Showing posts with label konsert. Show all posts
Showing posts with label konsert. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Konsert Krisdayanti Di KL Bersama Anak


Krisdayanti masih angun dan menawan.

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti bakal menampilkan anak perempuannya iaitu Aurel, 16,  pada konsertnya iaitu Krisdayanti Live in KL 2014 yang bakal berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 22 November depan.

Krisdayanti, 39, berkata, pada segmen duet itu mereka bakal menyampaikan lagu ciptaan bekas suaminya, Anang Hermansyah yang pernah dipopularkan sebelum ini.

"Insya-Allah Aurel akan bersama-sama saya pada konsert berkenaan dan kami akan mendendangkan lagu-lagu ciptaan Anang khas buat peminat.

"Saya amat teruja dengan persembahan duet itu kerana Aurel mempunyai suara yang cukup bagus," katanya kepada mStar Online.

Krisdayanti ditemui pada sidang media konsert itu di KLCC di sini pada Rabu.

Konsert itu turut mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat One Drop Perfumes.



Dalam pada itu, Krisdayanti berkata, Anang memberi kebenaran membawakan lagu-lagu ciptaannya bersama anak mereka pada konsert itu nanti.

Malah kata Krisdayanti, Anang sendiri memilih beberapa lagu sesuai dengan vokal mereka berdua untuk dinyanyikan pada konsert itu.

"Alhamdulillah Anang cukup profesional dan menyokong perancangan untuk kami berduet membawakan lagu-lagu ciptaannya.

"Malah dia sendiri memilih seleksi lagu yang popular di Malaysia untuk dinyanyikan kami nanti," ujarnya.

Sementara itu, Krisdayanti berkata, sebagai ibu dia berbangga melihat bakat yang dimiliki oleh Aurel dan akan memberikan sokongan penuh kepada gadis itu untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.

Bagaimanapun kata Krisdayanti sentiasa menasihatkan anaknya supaya bersedia dengan segala dugaan dan rintangan bergelar anak seni.

"Dia masih terlalu muda jadi saya tidak mahu dia hanyut dengan populariti yang bersifat sementara dan menasihatinya agar sentiasa bersikap rendah diri dan akan sentiasa menyokongnya.

"Malah persembahan seperti ini dapat mengeratkan hubungan kami anak beranak kerana dia tidak tinggal bersama saya," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Krisdayanti berkata, pada konsert itu nanti dia akan membawa kelainan dengan mempersembahkan lagu-lagu berbentuk akustik danbroadway.

Konsert itu juga sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya di negara ini yang sentiasa memberi sokongan kepada kariernya selama hampir 16 tahun bertapak di Malaysia.

"Sudah hampir tujuh tahun saya tidak mengadakan konsert solo di Malaysia dan Alhamdulillah ada pihak sudi bekerjasama untuk menjayakan persembahan ini.

"Apa yang pasti saya akan memberikan persembahan terbaik kepada semua peminat nanti," katanya.



Tambah Krisdayanti, pihaknya juga akan memberi peluang kepada peminat untuk memilih artis undangan yang bakal bersama-samanya dalam konsert itu.

Jelasnya, undian boleh dilakukan di laman Facebook rasmi Krisdayanti Live in KL 2014.

Tiket untuk menyaksikan persembahan ini dijual pada harga RM98 hingga RM1,088.

Untuk tempahan tiket boleh melayari www.ticketcharge.com.my atau menghubungi 03-9222-8111.
Sumber: Mstar

Friday, July 4, 2014

I Am Ziana Zain - Konsert Mega Ziana Zain DiBatalkan


Untuk makluman semua, dengan dukacitanya Konsert I Am Ziana Zain akan dibatalkan pada tahun ini.. Kepada sesiapa yang beli ticket, dapatkan refund dengan menghubungi Faizal di 017-6109269.

