Showing posts with label Anuar Zain. Show all posts
Showing posts with label Anuar Zain. Show all posts

Saturday, January 31, 2015

Hadiah Anuar Zain untuk peminat buat tahun 2015

KUALA LUMPUR: Setelah menyepi selama tiga tahun tanpa sebarang album baru, penyanyi bersuara lunak Anuar Zain khabarnya akan mengeluarkan album ketujuhnya (termasuk album kompilasi) pada tahun ini.

Pengumuman itu merupakan hadiah buat peminat pada tahun 2015 setelah kali terakhir merakamkan album studio berjudul ‘Anuar Zain’ pada tahun 2011.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain berkata setakat ini pihaknya telah mengumpulkan enam buah lagu baru dan masih menunggu dua buah lagu lagi bagi melengkapkan album tersebut.

Tidak seperti  dua album terdahulu, penyanyi yang berusia 44 tahun ini berkata album kali ini akan menggunakan khidmat komposer tempatan.

“Saya tidak memilih untuk hanya memilih komposer luar, mungkin hanya kebetulan ketika album yang lepas tidak ramai komposer tempatan yang menawarkan lagu kepada saya.

Untuk album kali ini, saya telah mengumpulkan enam buah lagu setakat ini dan kesemuanya dari komposer tempatan. Saya masih mencari dua buah lagu lagi untuk melengkapkan album tersebut” kata Anuar ketika ditemui di di sidang media majlis pelancaran CD, VCD dan DVD serta pratonton Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari.

Anuar berkata album yang akan diterbitkan oleh syarikat rakaman Universal Muzik Malaysia ini masih mengekalkan konsep yang sama.

“Masih dengan konsep yang sama, saya berharap agar album ini dapat dihasilkan pada tahun ini dan seterusnya mengubati rindu peminat” ujarnya.

Pelancaran CD,DVD Anuar Zain Tiga Dekad
 
Menyentuh mengenai pembabitannya dalam saluran media sosial, sehingga kini Anuar akui dia lebih senang merahsiakan hal-hal peribadinya.

Kata penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini, dirinya takut sekiranya ada gambar-gambar yang dimuat naik menyinggung hati sesetengah pihak.

“Setakat ini Facebook Anuar Zain Network merupakan saluran rasmi saya di media sosial. Saya lebih mengutamakan privasi terutamanya berkaitan hal-hal peribadi. Bagi saya, ia adalah untuk tatapan saya dan ahli keluarga terdekat.

Lagipun saya takut, jika ada foto yang dimuat naik menjadi isu serta menyinggung sesetengah pihak. Buat masa ini, saya lebih senang berkongsi hanya aktiviti seni” jelasnya.

Dalam perkembangan terbaru, adik kepada penyanyi Ziana Zain ini telah kerjasama dengan TGV Cinemas, dengan membawa konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari kepada umum di layar perak bermula Februari ini.

Sumber: AstroAwani

Friday, January 30, 2015

Konsert Anuar Zain ke layar perak, cipta sejarah tersendiri


Dengan kerjasama TGV Cinemas, konsert penyanyi terkenal, Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari akan dipertontonkan kepada umum di layar perak bermula Februari ini.

Tayangan pertamanya dijangka akan diadakan di TGV One Utama pada 15 Februari  jam 3 petang.

Kerjasama Anuar bersama TGV ini merupakan yang pertama seumpamanya buat artis tempatan.

Tayangan tersebut khas buat peminat yang tidak berkesempatan hadir ke konsert berkenaan serta bagi yang mahu menonton semula konsert yang pernah melakar kejayaan besar pada tahun 2013.

Kata Anuar, ia juga adalah salah satu rangka promosi penerbitan CD, VCD dan DVD konsert tersebut yang akan mula dijual pada tarikh yang sama.

“Ini merupakan kali pertama untuk penyanyi tempatan mengadakan tayangan konsert di layar perak. Saya bersyukur kerana mendapat sokongan dari TGV serta mempunyai pasukan kerja yang kreatif terutamanya buat Anuar Zain Network dan Universal Music Malaysia.

