Monday, February 24, 2014

Liza Abdullah DiCerai Talak Satu

Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin.

Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.

Suasana di dalam kamar mahkamah pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.

Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.

Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.


Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Gombak Timur, di sini. Baca artikel penuh

Source: Mstar

Related Posts:

  • Hans Isaac Buat Keputusan Kahwin Hujung Tahun Pelakon Hans Isaac telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dan bakal mengumumkan berita baik itu hujang tahun ini. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 48,  mengakui dia kini sedang menjalani k… Read More
  • Rumahtangga Adam AF2 dikatakan goyah ? Penyanyi dan pelakon Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman enggan mengulas panjang tentang dakwaan mengenai keretakan rumahtangganya. Malah dia memohon supaya diberikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedud… Read More
  • Ruminah Sidek kini jadi tunangan orang Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan nama Mak Mah kini telah pun bergelar tunangan orang. Tunangan ibu kepada Adlin Aman Ramli ini dikatakan seorang peneroka Felda. Majlis pertunangan secara ringkas tersebut telah ber… Read More
  • Mak Mah sahkan sudah bertunang, kahwin 17 Mei 2014 Pelakon veteran Ruminah Sidek telah mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya Al-Fatah Rahim Ismail, 70, pada 17 Mei depan. Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah bertemu Al-Fatah ketika mengerjakan umrah di M… Read More
  • Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini. Menurut Yus, dia memilih tarikh pada h… Read More

0 comments:

Post a Comment