Berikut kandungan penting surat tersebut yang bertarikh 3June2014 dari pihak penganjur: Syarikat Gold Earth Pictures/Ticketpro

"Syarikat Gold Earth Pictures yang bertindak selaku penganjur konsert terpaksa membatalkan konsert gara-gara masalh dalaman yang serious berkaitan dengan kos perbelanjaan keseluruhan konsert yang tidak teratur dan lengkap. Berikutan dengan situasi ini, beberapa individu yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak penganjur untuk mengurusjan dan menyelaraskan konsert telah ditamatkan perkhidmatan.

Jesteru itu, bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih rumit, penganjur telah membuat pertemuan dengan Ziana Zain untuk memberitahu situasi sebenar dan mendapat kata sepakat untuk membubarkan perancangan mengadakan konsert tersebut pada tahun ini.





Baca artikel sebelum : klik

Sumber: ZianaFolks FB

Saturday, May 10, 2014

Vertical Horizon Bakal Gegarkan KL


Kumpulan alternatif rock tahun 90-an, Vertical Horizon buat julung kalinya bakal mengadakan konsert dikenali sebagai ‘Vertical Horizon Live In Kl 2014’  pada 3 Jun depan.

Ia bakal diadakan di KL Live, Jalan Sultan Ismail di sini.

Menurut penganjurnya Te'Ark Records, Ammar Fahmi, konsert tersebut bertujuan untuk mempromosikan album terbaharu mereka berjudul Echoes From The Underground selepas lima tahun mendiamkan diri.

"Album Echoes From The Underground telah dilancarkan pada tahun 2013 dan tahun ini mereka sibuk dengan konsert jelajah dunia. Malaysia dan Filipina merupakan dua negara Asia yang akan mereka jelajah. Tiket konsert berharga RM128, RM178, RM238 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau boleh didapati di kedai muzik Rock Corner yang berdekatan.

Diskaun sebanyak 20 peratus turut diberikan kepada pembeli-pembeli awal sehingga 19 Mei ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, layari www.vhliveinkl.com baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Saturday, May 3, 2014

Taylor Swift! : Syarikat Insuran AIA Umum Taja Konsert


AIA Bhd., syarikat insuran hayat terkenal mengumumkan penajaan ke atas Konsert Taylor Swift The Red Tour, yang tiketnya telah habis dijual. Konsert ini akan diadakan di Kuala Lumpur pada 11 Jun 2014, sebagai sebahagian daripada acara The RED Tour yang dibawa oleh Cornetto.

Untuk menambahkan lagi keseronokan dalam tempoh beberapa minggu sebelum bermulanya konsert, AIA Bhd. telah melancarkan pertandingan di laman Facebook www.facebook.com/AIABhdMalaysia dan menjemput penyertaan dari semua peminat Taylor Swift yang ingin memenangi tiket konsert dan cenderahati eksklusif Taylor Swift.

Mengambil tema AIA Real Music Never Stops, peserta dijemput untuk berkongsi foto dan video yang menggambarkan maksud ungkapan 'Real Music Never Stops'  di dalam bentuk yang paling kreatif.

Tiga pemenang bertuah akan berpeluang untuk bertemu serta bergambar dengan Taylor Swift secara peribadi. Disamping itu, pemenang pertandingan juga akan diundang untuk menghadiri acara countdown eksklusif pada 31hb Mei 2014 – The AIA Red Party, di mana mereka akan menerima tiket konsert dan cenderahati Taylor Swift yang telah mereka menangi.

Selain dari pertandingan Facebook, AIA Bhd. juga akan menjalin usahasama dengan beberapa stesen radio dan penerbitan untuk melaksanakan beberapa siri pertandingan mini yang membolehkan peminat memenangi tiket konsert dan juga cenderahati eksklusif.

Tentunya dengan penajaan konsert ini, ianya akan memperkukuhkan lagi komitmen AIA di dalam usaha untuk menyokong perkembangan muzik kontemporari dan memperkuatkan lagi nama dikalangan generasi muda.

