Saturday, March 1, 2014

American Idol 2014 Result: Say Goodbye to Kristen O'Connor

Someone had to be the first elimination among the Top 13 contestants on American Idol Season 13, and Kristen O'Connor was the first victim in the 2014 edition of the show.  "I think part of me was really expecting it tonight. I knew I needed a killer performance last night and I think it went well, but not as well as I would have hoped. I had that issue with my in-ear and I feel like that took away from what I really wanted to give, and so...

Beyonce belanja RM2,000 di McDonald’s

Beyonce menghabiskan RM2,000 untuk membeli makanan di McDonald’s selepas tamat persembahan dalam konsert jelajahnya di Manchester. Seorang wanita ­tempatan berkata, dia singgah di McDonald’s untuk membeli burger namun ­pekerja di situ memaklumkan mereka kehabisan salad. “Mereka kelihatan ­letih menyediakan makanan untuk penumpang 11 bas itu. Seorang daripada ­mereka memberitahu dia diberi tugas menyediakan 50 kotak kentang bersaiz besar,...

Pelakon komedi wanita Syanie sah bergelar isteri

Langkawi: Pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, di sini, pagi ini. Pernikahan kali kedua bagi Syanie disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi ini manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail. Merahsiakan wang hantarannya,...

ZIELA JALIL BERTANGGUNGJAWAB DAMAIKAN LISDAWATI DAN SHARNAAZ

Meskipun penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun tamat, namun sebagai produser, Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku antara pelakon Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad. Ziela Jalil berkata dia pasti apa yang berlaku hanya salah faham kecil di antara mereka kerana sebelum ini iaitu selama lebih 3 bulan melalui penggambaran kedua-dua pelakon itu tidak...

SHARNAAZ AHMAD TUNAI PERMINTAAN FAUZI UNTUK PERIKSA OTAK!

Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menunaikan permintaan Fauzi Nawawi yang meminta dia menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan menjadi garang disebabkan terlalu mendalami watak sebagai Jebat di dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Menerusi akaun Instagram miliknya, Sharnaaz telah memuat naik sekeping gambar dia sedang memegang filem X-Ray yang menunjukkan imbasan di beberapa bahagian kepalanya. Gambar tersebut yang dinaikkan kira-kira...

Awal Ashaari Tinggalkan Melodi?

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menafikan gosip kononnya dia tidak lagi menjadi pengacara program hiburan popular Melodi seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, berkata, dia terkejut dengan khabar angin itu dan berasa pelik apabila mendapat tahu perkara itu daripada pihak lain dan bukannya daripada produksi program terbabit. "Jika betullah khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam Melodi...

Lukisan Wajah Siti Nurhaliza Bernilai RM75,000

Seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara membabitkan diri dalam pameran karya lukisan khas Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL, Publika di sini. Lukisan tersebut akan dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014. Menurut rakan niaga Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman, Antara nama-nama pelukis yang terbabit melakar gambar Siti Nurhaliza termasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus,...

Friday, February 28, 2014

Hafiz Suip Mempunyai Kekasih ?

Penyanyi Hafiz Suip membuat pengakuan sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu namun masih belum bersedia mendedahkan identiti individu berkenaan. Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, berkata, dia terpaksa merahsiakan individu itu kerana menghormati privasi wanita tersebut selain mengambil kira statusnya yang masih seorang penuntut di sebuah universiti tempatan. "Apa yang boleh saya...

Siti Nurhaliza Bakal Duet Dengan Cakra Khan

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mengakui bakal berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia popular Cakra Khan. Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 34, berkata, lagu duet tersebut akan dimuatkan dalam album solo terbaharu penyanyi itu namun proses rakaman belum dijalankan kerana masih lagi mencari lagu yang sesuai. "Pihak pengurusan Cakra meminta saya berduet dengan penyanyi itu dan ia adalah satu penghargaan buat diri saya. "Tambah...

Thursday, February 27, 2014

Sebab Filem The Journey berjaya kutip hampir RM13 juta?

Filem The Journey tiada formula khas atau khusus bagi menjadikan filem ini meletup di pawagam serta menjadi filem terlaris di Malaysia. Sebaliknya, misi utama orang-orang kuat di belakang tadbir adalah berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan keseimbangan antara seni dan nilai komersial. Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI berkata, mereka sentiasa cuba untuk mewujudkan kedua-dua...

