Friday, January 30, 2015

Lisa Surihani Mengandung Selepas Tiga Tahun Kahwin

Bahagia...Yusry dan Lisa berkahwin pada 2012. 

KUALA LUMPUR:  Selepas tiga tahun berumah tangga, akhirnya pelakon Lisa Surihani, 29,  berbadan dua apabila ia disahkan sendiri oleh suaminya, Yusry Abdul Halim.

Perkara itu diumumkan Yusry, 41, ketika ditanya oleh wartawan pada sidang media pelancaran filem trailer filem terbaharunya Cicakman 3 di GSC Pavilion di sini pada Rabu.

Bagaimanapun pasangan berkenaan mengelak untuk berkongsi dengan lebih terperinci mengenai perkembangan baik itu.

“Ya… Lisa mengandung tapi masih awal untuk kami bercerita mengenainya. Tunggulah selepas kandungannya kuat dulu, selepas tiga bulan,” katanya.

Pasangan berkenaan juga mengambil pendekatan untuk mengikut nasihat orang tua-tua agar tidak terlalu memperkatakan mengenainya ketika kandungan masih baharu.

Malah Yusry juga menepis khabar angin kononnya mereka menyembunyikan perkara berkenaan disebabkan terikat perjanjian dengan pihak Astro.

Pasangan berkenaan akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 23 Februari depan.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Nurul Wahab Dijangka Bersalin Awal Nurul bersama suaminya Eric dan anaknya Zachary. PETALING JAYA: Penyanyi Nurul Wahab yang sepatutnya melahirkan anak keduanya pada bulan hadapan berkemungkinan bersalin s… Read More
  • Diana Amir Hamil Anak Sulung Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir yang mengesahkan dirinya hamil setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohd Habib Bullah.    Menerusi MiG Online, usia kehamilan Diana kini men… Read More
  • Lisa Surihani Mengandung Selepas Tiga Tahun Kahwin   KUALA LUMPUR:  Selepas tiga tahun berumah tangga, akhirnya pelakon Lisa Surihani, 29,  berbadan dua apabila ia disahkan sendiri oleh suaminya, Yusry Abdul Halim. Perkara itu diumumkan Yusry, 41, ketika di… Read More
  • "Saya Belum Hamil" - Eina Azman Eina Azman terkejut dikatakan hamil. PETALING JAYA: Pelakon Eina Azman terkejut apabila foto dia bersama suaminya, Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden, 36, yang dimu… Read More
  • Siti Nuruhaliza Bakal Timang Bayi Perempuan? Buat pertama kalinya penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya. Menerusi akan Instagram (IG)nya, dia memuat naik video tersebut dan… Read More

0 comments:

Post a Comment