Sumber: Media Hiburan

Wednesday, April 30, 2014

Istana Budaya Jawab Tuduhan Bunga Citra Lestari

Tuntutan bayaran yang tinggi menjadi punca penganjur konsert Stanza Cinta iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Istana Budaya tidak dapat memberi ruang kepada penyanyi dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari untuk menyertai persembahan itu.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, penganjur dan juga artis berkenaan juga tidak pernah menandatangani sebarang kontrak sebagai tanda persetujuan untuk membawa artis berkenaan ke negara ini.

"Kami menghubungi Bunga untuk bertanya tentang bayaran dan harga dia agak tinggi, sementara pihak UUM tidak mampu untuk membayarnya dengan harga itu.

"Tidak lama selepas itu kami terus menghubunginya semula dan membatalkan hasrat tersebut. Tiada sebarang kontrak dibuat antara kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Mohamed Juhari berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Bunga Citra Lestari yang melahirkan rasa terkilan tidak dapat menjayakan Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya pada 4 dan 5 April lalu.


Bunga juga mendakwa dia telah menolak beberapa tawaran di Indonesia bagi menjayakan konsert tersebut.

Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, konsert Stanza Cinta yang dianjurkan bukan sebuah persembahan kormersial seperti konsert Afgan, Marcell dan Dayang Nurfaizah sebaliknya sebuah konsert ulang tahun dianjurkan universiti.

"Ia sebuah konsert yang memperuntukan bajet rendah tetapi saya yang memberi idea untuk membawa Bunga dalam konsert itu kerana dia ada nilai kormersial.

"Namun apabila harga tinggi, ia tidak mencapai persetujuan pihak universiti dan akhirnya kami menggantikan dia dengan penyanyi tempatan sahaja," katanya.

Konsert Stanza Cinta yang berlangsung pada 4 dan 5 April lalu itu dijayakan oleh Jaclyn Victor, Amy Search, Noh Salleh, Adira dan Haziq.

Dalam pada itu, Mohamed Johari berkata, belum ada sebarang perancangan untuk membawa artis Indonesia untuk beraksi di pentas Istana Budaya buat masa ini.

"Kutipan sangat perlahan untuk konsert. Konsert Glenn Fredly yang sepatutnya berlangsung malam ini (Rabu) terpaksa dibatalkan kerana kurang sambutan," ujarnya.

Sumber: Mstar

Saturday, April 19, 2014

Shila Amzah : ND Lala Komen Isu Berseluar Ketat Di China


Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden anaknya itu dikatakan berpakaian  tidak sesuai sebagai seorang wanita Muslim dalam sebuah program televisyen di Beijing, China baru-baru ini.

ND Lala berkata, sebagai manusia, anaknya itu tidak terlepas dalam melakukan kesilapan selain berpendapat kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

"Rakaman program itu dibuat pada pukul 1.30 pagi apabila pihak penerbit ingin menambah sebuah lagi lagu untuk dinyanyikan Shila itu dan anak saya bersetuju untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah digunakan pada persembahan lain dan jika mahu kembali ke hotel bagi mengambil pakaian, ia memakan masa selama satu jam.

"Jadi kami memilih pakaian disediakan produksi dan seluar yang dipakai Shila bukan 'legging' seperti didakwa cuma warnanya sahaja  tidak sesuai untuk wanita berhijab sepertinya," katanya.

ND Lala ditemui pada sidang media Konsert Cinta oleh Shila Amzah di Menara Kuala Lumpur di sini, Jumaat.

Konsert itu bakal berlangsung  di Shanghai,China pada 16 Ogos depan manakala peminat di Malaysia akan dihiburkan pada 13 September 2014.

Persembahan di Kuala Lumpur akan diadakan di Mega Star Arena di sini pada pukul 8 malam.

ND Lala mengulas mengenai komen negatif yang diterima Shila apabila tampil dengan gaun pendek dengan seluar  ketat dari rona kulit yang kelihatan seolah-olah penyanyi itu mendedahkan auratnya biarpun bertudung.