Ziana Zain Jual Koleksi 'ZZ for RR' Bulan March 2014

Ziana Zain bekerjasama dengan pereka baju Rizman Ruzaini untuk tampil dengan koleksi "ZZ For RR". Dengan mengetengahkan tona hitam, putih dan kelabu, "ZZ For RR" mensasarkan golongan wanita berkerjaya di antara umur 25 sehingga 45 tahun. 16 jenis busana 'Ready to wear' itu boleh dibeli secara online. Keterangan lanjut boleh didapati di : www.rizmanruzaini.com Source: AstroAw...

Beego & Linda Hashim Bakal Sambut Anak Sulung

Beego dan Linda Hashim yang mengabadikan kenangan sebelum menyambut kelahiran anak sulung mereka sedikit masa lagi menerusi akaun Facebook Ryaniez Moments Photography Foto-foto yang dirakamkan di persisiran pantai Morib ini kelihatan begitu indah dengan pasangan ini mengenakan pakaian bewarna putih. Linda yang usia kandungannya mencecah 32 minggu juga dilihat begitu berseri ketika menghampiri saat-saat bergelar ibu. Tahniah diucapkan kepada...

Neelofa pilih lelaki berusia?

SIAPA tak terpikat dengan kecantikan pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Arab ini, malah, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa punya pakej lengkap sebagai selebriti dan aura tersendiri. Maka tidak hairanlah, ramai lelaki yang ingin mendekati dan menjadikannya sebagai teman istimewa mereka tak kurang pula yang ingin memperisterikannya. Diusik soal cinta dan jodoh, walaupun Neelofa tidak meletakkan syarat tertentu,...

Wednesday, February 26, 2014

Breaking News : Notis Gangguan Bekalan Air di Selangor

Berikut senarai kawasan terbabit pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula 27 Feb hingga 31 Mac ini, seperti diumumkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada Selasa. Klik bagi muat turun ...

Sharnaaz Ahmad mahu saman Lisdawati & Fauzi Nawawi

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi tempoh selama seminggu kepada pasangan Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman daripadanya. "Saya bagi masa seminggu kepada Fauzi dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku. "Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan...

'The Journey' Filem Terlaris Malaysia!

Filem terbaru terbitan Astro Shaw dan Woohoo Pictures, 'The Journey' mencipta sejarah baru dunia perfileman tanah air apabila diumumkan sebagai filem tempatan paling laris apabila mengumpul kutipan sebanyak RM12.92 juta sehingga 23 Februari 2014. Kutipan filem ini berjaya mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, 'KL Gangster' yang meraih kutipan RM11.74 juta pada tahun 2011. “Terima kasih kerana menjadikan filem The Journey sebagai filem paling...

Peminat Desak Nur Fathia & Keith Foo Bercinta

Pelakon Nur Fathia mengakui keserasiannya bergandingan dengan aktor Keith Foo dalam drama bersiri Ariana Rose membuatkan ramai peminat drama tersebut mendesak mereka agar menjalinkan hubungan cinta. Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, peminat-peminat memberi pelbagai reaksi dan komen di laman sosial mereka yang ingin melihat mereka mempunyai hubungan yang serius. "Ramai peminat yang meminta kami bercinta di luar set penggambaran,...

Tuesday, February 25, 2014

Komen Sharnaaz Ahmad Issue Ugut Lisdawati

Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah tuduhan mengarut. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut namun menganggap Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian. "Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan....

Dayang Nurfaizah & Marcell Di Istana Budaya

Selepas dihiburkan dengan persembahan Afgan pada 28 Mac, Istana Budaya sekali lagi digegarkan dengan persembahan dua nama besar iaitu Dayang Nurfaizah dan penyanyi Indonesia, Marcell dalam konsert 'Marcell & Dayang Pesona Cinta' pada 29 Mac 2014. Dalam persembahan yang memakan masa selama dua jam ini, Dayang dan Marcell tentunya bakal meghiburkan peminat dengan deretan lagu popular masing-masing. Tiket berharga RM150, RM250, RM350, RM450 dan...