Konsert ini akan ditayangkan bermula 15 Februari dalam dua slot tayangan khas selama dua jam setengah,” katanya yang ditemui di sidang media pelancaran CD, VCD dan DVD serta pratonton konsert tersebut pada Selasa.


Tambah Anuar, kerjasama dengan TGV adalah hikmah di sebalik mengapa pihaknya mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan CD, VCD dan DVD konsert ini.

"Ramai yang bertanya mengapa mengambil masa dua tahun untuk mengeluarkan CD, VCD dan DVD konsert ini, sebetulnya pihak kami mahukan memastikan kualiti yang terbaik buat produk ini.

Walaupun ia dianggap lambat, kami kemudian mendapat kerjasama dengan TGV untuk ditayangkan sekali di pawagam. Jadi saya kira ini hikmah di sebalik masa yang diambil," jelas Anuar.

Selain berpeluang untuk menyaksikan siaran penuh konsert tersebut, peminat turut berpeluang menonton beberapa klip istimewa di sebalik tabir pembikinan konsert dan wawancara eksklusif bersama Anuar.

Anuar turut memaklumkan bahawa dia akan turun padang menjelajah pawagam TGV yag terpilih untuk bertemu peminat bagi tujuan promosi.


Anuar Zain
Anuar Zain menunjukkan mokap buku biografi Konsert 3 Dekad kepada wartawan yang akan dibuka untuk jualan pada 15 Februari
 
Mereka yang berminat untuk menonton boleh melayari www.tgv.com.my atau laman rasmi Facebook TGV bagi menempah tiket atau maklumat lanjut.

Manakala CD, VCD dan DVD edaran Universal Music Malaysia ini akan mula dijual pada 15 Februari dengan harga RM49.90 (DVD) dan RM32.90 (CD).

Dalam sidang media yang sama, Anuar turut melancarkan buku rasmi biografi konsert tersebut.

“Ini adalah hasil dari jurufoto rasmi kami, Amri Ginang. Buku ini akan dibuka untuk jualan pada tarikh yang sama” kata Anuar sambil menunjukkan mock-up buku biografi Konsert 3 Dekad kepada wartawan.

Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari pada 16 Februari 2013 yang lalu telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila dibanjiri oleh lebih 6,000 peminat.

Konsert  bersempena 30 tahun penyanyi kacak ini bergelar anak seni telah diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam dengan iringan 26 pemuzik profesional bersama empat penyanyi latar.

Dalam perkembangan terkini, Anuar bakal mengadakan konsert ‘Three Decades of Music’ di The Star Theatre, Singapura pada 7 Februari nanti.

Sunday, December 7, 2014

Anuar Zain Simpan Impian Buka Pusat Dialisis


KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberitahu impiannya adalah untuk membuka sebuah pusat rawatan dialisis bagi membantu masyarakat  yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan penyakit buah pinggang.

Anuar berkata, hasrat tersebut disimpan apabila melihat ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya yang meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan di pusat dialisis.
"Sejak lama dahulu saya menyimpan impian mahu membuka sebuah pusat dialisis bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan.

"Ini kerana ramai ahli keluarga dan rakan-rakan rapat saya yang meninggal dunia kerana sukar untuk menerima rawatan di pusat dialisis. Namun itu dulu, sekarang saya lihat sudah banyak dan mudah juga untuk dapat rawatan tersebut," katanya kepada mStar Online.

Turut memeriahkan majlis Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.


Anuar berkata demikian ketika ditemui selepas Showcase Dinner Bersama Anuar Zain yang dianjurkan oleh Institut Jantung Negara (IJN), bagi mengutip dana meringankan beban kumpulan sokongan PCHC.

Majlis bertemakan Sempurnakan Aku ini diadakan di The Majestic Hotel, malam Jumaat.

Sementara itu, Anuar mengakui gembira apabila malam amal tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM863,300 hasil sumbangan daripada 32 badan korporat.
"Alhamdulillah rezeki pada malam ini sangat bagus dan ia adalah kerja keras pihak IJN. Pada saya kita berjaya untuk memberi kesedaran kepada masyarakay tentang kumpulan sokongan ini.
"Kita boleh salurkan bantuan dengan pelbagai cara dan bukan hanya dengan wang ringgit semata-mata tetapi juga kepakaran yang ada," ujarnya.