Dalam pada itu, Shila yang turut hadir ke sidang media itu berkata, dia semakin selesa menetap di Beijing dan ia telah mematangkan pemikirannya selain mampu berdikari dengan baik.

Kata Shila, penguasaan bahasa Mandarin yang dipelajari juga semakin baik dan dia kini lebih yakin untuk bertutur dengan orang lain menggunakan bahasa itu.

"Semua yang berlaku cukup pantas tetapi saya bersyukur kerana dapat belajar pelbagai perkara daripada pengalaman tinggal di luar negara.

"Biarpun bukan mudah untuk mengadaptasi budaya luar serta bahasa mereka tetapi saya kini lebih kuat dan dapat mengharunginya dengan baik," katanya.

Pada sidang media berkenaan yang turut dihadiri oleh wakil media dari akhbar Cina, Shila menjawab soalan mereka dengan fasih dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, bercakap mengenai konsert sulungnya itu, Shila berkata, dia tidak berniat untuk membelakangkan peminatnya di Malaysia apabila mengadakan persembahan di Shanghai terlebih dahulu.

"Ini adalah impian saya yang akhirnya bakal terlaksana. Biarpun akan mengadakan konsert di Shanghai terlebih dahulu namun saya berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia nanti," katanya.

Tambah Shila, dia juga berbangga apabila kedua-dua konsertnya itu nanti akan menggunakan tenaga sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thomson dan Helen Yap akan bertindak sebagai penerbit konsert.

Malah katanya, dia juga akan menyampaikan lebih 20 buah termasuk lagu-lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris. Katanya lagi, dia juga akan menampilkan penyanyi bertaraf antarabangsa dalam konsert itu  sebagai tetamu undangan.

"Siapa artis jemputan saya tidak boleh beritahu sekarang dan peminat kena tunggu pada hari persembahan," jelasnya.

Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd. Tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88. Shila akan mengumumkan tarikh penjualan tiket dalam sidang media khas yang akan diadakan pada Mei depan.

Sumber: Mstar

Tuesday, April 15, 2014

I Am Ziana Zain - Konsert mega di Melaka, jadikan Anuar sebagai inspirasi

Selepas 15 tahun mendambakan konsert solo akhirnya Ziana Zain bakal mempersembahkan "I Am Ziana Zain". Konsert berskala besar itu bagaimanapun bakal berlangsung di Melaka pada 27 September nanti. Ziana menjadikan Konsert Anuar Zain yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam tahun lalu sebagai inspirasi.

Berikut Sidang Video tersebut:


Sumber: AstroAwani

Wednesday, April 2, 2014

MH370: Konsert Forteen Ditunda Ke 26 April 2014


Penganjur Konsert Kita 20Forteen, KRU Music Sdn. Bhd. mengumumkan penundaan konsert itu yang dijadualkan  berlangsung pada hari Sabtu ini, 29hb Mac 2014 kepada tarikh baru iaitu 26hb April 2014.

“Kami amat bersimpati dan bersedih dengan kejadian yang menimpa penumpang dan anak-anak kapal MH 370, kami merasakan adalah tidak wajar untuk meneruskan konsert KITA 20FORTEEN yang dijadualkan pada 29hb Mac 2014, disaat kita masih lagi dalam keadaan berduka dan harapan kami masih berterusan bersama yang lain agar usaha pencarian yang sedang giat dilakukan akan berjaya,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, kepada pemegang tiket konsert ini, tiket tersebut masih boleh digunakan untuk persembahan pada 26hb April 2014 dan kepada mereka yang ingin memulangkan tiket yang telah dibeli, sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke enquiries@unitedstudios.net.



Sumber: Media Hiburan

MH370: Konsert 'Terindah... Anuar Zain' Ditunda


Anuar Zain telah mengumumkan tarikh baru bagi persembahan sempena Minggu Setiausaha 'Terindah... Anuar Zain' yang akan diadakan pada 29 April 2014 di Ball One World Hotel. Keputusan ini diambil bagi menghormati situasi sedih berikutan tragedi yang menimpa pesawat MH370.