Ezany Tampil Bela Sharnaaz Ahmad

Ketika pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dikecam berikutan dakwaan menyerang dan mengugut pelakon Lisdawati, terdapat juga rakan artis yang berdiri teguh di belakang teraju utama drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' ini. Terkini, pelakon Ezany Nizariff tampil memberikan pandangan berhubung perkara ini. Menerusi status di akaun Facebooknya, Ezany memuji sikap Sharnaaz yang dikenali begitu berterus terang dalam sesuatu hal. "Pelakon Shahnaz...

Lagi Ulasan Konsert Teaterikal Suara Kita

Maklum saja dalam tempoh 20 tahun, peminat seusia dan sebaya atau membesar dengan Sembilu mempunyai nostalgia sendiri membabitkan filem mahupun kisah cinta mereka dulu. “Bagi saya, hendak mengimbau cerita cinta antara kami saya anggap sebagai ‘lakonan’ tidak berjaya kerana pertunangan antara kami putus. Namun segala pengalaman dilalui, sama ada membabitkan perkara peribadi mahupun kerjaya, mendewasakan kami. “Apatah lagi dalam kerjaya, kami...

Monday, February 24, 2014

PANAS : Sharnaaz Serang Nisdawati ?

Nisdawati dikatakan diserang Sharnaaz di set pengambaraan pada jam 11 malam pada 19 Februari. Nisdawati dikatakan menggigil ketika diserang, dimarahi dan dimaki hamun oleh Sharnaaz. Nisdawati terpinga-pinga dan mendiamkan diri ketika ditengking oleh Sharnaaz. Mesej Telefon, SMS ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29. SMS berbunyi seperti ini: “Sekarang lu cerita apa pun...

Liza Abdullah DiCerai Talak Satu

Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin. Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik. Suasana di dalam kamar mahkamah pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum...

ELLEN PAGE AKUI DIRINYA GAY!

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Ellen Page yang pernah muncul dalam filem Juno pada 2007 telah membuat pengakuan bahawa dirinya gay. "Saya berada di sini pada hari ini kerana saya gay. Saya sudah penat bersembunyi dan saya juga sudah penat berbohong untuk menutup kebenaran ini. "Ia membuatkan saya merana bertahun-tahun kerana saya takut untuk keluar dan menjadi diri saya yang sebenarnya. Akhirnya semangat saya hilang, mental saya tidak...

CHRISTINA AGUILERA HAMIL ANAK KEDUA ?

Bulan Februari nampaknya memberikan makna yang yang cukup istimewa buat bintang pop, Christina Aguilera yang juga salah seorang juri program realiti The Voice. Sebaik saja bertunang dengan Matthew Rutler, penyanyi Feel The Moment ini telah disahkan hamil anak kedua, yang mana ianya adalah anak pertamanya bersama tunangnya itu. Sebelum itu, Cristina Aguilera telah dikurniakan anak lelaki, Max Liron, 6, bersama bekas suami, Jordan Bratman. Sewaktu...

'Kerana Badan Besarlah Saya Dikenali' - Abam (Bocey)

Pelawak Abam (Bocey) memberitahu ada beberapa pihak meminta dia menguruskan badan sebagai langkah untuk kekal lama dalam industri hiburan tempatan. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, bagaimanapun berkata, dia enggan berbuat demikian kerana menganggap tubuh badannya yang besar itu telah memberi rezeki dalam kerjayanya sebagai seorang pelawak. "Ada pihak yang meminta saya untuk kuruskan badan, kononnya agar saya dapat...

Kimora Lee kahwini Tim Leissner secara rahsia

Dunia hiburan Hollywood sekali lagi menerima berita mengejutkan apabila supermodel dan bintang program realiti, Kimora Lee Simmons, menyembunyikan perkahwinannya dengan ahli perniagaan bernama Tim Leissner. Ketika Kimora, 38, dan pasangannya masih menunggu waktu sesuai mengumumkan berita gembira itu, bekas suaminya, Russell Simmons, terlebih dulu memecahkan rahsia mereka menerusi Twitter! Simmons dalam statusnya meminta blogger mengambil perhatian...

Sunday, February 23, 2014

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur #DramaFestKL

Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan buat julung kalinya, anjuran TV3 dan TV9 telah berlangsung dengan jayanya sebentar tadi di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Anugerah DFKL yang pertama kali dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9, membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Januari hingga 21 Februari lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan. Anugerah...