Pada majlis hampir dua jam itu, Anuar menyampaikan 11 buah lagu popularnya termasuk Keabadian Cinta, Sempurnakan Aku, Ajari Aku, Ketulusan Hati dan Sedetik Lebih.
Seramai 700 tetamu yang hadir terhibur dengan persembahan dan kemesraan penyanyi tersebut apabila bertindak turun dari pentas bagi melayan tetamu yang ingin bergambar dengannya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Beberapa rakan artis turut memeriahkan majlis tersebut ialah Misha Omar, Jaclyn Victor dan Salamiah Hassan.
 
Sumber: Mstar

Tuesday, October 7, 2014

Anuar Zain Tampil Bermisai Kerana Bosan Imej Kemas

Anuar Zain

PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain mengakui cuba untuk tampil dengan imej terbaharu iaitu bermisai bagi menghilangkan rasa bosan terhadap penampilan kemasnya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 44, berkata, ia hanyalah sekadar suka-suka dan tidak melibatkan sebarang perjanjian kormersial.

"Imej bermisai ini hanya suka-suka sahaja sebab sudah lama saya berpenampilan kemas, saya nak tengok kelainan sebab kalau tengok muka sama setiap hari pun bosan.

"Namun tidak ada kena mengena dengan jadi mana-mana duta produk atau iklan," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya, Anuar berkata tahun ini merupakan antara tahun sibuk buat dirinya sebagai penyanyi.

Jelasnya, sepanjang tahun ini dia banyak menerima undangan nyanyian dan melakukan beberapa persembahan untuk beberapa acara hiburan.

"Tahun ini antara tahun paling sibuk buat saya sebagai penyanyi dengan banyak persembahan dan undangan nyanyian.

"Bagaimanapun, saya suka bila banyak kerja dan otak kita akan lebih banyak bergerak untuk menerima maklumat.

"Selain itu saya dapat jumpa dengan ramai orang daripada duduk sahaja di rumah," ujarnya.

Anuar bakal mengadakan persembahan makan malam amal bersama Anuar Zain di The Majestic Hotel, dekat sini, pada 5 Disember depan bagi membantu kutipan dana untuk pesakit jantung di Institut Jantung Negara.
Sumber: Mstar

Wednesday, April 30, 2014

Anuar Zain : Gila 'Selfie' Pada Persembahan

Kegilaan mengambil gambar secara ‘selfie’ (self-portrait photograph) yang menjadi trend penggemar media sosial ketika ini merupakan tarikan pada persembahan Anuar Zain sempena minggu setiausaha di Hotel One World di sini pada Selasa.

Gambar-gambar selfie itu kemudiannya dikongsi di laman sosial terutamanya Instagram menerusi hastag antaranya  #anuarzain dan #terindahanuarzain.

Anuar menggunakan 'monopod' untuk bergambar bersama rakan media.
Malah Anuar juga berjaya memukau suasana apabila beliau sendiri menggunakan ‘monopod’ untuk merakam gambarnya bersama-sama peminat.

“Apa kata kita selfie dulu… siapa nak selfie dengan saya…?” antara kata-kata Anuar sebaik sahaja selesai menyampaikan tiga buah lagu.

Persembahan yang dikenali sebagai Terindah… Anuar Zain itu dihadiri kira-kira 700 tetamu yang kebanyakannya peminat penyanyi itu termasuklah setiausaha-setiausaha syarikat bersama bos masing-masing.
Keterujaan masyarakat terhadap media sosial menjadi penyebab Anuar tidak menggunakan banyak ruang pentas sebaliknya lebih selesa untuk bersama peminatnya di meja makan.


Malah peluang itu digunakan sepenuhnya oleh peminat untuk merakamkan gambar-gambar selfie bersamanya.


Persembahan Terindah… Anuar Zain tidak perlu disangkal kerana kekuatan vokal Anuar berjaya menggamatkan suasana tatkala menyampaikan 12 buah lagu antaranya Keabadian Cinta, Bila Resah, Ketulusan Hati, Ajari Aku, Terindah, Sedetik Lebih dan Lelaki Ini.

Anuar turut mempersembahkan lagu daripada album terbaharunya iatu Terindah dan juga Kembali Padamu Ilahi  sebagai mengingati rakannya yang telah meninggal dunia.