Dalam persembahan istimewa yang memakan masa selama 90 minit ini, Anuar Zain dijangka akan menyanyikan sebanyak 12 lagu termasuklah sebuah lagu baru yang dipetik darpada album terbarunya.

Lebih menarik, turut disediakan adalah hadiah cabutan bertuah di mana seorang penonton bertuah akan memenangi percutian ke Paris untuk dua orang termasuklah 'Bateux Parisiens dinner cruise' bersama Anuar Zain. Hadiah-hadiah menarik lain termasuklah
produk dari Patchi, L'Occitane, Dolce Gusto, Nescafe, peralatan elektrik dan lain-lain lagi.

Kepada yang belum ada tiket, jangan lupada mendapatkan tiket secara dalam talian di TicketCharge: www.ticketcharge.com.my dan di outlet yang sah. Untuk sebarang tempahan korporat dan VIP, anda boleh menghubungi terus Anuar Zain Network untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Liz: 019 3177496.





Sumber: Media Hiburan

Sunday, March 30, 2014

'Konsert Live To Love' Afgan Buai Perasaan Penonton

Afgan

Penyanyi popular Indonesia, Afgan berjaya memukau penonton dengan persembahan bertenaga dalam Konsert Afgan Live to Love yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Jumaat.

Afgan membuka tirai persembahan dengan mendendangkan lagu Katakan Tidak dan Love Punk kira-kira pukul 9.15 malam.

Kemudian diikuti dengan lagu Pesan Cinta membuatkan penonton seakan histeria dan menyanyi bersama-bersama.

Biarpun kali pertama membuat konsert di negara ini, Afgan tidak mengecewakan penonton dengan kelunakan suaranya yang membuai perasaan.

Sebanyak 16 buah lagu disampaikan dalam konsert hampir dua jam itu, antaranya ialah Sabar, Sadis, Dia Dia Dia, Entah, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu.

Dalam pada itu, Afgan sempat berinteraksi dengan penonton menyatakan tentang perasaannya pertama kali berada di pentas berprestij Istana Budaya ini.

Afgan Live to Love
"Ini merupakan konsert pertama saya di Malaysia dan saya mengucapkan terima kasih buat peminat-peminat saya yang sanggup datang termasuklah dari Singapura dan Brunei.

"Saya duduk di Malaysia selama dua tahun kerana belajar di Universiti Monash dan banyak mendengar muzik di negara ini serta menginspirasi beberap orang artis di negara ini," katanya.

Afgan turut menyampaikan lagu-lagu penyanyi tempatan yang digemarinya seperti Kantoi nyanyian Zee Avi, Lelaki Ini ( Anuar Zain), Bukan Cinta Biasa (Datuk Siti Nurhaliza), dan Sinaran (Datuk Shila Majid).

Dalam pada itu, Afgan turut menzahir rasa simpati terhadap insiden MH370 dan meminta penonton menitipkan doa kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

Dia kemudian menyampaikan lagu ketuhanan berjudul Padamu Ku Bersujud.

Afgan seterusnya mengegarkan pentas Istana Budaya dengan mengajak semua penonton berdiri dan menyanyi bersama lagu Because I'm Happy dan Treasure.

Afgan menutup persembahan kira-kira pukul 10.50 malam dengan lagu terakhirnya Panah Asmara.

Sunday, March 23, 2014

A Musical Affair barometer sedekad Il Divo


IL DIVO kembali ke tanah Malaysia selepas enam tahun. Kali pertama kuartet popular itu bertandang adalah pada tahun 2007 sempena Il Divo Live in Concert di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tahun ini, kumpulan vokal lelaki yang terdiri daripada David Miller, Carlos Marín, Urs Bühler dan Sébastien Izambard sekali lagi dijemput untuk Il Divo A Musical Affair: The Greatest Songs Of Broadway Live Concert di Genting Highlands, Pahang untuk persembahan dua malam berturut-turut pada 14 dan 15 Mac lalu.

