengan Matthew Rutler, penyanyi Feel The Moment ini telah disahkan hamil anak kedua, yang mana ianya adalah anak pertamanya bersama tunangnya itu.

Sebelum itu, Cristina Aguilera telah dikurniakan anak lelaki, Max Liron, 6, bersama bekas suami, Jordan Bratman.

Sewaktu sambutan Hari Kekasih, Christina Aguilera memberitahu dia dan Matthew Rutler telah pun mengambil keputusan untuk membawa hubungan mereka ke tahap yang seterusnya.

Perkara itu dimaklumkan Christina kepada peminatnya menerusi akaun Twitter peribadinya.

"Dia (Matthew Rutler) bertanya saya dan saya jawab.....," kata Christina sambil menyertakan sekeping foto yang memperlihatkan jarinya dihiasi dengan cincin berlian yang besar sambil sebelah tangannya memegang Matthew Rutler.

Source: Murai