Showing posts with label maya karin. Show all posts
Showing posts with label maya karin. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Maya Karin Luah Rasa Simpati Nasib Rakyat Palestin

Maya Karin

KUALA LUMPUR: Aktres Maya Karin berharap agar negara-negara Islam di seluruh dunia bergabung dan melakukan sesuatu bagi menghentikan serangan udara yang dilakukan tentera Israel di wilayah Gaza, Palestin.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 35, berkata, walaupun dia tahu ramai yang begitu prihatin terhadap kejadian tersebut tetapi dengan hanya berdoa atau mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa perang sahaja tidak mencukupi.

"Saya antara sebahagian daripada masyarakat lain yang sangat geram dengan tindakan Israel. Benar, kita marah, simpati berdoa dan mengumpul dana sahaja. Tetapi adakah itu mencukupi?

"Adakah ia dapat menghentikan peperangan itu? Sampai bila kita hanya mahu berdoa sahaja? Kalau betul umat Islam di dunia ini mahukan perubahan, kita harus melakukan sesuatu.

"Kumpul seluruh umat Islam di negara ini dan bertindaklah," katanya kepada mStar Online.

Tambah Maya, dia sedih apabila melihat banyak negara Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk cuba membantu masyarakat Palestin.

Sehingga kini, puluhan rakyat Palestin terkorban gara-gara serangan tentera Israel dalam Operasi Perlindungan Sempadan di Semenanjung Gaza sejak awal Ramadan lalu.

Tentera Israel melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke Gaza yang turut mengakibatkan ratusan penduduk yang lain cedera.

Sementara itu, Maya berkata, serangan yang berlaku di Gaza turut membuatkan dia tidak tenang kerana memikirkan nasib penduduk di negara itu.

"Bayangkan, saya nyaris menaikkan status di Twitter mahu mengatakan kebahagiaan saya dirampas gara-gara isu serangan tentera Israel itu.

"Dalam pada mahu menyambut kemenangan Jerman yang berjaya menewaskan Brazil sebanyak 7-1, tiba-tiba saya melihat pula banyak gambar mangsa serangan di Gaza yang dimuatnaik di laman sosial membuatkan saya hampir-hampir menangis," ujarnya.
Sumber: Mstar

Tuesday, July 1, 2014

Maya Karin Kerap Ke Luar Negara Bukan Kerana Teman Lelaki

Maya memberitahu dia kini terlibat secara serius dalam bidang hartanah.

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Maya Karin menjelaskan kekerapannya ke luar negara sejak akhir-akhir ini terutamanya London bukan kerana ingin bertemu kekasih sebaliknya menghabiskan masa bersama bapa dan adiknya yang menetap di negara itu.
Maya, 34, berkata, dia juga sedang berjinak-jinak dengan perniagaan dalam bidang hartanah di London dan sedang mengintai lebih banyak peluang di sana.

"Kekasih? Tidak. Saya ke sana kerana bapa dan adik saya menetap di London dan sambil-sambil itu saya sedang mengintai peluang perniagaan dalam bidang hartanah di London.

"Setakat ini saya berjaya menjual sebuah rumah di sana membuatkan saya kena lebih kerap berada di London dalam mengembangkan perniagaan tersebut namun setakat ini saya sudah berjaya menjual enam hartanah di Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Maya mengakui, dia memang seorang yang gemar melancong kerana gemar menggembara melihat keindahan selain mengutip pengalaman terutamanya di negara Eropah.

"Selalunya saya melancong selepas tamat sesuatu penggambaran filem kerana ingin menenangkan fikiran selain ingin mengutip pengalaman di tempat yang dikunjungi," jelasnya.

Bagaimanapun kata Maya, ibunya sentiasa mengingatkannya supaya tidak berbelanja melebihi RM10,000 setiap kali ke luar negara dan memanfaatkan wang yang ada kepada perkara berfaedah.

Atas dasar itu juga kata Maya dia mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang hartanah kerana melihat ia mempunyai potensi besar dan menguntungkan.

"Apa-apa pun kita kena belajar dari bawah dan tidak terlalu terkejar-kejar dalam melakukan sesuatu. Saya secara peribadi memang meminati bidang hartanah dan sebab itu saya sering berulang alik ke London bagi mencari peluang," katanya.

Sumber: Mstar

Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu dengan kutipan RM4 juta dalam 4 hari

Ombak Rindu dengan kutipan RM4 juta dalam 4 hari

Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan.