Showing posts with label Safura. Show all posts
Showing posts with label Safura. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Krisis Ifa Raziah Dan Safura

Melodi Mahu Damaikan Ifa Raziah Dan Safura

Petikan dari beautifulnara: Previous gossips

Akhirnya Melodi cuba melakukan sesuatu yang tak pernah dilakukan. Setelah memulakan pergaduhan di antara Safura dan Ifa Raziah, Melodi kini ingin menjadi orang tengah untuk mendamaikan mereka berdua. Satu langkah yang baik dan perlu dipuji.

Kata penerbit rancangan Melodi:-

Memang betul kami ada perancangan untuk mendamaikan mereka. Tujuan kami buat sedemikian adalah untuk menghapuskan sengketa lama di antara mereka berdua agar ianya tidak akan lagi berterusan. Lagipun dah lama mereka bersengketa jadi apa salahnya kita mendamaikannya. Ini bukan untuk mencari perhatian dan sebagainya tapi untuk masa depan industri seni juga. Biarlah perkara ini menjadi tauladan kepada yang lain dan saya harap sangat semuanya dapat dipulihkan dengan baik. Kalau bukan Melodi, saya juga tak kisah kalau ada pihak media lain yang dapat mendamaikan mereka. more

Friday, February 11, 2011

Safura Ampunkan Ifa Raziah

Gossip @mStar

Safura Ampunkan Ifa Raziah

Gossip @mStar  Safura Ampunkan Ifa RaziahPETALING JAYA: Pelakon Safura Yaacob dengan hati terbuka mengampun dan memaafkan perbuatan penyanyi Ifa Raziah yang telah memberi tohmahan buruk dengan menuduhnya sebagai pelakon wanita murahan di sebuah laman sosial, Sabtu lalu.

Safura berkata, dia turut mengikut nasihat ibunya supaya mengambil tindakkan sedemikian bagi memastikan masalah di antara mereka yang terjadi sejak lebih sepuluh tahun lalu tidak terus berpanjangan.

“Saya sudah memaafkan perbuatan dia yang tergamak mengelar saya dengan pelbagai bahasa-bahasa kasar.

“Ibu saya yang mengetahui perkara itu menasihati agar tidak perlu melayan perkara tersebut kerana kita sendiri terkejut kenapa penyanyi itu tergamak mengeluarkan bahasa sedemikian,” katanya ketika dihubungi mStar Online Jumaat.

“Tidak guna saya memarahi atau membalas tindakannya kerana saya tahu orang seperti itu tidak akan pernah menyesal dengan tindakkannya dan ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Lagi pula saya tahu ramai orang yang berpihak dan membela saya. Mereka sendiri tahu siapa betul dan siapa yang salah,”. More /
previous gossip