Terlalu awal untuk penulis yang baru pertama kali bersua dengan empat nama berbakat besar itu meletakkan ekspektasi sebelum melabuhkan punggung di Arena of Stars, Genting Highlands pada malam kedua persembahan mereka.

Kalau sebelum ini pun, penulis hanya mendengar beberapa buah lagu yang digubah, dialih bahasa dan dinyanyikan semula oleh Il Divo dalam versi klasikal contohnya Regresa A Mi (Unbreak My Heart, Tony Braxton), Por Ti Sere (You Raised Me Up, Secret Garden) dan Solo Otra Vez (All By Myself, Eric Carmen), kali ini penulis dihidangkan santapan baharu daripada anak didik Simon Cowell itu. Baca artikel penuh

Sumber: Kosmo

Saturday, March 15, 2014

Konsert Judika Di Malaysia Pada 12 April 2014

Judika Mencari Cinta

Menyedari mempunyai ramai pengikut di negara ini, penyanyi terkenal Indonesia, Judika bakal membuat konsert istimewa khusus untuk peminatnya. Konsert 'Judika Mencari Cinta' bakal berlangsung pada 12 April 2014 bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.

Konsert ini juga menampilkan Amy Serach sebagai artis undangan.

Kepada peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert ini, layari laman web ticketpro.com.my dengan tiket dijual pada harga RM98 dan RM168.

Istimewa, pembelian tiket berharga RM168 akan turut mendapat poster dengan tanda tangan pelantun lagu 'Buka Dia Tapi Aku' ini.

Sumber: MediaHiburan

Tuesday, February 25, 2014

Dayang Nurfaizah & Marcell Di Istana Budaya

Selepas dihiburkan dengan persembahan Afgan pada 28 Mac, Istana Budaya sekali lagi digegarkan dengan persembahan dua nama besar iaitu Dayang Nurfaizah dan penyanyi Indonesia, Marcell dalam konsert 'Marcell & Dayang Pesona Cinta' pada 29 Mac 2014.

Dalam persembahan yang memakan masa selama dua jam ini, Dayang dan Marcell tentunya bakal meghiburkan peminat dengan deretan lagu popular masing-masing.

Tiket berharga RM150, RM250, RM350, RM450 dan RM550 boleh dibeli dengan melayari www.jagtickets.com. Kepada peminat setia Dayang dan marcell, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Marcell & Dayang Pesona Cinta

source: mediahiburan

Lagi Ulasan Konsert Teaterikal Suara Kita


Maklum saja dalam tempoh 20 tahun, peminat seusia dan sebaya atau membesar dengan Sembilu mempunyai nostalgia sendiri membabitkan filem mahupun kisah cinta mereka dulu.

“Bagi saya, hendak mengimbau cerita cinta antara kami saya anggap sebagai ‘lakonan’ tidak berjaya kerana pertunangan antara kami putus. Namun segala pengalaman dilalui, sama ada membabitkan perkara peribadi mahupun kerjaya, mendewasakan kami.

“Apatah lagi dalam kerjaya, kami semua meraih kejayaan dan Erra beberapa kali menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia dan saya menerusi pementasan teater juga pernah menang Pelakon Terbaik di BOH Cameronian Arts Award.

“Apabila yang terbaik digabungkan, ia menjadi lebih bagus. Pastinya cinta kami di atas pentas jauh lebih baik dan berjaya berbanding percintaan sebenar.

“Namun jangan salah sang­ka, apa yang saya tegaskan ini ­hanya membabitkan pementasan bakal dipersembahkan,” kata­nya.

Melihat pada sudut lebih positif, Awie berharap gabu­ngan persembahan bersama dua nama besar itu paling ditunggu kerana mereka sudah lama tidak mengadakan persembahan bersama, terutama Erra.

