Sunday, January 25, 2015

Ziana Zain sudah tak sabar

Cukup dikenali dengan lagu popular seperti Madah Berhelah, Anggapanmu, Puncak Kasih dan banyak lagi, penangan vokal lantang Ziana Zain tidak boleh dipertikaikan.

Ditambah kening melentik ketika lontaran vokal tinggi dilaungkannya, hingga kini masih tiada penyanyi setanding Ziana, 46.

Pun begitu, bagi peminat Ziana yang setia memberi sokongan kepadanya tanpa jemu sudah pasti merindui single baru daripada penyanyi jelita dan ternama tanah air ini.

Berbicara mengenai single baru itu, Ziana atau Siti Roziana Zin berkata, dia teruja akan muncul dengan dua single baru tidak lama lagi.

Ziana berkata, selepas sekian lama bersabar, kini masanya akan tiba.

"Bukan saja peminat, sebagai penyanyi saya juga sebenarnya menaruh perasaan rindu untuk masuk ke studio merakamkan lagu baru.

"Justeru, jika tiada aral dan berjalan mengikut apa yang dirancang saya akan muncul dengan dua single terbaru pada tahun ini.

"Ditambah, saya juga masih setia memilih genre muzik pop. Kali ini saya memilih menggunakan khidmat komposer tempatan dan Indonesia," katanya.

Menurut penyanyi yang dilahirkan di Melaka ini, dia dijangka merakamkan lagu barunya sekitar Februari ini.

Apapun, kata ibu empat cahaya mata itu, dia mengharapkan kemunculan dua single itu akan mendapat sambutan baik dan diterima peminat.

Berbicara mengenai karier lakonannya, Ziana berkata, dia juga menyimpan impian untuk kembali berlakon.



Bagaimanapun, mengambil kira status dan dirinya yang kini sudah berhijab semestinya tawaran diberikan itu perlu sesuai dan kena pada masanya.

Ziana yang bakat lakonannya diketengahkan oleh penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam itu sedia mempertimbangkan tawaran diterima.

Memaklumkan sudah lama dia tidak beraksi depan kamera, Ziana berkata, dia menginginkan tawaran watak berbeza dan lebih mencabar.

Berharap dia ada peluang menjayakan konsert sendiri, kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini memaklumkan dia mengharapkan 2015 akan membawa sinar lebih menyerlah dalam karier seninya.


Sumber: Hmetro

Related Posts:

  • Ziana Zain with New Single Pawana pt1Ziana Zain performed "Pawana" - new single for next album. Huh ! itu ajer yang boleh cakap. Memang syok tapi kena dengar 2-3 kali baru boleh feel... lets we view few scenes from ASK2010 (Anugerah Skrin 2010 - TV3).New Single … Read More
  • Alyah with New single - SedapKosmo- WALAUPUN aksi dan gaya penampilannya selalu sahaja nampak 'panas' dan menyengat tapi kalau berjumpa dengan penyanyi genit bergaya ala-ala Lady Gaga, si Alyah tu memang pandai mengambil hati orang.Single terbarunya yang… Read More
  • Ariel Peterpan New Single - Separuh AkuJAKARTA- Peterpan menunda proyek album barunya setelah Nazriel Irham tersangkut kasus pornografi. Padahal mereka sudah menyiapkan album dengan hits singlenya berjudul Separuh Aku.“Separuh aku, itu hits singlenya,” kata manage… Read More
  • Shahir AF8 with New single - KucupanShahir AF8, or Ahmad Shahir Zawawi, (born September 5, 1988 in Ipoh, Perak, Malaysia), is a Malaysian singer, who rose to fame after winning the eighth season of Akademi Fantasia.Shahir's winning of the Akademi Fantasia, Seas… Read More
  • Ziana Zain with New Single PawanaZiana Zain performed "Pawana" - new single for next album. Huh ! itu ajer yang boleh cakap. Memang syok tapi kena dengar 2-3 kali baru boleh feel... lets we view few scenes from ASK2010 (Anugerah Skrin 2010 - TV3).New Single … Read More

0 comments:

Post a Comment