Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi tempoh selama seminggu kepada pasangan Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman daripadanya.
"Saya bagi masa seminggu kepada Fauzi dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.
"Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.
"Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman daripada saya semaksimum mungkin," katanya kepada Harian Metro.
Kemelut antara pelakon berusia 29 tahun itu dan Lisdawati berpunca daripada tindakan Sharnaaz menengking Lisdawati di lokasi penggambaran pada 19 Februari lalu.
Memburukkan keadaan lagi apabila suami Lisdawati, Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebagai perlindungan atas dakwaan diugut Sharnaaz.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkata, dia tidak akan mengalah atau tunduk kepada pasangan itu kerana kebenaran berpihak kepadanya.
"Saya terlepas meninggikan suara disebabkan perangai buruk Lisdawati yang memburukkan saya di lokasi tanpa sebab sebelum benda itu sampai ke telinga saya akhirnya.
"Apabila kejadian berlaku, Fauzi pula berkomunikasi dengan biadab tapi dia tidak pula tunjukkan semua mesej itu. Sekarang saya tunjukkan semua."
Sementara itu, Sharnaaz turut mengesahkan bahawa dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang kelmarin.
Source: Hmetro
Wednesday, February 26, 2014
Home »
fauzi nawawi
,
lisdawati
,
nisdawati
,
saman
,
sharnaaz ahmad
» Sharnaaz Ahmad mahu saman Lisdawati & Fauzi Nawawi
Sharnaaz Ahmad mahu saman Lisdawati & Fauzi Nawawi
Related Posts:
Ezany Tampil Bela Sharnaaz Ahmad Ketika pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dikecam berikutan dakwaan menyerang dan mengugut pelakon Lisdawati, terdapat juga rakan artis yang berdiri teguh di belakang teraju utama drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' ini… Read More
SHARNAAZ AHMAD TUNAI PERMINTAAN FAUZI UNTUK PERIKSA OTAK! Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menunaikan permintaan Fauzi Nawawi yang meminta dia menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan menjadi garang disebabkan terlalu mendalami watak sebagai Jebat di dalam drama bersiri Bukan Ker… Read More
ZIELA JALIL BERTANGGUNGJAWAB DAMAIKAN LISDAWATI DAN SHARNAAZ Meskipun penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun tamat, namun sebagai produser, Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku a… Read More
Sharnaaz Ahmad mahu saman Lisdawati & Fauzi NawawiPelakon Sharnaaz Ahmad memberi tempoh selama seminggu kepada pasangan Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman daripadanya. "Saya bagi masa seminggu k… Read More
PANAS : Sharnaaz Serang Nisdawati ? Nisdawati dikatakan diserang Sharnaaz di set pengambaraan pada jam 11 malam pada 19 Februari. Nisdawati dikatakan menggigil ketika diserang, dimarahi dan dimaki hamun oleh Sharnaaz. Nisdawati terpinga-pinga dan mendiamkan … Read More
0 comments:
Post a Comment