“Saya mengharapkan kisah percintaan kami dulu tidak terlalu digembar-gemburkan sehingga menimbulkan cerita kurang enak. Tambah pula kami punya kehidupan masing-­masing dan keluarga.

“Begitupun andai ada yang bercakap mengenainya, saya tidak dapat mengelak kerana filem yang kami bintangi sebelum ini pernah menjadi fenomena,” katanya.

Kata Awie, pada persembahan Konsert Teaterikal Suara Kita, sesuatu yang istimewa akan dipersembahkan. Ia tidak menceduk filem Sembilu secara keseluruhan, sebaliknya jalan cerita dibina berdasarkan lagu yang bakal didendang.

“Yang penting, ia memberikan peminat kesudahan ­kepada apa yang berlaku kepada kami dalam filem itu. Antara lagu yang bakal didendang ialah lagu solo dan duet antara ­pelakon seperti Senja Nan ­Merah, Bara, Kekal, Pertemuan, Ukiran Jiwa dan Cinta Abadi.

“Satu lagu baru duet antara saya dan Erra juga akan diperkenalkan dalam pementasan itu,” katanya.

Bagi Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 46, semua yang terbabit ­dengan Konsert Teaterikal Suara Kita bersikap terbuka dengan ­meletakkan apa yang pernah berlaku antara mereka sebelum ini ke tepi, sebaliknya ­lebih ­memikirkan apa yang dapat diberi kepada penonton yang membeli tiket untuk menyaksikan mereka. baca artikel penuh

source: Metro

Saturday, February 22, 2014

Video: Di Sebalik Tabir Sesi Fotografi Bersama Awie, Erra Fazira & Ziana Zain

Konsert Teaterikal Suara Kita

Khusus untuk peminat setia Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, saksikan video di sebalik tabir sesi fotografi yang berlangsung bersama Media Hiburan, baru-baru ini.

Gabungan mantap mereka yang begitu dikenali menerusi filem-filem 'box office' 90-an bakal dapat disaksikan semula menerusi 'Konsert Teaterikal Suara Kita' yang akan berlangsung di istana Budaya pada 3 hingga 9 Mac ini.



Sumber: mediahiburan

Friday, February 21, 2014

Istana Budaya Pujuk Bunga Citra Lastari ?

Pihak Istana Budaya akan memujuk bintang Indonesia iaitu Bunga Citra Lastari untuk menjayakan Konsert Stanza Cinta yang akan berlangsung di pusat kebudayaan itu pada 4 hingga 5 April depan. Ketua Pengarahnya Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, langkah itu terpaksa dibuat kerana penyanyi itu yang pada asalnya bersetuju menjayakan konsert berkenaan menarik diri kerana sebab-sebab tertentu.

"Saya akan cuba berbincang dengan beberapa pihak terutamanya penganjur iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk berunding semula tentang tawaran dan bayaran kepada penyanyi tersebut agar dia dapat datang menjayakan konsert ini.

"Kemunculan Bunga dilihat mampu menarik penonton dan memberikan kelainan kepada konsert tersebut berikutan nilai eksklusifnya yang jarang membuat persembahan nyanyian di negara ini," katanya pada sidang media Konsert Stanza Cinta, di Istana Budaya, di sini, Khamis.

Mohamed Juhari berkata demikian ketika ditanya tentang penarikan diri penyanyi Bunga Citra Lestari menyertai konsert berkenaan.

Turut hadir ialah penyanyi Jaclyn Victor, Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim dan Konduktor Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK), Mustafa Fuzer.

Selain Jaclyn Victor, konsert itu turut menampilkan Adira, Noh (Hujan) dan Haziq bertemakan ‘meraikan cinta’.

Sementara itu katanya, konsert berkenaan juga akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

"Ini merupakan kali pertama kami mengadakan konsert di pentas Istana Budaya dengan kerjasama UUM kerana sebelum ini ia di adakan di universiti tersebut di Kedah.

