Showing posts with label Diana Danielle. Show all posts
Showing posts with label Diana Danielle. Show all posts

Saturday, June 28, 2014

Diana Danielle Enggan Ulas Isu Cemburu

Diana tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Nora Danish. Foto BRIAN MOH

KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle enggan memberi sebarang komen berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati selepas pelakon Nora Danish memuat naik gambar promosi filem Pengantin Malam yang memperlihatkan aktres itu memegang tangan suaminya.

Biarpun diasak dengan pelbagai soalan daripada pihak media, Diana, 24, tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai kejadian tersebut.

"Saya tidak mahu mengulas tentang keluarga. Tiada komen dan terima kasih," katanya ringkas.

Diana ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Lip Ice di Hampshire Place dekat sini, Jumaat.

Pelakon itu turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan selama setahun.
Diana (tengah) dilantik sebagai jurucakap produk Lip Ice.
Tindakan Diana telah mendapat respon kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram, malah ada yang menganggap Diana bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Suaminya, Farid pada Rabu lalu berharap mana-mana pihak yang terasa hati dengan tindakan isterinya agar dapat memaafkan wanita tersebut.

Farid, 32, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun tidak menolak perasaan cemburu wanita itu menjadi punca kepada kejadian itu.

Sementara itu, Diana berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju menjadi jurucakap produk Lip Ice kerana telah menggunakannya sejak zaman remaja.

"Ia mudah digunakan dan sesuai bukan sahaja untuk remaja tetapi wanita berkahwin seperti saya dan sudah menggunakan sejak remaja lagi," katanya.
Sumber: Mstar

Friday, June 6, 2014

Diana Danielle Tidak Boleh Mengandung Kerana Kontrak

Diana Danielle
KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan merancang untuk memiliki anak kedua iaitu dalam masa dua tahun lagi kerana ingin memberi fokus bagi membesarkan anak sulungnya iaitu Muhammad yang kini berusia setahun.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, memandangkan dia juga mempunyai komitmen sebagai duta kepada beberapa produk, dia merasakan adalah lebih baik kelahiran anak dirancang selepas dua tahun kemudian.

"Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi.

"Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).

"Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua," katanya kepada mStar Online.

Diana ditemui pada majlis pelancaran koleksi rekaan baju Hari Raya terbaharu Melinda Looi iaitu Emel by Melinda Looi  di Menara Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Sebanyak 36 koleksi baharu diperagakan pada majlis tersebut dan 20 daripada koleksi berkenaan merupakan gabungan idea bersama Diana.

"Selalunya artis akan menjadi model untuk koleksi-koleksi baju terbaru tetapi saya gembira kerana diberi peluang untuk memberikan idea dalam penghasilan baju raya pada tahun ini.

"Dapat dilihat, baju yang saya reka lebih feminin dan berkonsep sederhana. Berbeza dengan Melinda yang lebih berkonsep avant garde," ujarnya.

Sementara itu, koleksi baju raya yang berharga RM280 hingga RM480 boleh dibeli menerusi laman web www.zalora.com, www.fashionvalet.com dan butik Melinda Looi yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar di sini.

Sebahagian daripada jualan tersebut akan disalurkan kepada pesakit-pesakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Sumber: Mstar

Saturday, May 3, 2014

Gambar Mesra Diana Danielle & Farid Kamil Disalahertikan?


Sejak pelakon Diana Danielle memuat naik sekeping gambar dia bersama suaminya Farid Kamil di laman Instagram, gambar tersebut telah menjadi perbualan hangat di laman sosial sekaligus menimbulkan pelbagai kontroversi.

Gambar yang memperlihatkan aksi Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminat beliau sendiri.

Tambahan pula dia menulis kapsyen yang berbunyi: "Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula"

Ramai pengikut akaun Instagram Diana Danielle menyifatkan tindakan Diana itu tidak sepatutnya dilakukan.

Pada mereka, kemesraan antara suami dan isteri tidak perlulah dipamerkan pada khalayak ramai lebih-lebih lagi mereka sebagai selebriti.

Bagaimana pun, tidak lama selepas itu Diana telah memberikan penjelasan kepada seorang pengguna instagram bernama Liza tentang gambarnya itu. “Dear Liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that.”

Sumber: Murai

Sunday, January 19, 2014

Photo: Muhammad - Sangat Comel Anak Farid Kamil

Tersangat comel dan cute wajah anak kepada aktor kacak, Farid Kamil dan pelakon kacukan, Diana Danielle iaitu Muhammad di laman sosial Instagram milik ibu bapanya.


Jangan terkejut Farid Kamil sendiri mendedahkan anaknya kini sudah mempunyai sebuah akaun Instagram yang bernama @Muhammadfkd. Dalam akaun tersebut ada banyak juga wajah Muhammad dari kecil hinggga kini. Bila dilihat sekali imbas wajahnya mirip sangat wajab ibunya. Dari dahinya yang agak luas, bentuk wajahnya yang comel memang sebijik macam ibunya.

Saturday, November 3, 2012

Farid Kamil & Diana Danielle Akhirnya Bergelar Suami Isteri

Farid Kamil & Diana Danielle Akhirnya Bergelar Suami Isteri


Dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12 pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.

Diana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.

more: mstar

Monday, November 15, 2010

Diana Danielle Masuk PLKN Hari ini

March 19th, 2009 merupakan hari yang penuh debaran buat gadis jelita ini. Bukan kerana menghadiri uji bakat lakonan atau temu janji bersama teman istimewa, tetapi inilah harinya Diana Danielle melangkah masuk ke kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Mengakui dibelenggu emosi kesedihan, Diana yang ditemui Selasa lepas, turut tidak menolak debaran di hatinya - bukan kerana takut dengan situasi yang akan dihadapinya nanti, sebaliknya perasaan rindu terhadap ibu kesayangan yang membuak-buak pasti akan dirasainya nanti.

Detik menyertai program itu di Kem Princess Haliza, Sepang sememangnya dinanti-nantikan oleh Diana, namun kerisauan memikirkan terpaksa meninggalkan ibunya, Norsiah Ramli sendirian, membuatkan perasaan sedih dirinya tidak mampu disorokkan.