Anuar berkata, persembahan berkenaan benar-benar istimewa  kerana buat pertama kali dia terlibat secara langsung daripada urusan persembahan dan juga produksi.

“Matlamat saya adalah untuk pergi lebih jauh, bukan hanya sebuah persembahan tetapi untuk memberikan sesuatu yang lebih bermakna,” katanya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Wednesday, April 2, 2014

MH370: Konsert 'Terindah... Anuar Zain' Ditunda


Anuar Zain telah mengumumkan tarikh baru bagi persembahan sempena Minggu Setiausaha 'Terindah... Anuar Zain' yang akan diadakan pada 29 April 2014 di Ball One World Hotel. Keputusan ini diambil bagi menghormati situasi sedih berikutan tragedi yang menimpa pesawat MH370.

Dalam persembahan istimewa yang memakan masa selama 90 minit ini, Anuar Zain dijangka akan menyanyikan sebanyak 12 lagu termasuklah sebuah lagu baru yang dipetik darpada album terbarunya.

Lebih menarik, turut disediakan adalah hadiah cabutan bertuah di mana seorang penonton bertuah akan memenangi percutian ke Paris untuk dua orang termasuklah 'Bateux Parisiens dinner cruise' bersama Anuar Zain. Hadiah-hadiah menarik lain termasuklah
produk dari Patchi, L'Occitane, Dolce Gusto, Nescafe, peralatan elektrik dan lain-lain lagi.

Kepada yang belum ada tiket, jangan lupada mendapatkan tiket secara dalam talian di TicketCharge: www.ticketcharge.com.my dan di outlet yang sah. Untuk sebarang tempahan korporat dan VIP, anda boleh menghubungi terus Anuar Zain Network untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Liz: 019 3177496.





Sumber: Media Hiburan

Wednesday, March 26, 2014

MH370: Anuar Zain Sebak Terkenang Rakan Lama Mangsa

Penyanyi Anuar Zain sentiasa terkenangkan dua rakan lamanya iaitu Ketua Pramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes yang berada dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu.

Anuar, 44, berkata, walaupun hubungan mereka tidak begitu akrab namun mereka pernah bekerjasama dan kebaikan kedua-dua lelaki tersebut sentiasa diingatinya sepanjang berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu dari tahun 1990 hingga 2000.

Andrew banyak membentuk saya dalam menjadi seorang pramugara yang baik ketika itu dan dia seorang yang cukup merendah diri dan mesra berbanding orang lain.

"Manakala Patrick saya mengingatinya sebagai seorang yang cukup berdedikasi dan sangat mementingkan keselamatan penumpang ketika berada di udara.

Anuar ditemui pada majlis sidang di  Zebra Square di sini, Selasa berhubung  penundaan persembahan Minggu Setiausaha yang disertainya iaitu 'Terindah... Anuar Zain'

Ia sepatutnya diadakan pada 8 April  tetapi terpaksa ditunda kepada 29 April depan. Keputusan itu dibuat bagi menghormati nasib yang menimpa 239 penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 selain keluarga mereka yang terlibat.

Sumber: Mstar

Wednesday, January 29, 2014

'Terindah... Anuar Zain' - Secretary Week With Anuar Zain

Terindah... Anuar Zain

Jika penyanyi Anuar Zain pernah menetapkan tiket konsertnya tahun lalu setinggi RM698, tetapi pada tahun ini harganya naik hampir sekali ganda iaitu RM1,380 sempena minggu setiausaha pada April depan. Anuar, 44, berkata jumlah itu adalah berpatutan kerana peminat bukan sahaja dapat menyaksikan persembahannya malah mereka juga akan disajikan dengan makanan, hadiah di samping janjinya untuk memberi sebuah persembahan berkualiti.


Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman penganjuran persembahan istimewanya bertemakan 'Terindah... Anuar Zain' sempena Minggu Setiausaha di Bijan Bar & Restaurant di sini, petang Isnin. Persembahan itu akan diadakan pada 8 April 2014 bermula pukul 12 tengah hari di Hotel One World, Petaling Jaya. Selain RM1,380, harga lain yang ditawarkan bagi menyaksikan acara itu ialah RM480, RM680 dan RM980. Pada persembahan selama 45 minit itu nanti.


