Showing posts with label Michelle Yeoh. Show all posts
Showing posts with label Michelle Yeoh. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

MICHELLE YEOH PENGHIAS MUKA DEPAN ISU PERTAMA ELLE MALAYSIA

MICHELLE YEOH
Sempena pelancaran majalah fesyen dan gaya hidup ELLE Malaysia yang telah diperkenalkan minggu lalu,bintang terkenal Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah dipilih sebagai penghias muka hadapan isu pertama majalah berkenaan.

Menggambarkan seorang selebriti yang masih relevan, segar, perkasa dan berpengaruh, pose dan wajah terkini pelakon antarabangsa berkenaan telah dirakamkan oleh pasukan ELLE di Paris dengan disaksikan Ketua Pengarah  majalah itu di Malaysia, Andrea Wong.

Michelle Yeoh mempersona dengan persalinan terbaru Christian Dior dari koleksi musim bunga/panas 2014 dengan membicarakan tentang kepentingan wanita tempatan hari ini yang berjaya sepertinya. baca artile penuh

Sumber : Murai

Friday, July 1, 2011

Michelle Yeoh Sedih Diusir Dari Myanmar

news @mStar

Michelle Yeoh Sedih Diusir Dari Myanmar

Bintang Hollywood Datuk Michelle Yeoh yang memegang watak pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya menzahirkan rasa sedih terhadap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadapnya.

Pelakon yang berasal dari Malaysia itu tidak dibenarkan memasuki negara tersebut dan telah disenaraihitamkan ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 22 Jun lalu.

Dalam kenyataan pertamanya terhadap isu tersebut, Yeoh berkata dia terkejut dan sangat kesal dengan tindakan kerajaan junta tentera itu.

Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat, malah menyayangi negara dan rakyat Myanmar.

Yeoh telah bertemu Suu Kyi pada Disember tahun lalu. Filem berjudul The Lady yang mengisahkan tentang perjuangan dan kisah hidup Suu Kyi ini akan ditayangkan pada akhir tahun ini.