Sementara itu, ditanya tentang penglibatan artis luar di pentas berprestij Istana Budaya, jelasnya, ia bagi meraikan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kata Mohamed Juhari, pihaknya membuka lebih banyak peluang kepada artis luar negara untuk mengadakan konsert di Istana Budaya dalam tempoh dua tahun ini.

Konsert Stanza Cinta akan diadakan pada pukul 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

Source: Mstar

Tuesday, February 18, 2014

Forteen bakal mengadakan konsert sulung - Kita 20Forteen


Kumpulan Forteen bakal mengadakan konsert sulung mereka Kita 20Forteen bagi membuktikan kemampuan menyanyi secara 'live' di hadapan para peminat pada 29 Mac depan.

Salah seorang anggotanya, Ameer, berkata, kepercayaan diberikan oleh syarikat rakaman KRU Music akan digunakan sebaik-baiknya dalam menjadikan konsert itu nanti satu kejayaan.

"Kami sahut cabaran untuk mengadakan konsert ini bukan sahaja ingin membuktikan pandangan negatif sesetengah pihak tentang kebolehan kami tetapi ingin menghargai sokongan peminat yang sentiasa berada di sisi kami.

'Kita 20Forteen' bakal berlangsung di KL Live pada pukul 5 petang

Tiket untuk menonton konsert Kita 20Forteen dijual pada harga RM80 dan ia boleh dibeli menerusi United Studios di talian 03-8320 1888, KL Live 03-21622570 dan Red Box Ria 03-2694 7788.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh e-mel kepada enquiries@unitedstudios.net. ulasan penuh

Source: Mstar

Monday, February 17, 2014

BRUNO MARS LAKAR SEJARAH DI SUPERBOWL HALFTIME CONCERT

Bruno Mars
Sensasi yang dibawakan penyanyi hebat, Bruno Mars sekali melakarkan sejarah baru dalam kariernya apabila persembahannya di Super Bowl Halftime Show telah ditonton oleh 115.3 juta penonton.

Ia sekaligus telah memecahkan rekod yang dibuat Beyonce dan Madonna pada 2012 dan 2013.

Bukan sahaja itu, Bruno Mars turut mencatatkan rekod menjadi penghibur termuda membuat persembahan solo untuk acara NFL Super Bowl Halftime tersebut.

Persembahannya itu telah membuatkan rating perlawanan malam itu menjadi antara yang mendapat rating tertinggi.

Membawa konsep ala 50-an, Bruno membuat persembahan ketika separuh masa perlawanan antara Denver Broncos dan Seattle Seahawks sebelum persembahannya disertai oleh Red Hot Chili Peppers.

Lebih menarik, sebelum Bruno membuat persembahan, sebuah playback video ketika dia kecil dan berpakaian seperti Elvis Presley turut dimainkan dan mendapat jeritan yang memberansangkan dari penonton.

Sumber: Murai

Sunday, January 12, 2014

Konsert UNGU Tercipta Untukku

Kumpulan Ungu dari Indonesia bakal menemui peminat di Malaysia pada 28 Februari 2014 bertempat di Star Stage, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur. 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket, boleh layari www.ticketcharge.com.my dengan harga RM98, RM138, RM188 dan RM238.

Thursday, January 9, 2014

Jan 2014: KONSERT GELOMBANG SALAMIAH HASSAN

Buat julung kalinya, penghibur wanita tanah air yang disegani ramai iaitu Salamiah Hassan bakal mengadakan konsert solo pertamanya, Konsert Gelombang Salamiah Hassan di Istana Budaya selama 3 malam berturut-turut iaitu pada 10 Januari 2014 hingga 12 Januari 2014.

Antara lagu-lagu lain yang dinyanyikan Salamiah termasuklah Cita-Citaku, Bila Hati Dah Sayang, Aku Curiga, Mahligai Kayangan, Bintang Malam, Boleh Dilihat Di Pegang Jangan dan Gelombang.

Konsert tersebut akan berlangsung bermula 10 Januari sehingga 12 Januari 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya, dekat sini.