Anuar akan menyanyikan lapan buah lagu termasuk lagu Terindah secara eksklusif sambil diiringi sembilan pemuzik. "Kita belum tentukan lagu yang akan dinyanyikan tapi kita akan buat undian di kalangan peminat untuk menentukan lagu pada malam itu nanti," katanya. 

Tiket-tiket mula dijual pada 7 Februari depan menerusi www.tiketcharge.com.my manakala tiket untuk VIP boleh diperoleh terus dengan menghubungi Anuar Zain Network di talian 019-3177476 atau 012-4642030. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/anuarzainnetwork.

sumber: Mstar

Friday, November 25, 2011

Anuar Zain Janggal terima trofi daripada Yuna

news @hmetro

Trofi milik Anuar Zain

KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.


Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.

Saturday, September 24, 2011

New Album - Anuar Zain 2011

New Album - Anuar Zain 2011

Tracklisting:

Ku Janji Karna Cinta
Ajari Aku
Nadi Terhenti
Pernahkah
Simpati Cintamu
Sempurnakan Aku
Terindah
Cinta Harus Memiliki

* Dapatkan album baru ini yang sudah berada di pasaran sejak 20 Sept 2011 yang lalu.

source:
anuarzain

Thursday, September 15, 2011

AIM-18 : Aizat Ungguli Enam Pencalonan

news @mStar

AIM-18 : Aizat Ungguli Enam Pencalonan

Penyanyi Aizat mengungguli enam pencalonan bagi enam kategori termasuk Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM-18) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November depan pukul 8.30 malam.

Aizat yang mendominasi hampir kesemua kategori utama menerusi album 'Utusan Aizat' dicalonkan bagi kategori Kulit Album Terbaik (Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd), Rakaman Album Terbaik (Pereka Keith Yong dan Nick Lee), Video Muzik Terbaik (Ahmad Farish) menerusi lagu 'Susun Silang Kata', Lagu Pop Terbaik (Sungai Lui), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Years From Now) dan Album Terbaik (Kasi Gegar Entertainment).

Menyusuli Aizat adalah penyanyi Ning Baizura dengan lima pencalonan menerusi album terbarunya 'Dewa' dan album duet bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah, menerusi album 'Tiga Suara’.

Dalam pada itu, Datuk Sheila Majid, Anuar Zain, Yuna, Najwa Mahiaddin, masing-masing mendapat empat pencalonan pada anugerah tersebut. more

Monday, January 17, 2011

Anuar Zain Demanding ??

news @mStar

PUNYA kelas tersendiri dalam kelompok artis-artis Malaysia, penyanyi terkenal
Anuar Zain juga sering dikaitkan dengan kenyataan terlalu demanding ataupun mendesak dalam menuntut sesuatu perkara selain mahukan layanan bertaraf antarabangsa.

“Segelintir pihak kurang jelas dengan istilah demanding dan keperluan yang termaktub dalam kontrak yang dimeterai sebelum menerima tawaran persembahan.

“Namun begitu , sebelum terima sesuatu tawaran, pihak saya akan menyediakan kontrak sebagai sebahagian daripada urusan yang perlu.

“Bagi saya setiap langkah urusan ini merupakan sebuah urus niaga perniagaan yang memerlukan “hitam-putih”. Jika tidak, ia akan menimbulkan banyak perkara tidak elok seperti penipuan.

“Saya hanya bersikap profesional dan ia perlu ada dalam setiap artis yang menjadikan bidang seni sebagai kerjaya,” katanya.

Selain itu, Anuar diberi kepercayaan menyampaikan lagu sentuhan indah pasangan adik beradik Edry dan Yusry Abdul Halim melalui lagu Sedetik Lebih atau The Memories dalam versi Inggerisnya untuk filem terbaru terbitan KRU Motion Pictures,
Hikayat Merong Mahawangsa. more news / previous news

Monday, November 15, 2010

Anuar Zain Kahwin?


Entahla..betul ke tidak..dapat pic ni dari internet..tp nampak macam sesi bergambar je kot.. so tak perlu cakap banyak.. kita layan jerk..