Showing posts with label Scha alyahya. Show all posts
Showing posts with label Scha alyahya. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Scha Bawa Bayi Bercuti Untuk Lihat Dunia Luar

Scha pandang daripada sudut positif lebih banyak kebaikan bawa bayi ke luar negara.

PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya, 29, menganggap keputusannya membawa anak sulungnya, Lara Alana yang baharu berusia dua bulan bercuti di Perth, Australia adalah sebagai langkah pendedahan awal kepada bayi itu untuk melihat dunia luar.

Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkata, mereka yakin terhadap keselamatan bayi itu walaupun dia masih kecil kerana segala persiapan telah dibuat sebelum mereka berangkat ke percutian berkenaan.

"Bagi saya tidak salah membawa bayi berjalan-jalan kerana ia dapat memberi pendedahaan awal kepada Lara untuk berada di negara luar dan secara tidak langsung sistem badan dia akan lebih imun.

"Kami yakin untuk bawa dia dan sudah buat persiapan secukupnya jika berlaku sesuatu perkara serta nombor telefon yang sepatutnya dihubungi semasa berada di sana," ujarnya kepada mStar Online.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang percutiannya ke Perth, Australia minggu lalu dikritik peminat yang menganggap ia seolah-olah melanggar pantang.
Scha dan Awal bercuti lima hari di Perth, Australia minggu lalu.

Bagaimanapun, Scha bersetuju dengan pendapat segelintir peminat yang bimbang tentang keselamatan bayi yang masih terlalu kecil untuk sebuah perjalanan yang jauh.

"Ada betulnya kata mereka tidak elok bawa bayi masih kecil ke tempat jauh, namun sebelum pergi kami sudah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan doktor tidak ada halangan.

"Apa yang saya lihat Lara tidak meragam kerana cuaca sejuk dan boleh keluar setiap hari. Kalau di sini Lara hanya duduk sahaja di rumah," ujarnya.

Sementara itu, Scha berkata, sepanjang tempoh enam jam penerbangan dari Kuala Lumpur itu, Lara tidak mahu tidur, malah Awal terpaksa mendukung dan berjalan bagi mengelakkan dia menangis.

Dalam perkembangan lain, Scha terpaksa mengurangkan aktiviti seni bagi memberi perhatian kepada bayinya untuk membesar.

Dia juga akan merujuk terlebih dahulu jadual tugas Awal sebelum menerima mana-mana tawaran agar tiada pertindihan.

"Saya memang kurang ambil tawaran buat masa sekarang kerana tidak ada siapa yang nak jaga Lara jadi kami terpaksa bergilir-gilir.

"Jika ada tawaran pun saya tengok jadual Awal, kalau dia tidak kerja barulah saya boleh ambil tawaran itu," ujarnya.
Sumber: Mstar

Wednesday, July 23, 2014

Photo: Awal Ashaari dan Scha Al yahya dapat puteri pertama

Pengacara dan pelakon, Scha Al Yahya selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Prince Court, pada jam 5.50 petang semalam, 22 Julai. Suaminya, Awal Ashaari mengesahkan berita tersebut menerusi akauan Instagram miliknya.


Awal bersyukur apabila isteri dan bayinya selamat dilahirkan dengan berat 3.17 kilogram. Berikut merupakan foto dan kapsyen dimuat naik: Menerusi foto itu menunjukan bayinya sedang mengenggam jari Awal seeratnya.




Sumber: Murai


Saturday, January 18, 2014

Awal Ashaari Bakal Bergelar Bapa

Tahniah buat pasangan popular: Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ! Berita gembira ini disahkan oleh Awal sendiri di halaman facebooknya yang memberitahu Scha kini sudah pun memasuk trimester kedua.



Agaknya dapat baby boy ke baby girl yer? heheh. Sama-sama kita doakan moga semuanya berjalan lancar.

Jom kita jenguk gambar yang dikongsi bersama:




Sunday, August 21, 2011

Awal Ashaari, Scha kahwin hujung tahun depan

Awal, Scha kahwin hujung tahun depan

Pelakon dan juga pasangan serasi, Awal Ashaari serta Scha Al Yahya bakal mengakhiri zaman solo masing-masing apabila sepakat membuat keputusan melangsungkan hari bahagia pada hujung tahun depan...more

source:
bharian


Tuesday, December 21, 2010

Awan Dania Musim 3

Sinopsis:
At the beginning of the Third Season Awan Dania, Dania unemployed because his contract had expired with the Firefly and currently looking for airlines that want to take her to work. Incidentally, Dania almost hit by a Tan Sri and was proposed by Tan Sri to work with him. This is the beginning of new challenges in life Dania who had encountered to prove that she eligible to undertake these responsibilities despite their superficial experience in serving as a first-class cabin crew.

Awan Dania musim 3 ni akan mula tayang di Astro Ria pada 22 November , dah ada promo kat Astro. Kali ni Scha Al Yahya pakai uniform warna purple pulak, warna oren dengan merah dah takda. Syarikat penerbangan mana tak tau kali ni. Ada yang kata macam dari Korean Air je, ada lago mcm S tu.Warna purple cantik jugak ada kelainan baru untuk peminat Awan Dania.
Bukan saja uniform tukar, tempat pengambaran pun bukan di Malaysia saja.
Pengambaran di Korea Selatan dan penonton boleh tengok pemandangan ala ala Winter Sonata..mesti cantik kan. Kru pengambaran telah balik dari Seoul pada 22hb Okt lalu. Selain Korea, Awan Dania jugak pi ke Australia..menjelajah sakan ni.
Pelakon dalam musim 3 ni masih ada Jehan Miskin sbg kekasih Awan Dania, selain tu ada Dynas, Marsha, dan Memey Suhaiza.

OSt: Adira- Ilusi

Source:
Facebook