Saturday, January 31, 2015

Hadiah Anuar Zain untuk peminat buat tahun 2015

KUALA LUMPUR: Setelah menyepi selama tiga tahun tanpa sebarang album baru, penyanyi bersuara lunak Anuar Zain khabarnya akan mengeluarkan album ketujuhnya (termasuk album kompilasi) pada tahun ini.

Pengumuman itu merupakan hadiah buat peminat pada tahun 2015 setelah kali terakhir merakamkan album studio berjudul ‘Anuar Zain’ pada tahun 2011.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain berkata setakat ini pihaknya telah mengumpulkan enam buah lagu baru dan masih menunggu dua buah lagu lagi bagi melengkapkan album tersebut.

Tidak seperti  dua album terdahulu, penyanyi yang berusia 44 tahun ini berkata album kali ini akan menggunakan khidmat komposer tempatan.

“Saya tidak memilih untuk hanya memilih komposer luar, mungkin hanya kebetulan ketika album yang lepas tidak ramai komposer tempatan yang menawarkan lagu kepada saya.

Untuk album kali ini, saya telah mengumpulkan enam buah lagu setakat ini dan kesemuanya dari komposer tempatan. Saya masih mencari dua buah lagu lagi untuk melengkapkan album tersebut” kata Anuar ketika ditemui di di sidang media majlis pelancaran CD, VCD dan DVD serta pratonton Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari.

Anuar berkata album yang akan diterbitkan oleh syarikat rakaman Universal Muzik Malaysia ini masih mengekalkan konsep yang sama.

“Masih dengan konsep yang sama, saya berharap agar album ini dapat dihasilkan pada tahun ini dan seterusnya mengubati rindu peminat” ujarnya.

Pelancaran CD,DVD Anuar Zain Tiga Dekad
 
Menyentuh mengenai pembabitannya dalam saluran media sosial, sehingga kini Anuar akui dia lebih senang merahsiakan hal-hal peribadinya.

Kata penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini, dirinya takut sekiranya ada gambar-gambar yang dimuat naik menyinggung hati sesetengah pihak.

“Setakat ini Facebook Anuar Zain Network merupakan saluran rasmi saya di media sosial. Saya lebih mengutamakan privasi terutamanya berkaitan hal-hal peribadi. Bagi saya, ia adalah untuk tatapan saya dan ahli keluarga terdekat.

Lagipun saya takut, jika ada foto yang dimuat naik menjadi isu serta menyinggung sesetengah pihak. Buat masa ini, saya lebih senang berkongsi hanya aktiviti seni” jelasnya.

Dalam perkembangan terbaru, adik kepada penyanyi Ziana Zain ini telah kerjasama dengan TGV Cinemas, dengan membawa konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari kepada umum di layar perak bermula Februari ini.

Sumber: AstroAwani

Related Posts:

  • Lady Gaga Will Release New SingleLady Gaga Will Release New Single in February 2011 Singer Lady Gaga will release the first single from her new album, ‘Born This Way’ at February 2011. Chanter ‘Poker Face’ is revealed it through her personal website, Lady-G… Read More
  • News: Dayang Nurfaizah New AlbumSetelah hampir dua tahun menanti, penyanyi dengan jolokan "Beyonce Malaysia, Dayang Nurfaizah akhirnya muncul dengan album terbarunya berjudul, 'Sayang & Cahaya'. Album yang memuatkan 12 lagu ini merupakan terbitan syarik… Read More
  • Taylor Swift Released New AlbumEvery generation has one true voice, and today all eyes and ears are on Taylor Swift. She’s famous for writing brokenhearted love stories and isn’t changing her tune yet. Her newest album, Speak Now chronicles the 20-year-ol… Read More
  • Avril Lavigne to Release New Album in MarchNEW YORK (Billboard) - Nearly four years after the release of "The Best Damn Thing," Avril Lavigne has finally set a date for her long-awaited fourth studio album.The Canadian pop star will drop her new set, entitled "Goodbye… Read More
  • New Britney Spears Album in March 2011Fans of Britney Spears can expect another comeback in March. Although Lady Gaga, Katy Perry, and Rihanna have dominated the music landscape in the past year,Britney Spears will be back with a new album in March 2011.According… Read More

0 comments:

Post a Comment