Monday, February 17, 2014

BRUNO MARS LAKAR SEJARAH DI SUPERBOWL HALFTIME CONCERT

Bruno Mars
Sensasi yang dibawakan penyanyi hebat, Bruno Mars sekali melakarkan sejarah baru dalam kariernya apabila persembahannya di Super Bowl Halftime Show telah ditonton oleh 115.3 juta penonton.

Ia sekaligus telah memecahkan rekod yang dibuat Beyonce dan Madonna pada 2012 dan 2013.

Bukan sahaja itu, Bruno Mars turut mencatatkan rekod menjadi penghibur termuda membuat persembahan solo untuk acara NFL Super Bowl Halftime tersebut.

Persembahannya itu telah membuatkan rating perlawanan malam itu menjadi antara yang mendapat rating tertinggi.

Membawa konsep ala 50-an, Bruno membuat persembahan ketika separuh masa perlawanan antara Denver Broncos dan Seattle Seahawks sebelum persembahannya disertai oleh Red Hot Chili Peppers.

Lebih menarik, sebelum Bruno membuat persembahan, sebuah playback video ketika dia kecil dan berpakaian seperti Elvis Presley turut dimainkan dan mendapat jeritan yang memberansangkan dari penonton.

Sumber: Murai

Related Posts:

  • "Life In Color" 2014 dibatalkan Pihak penganjur konser "Life In Color" yang akan berlangsung pada 19 April depan telah dibatalkan bagi menghormati rakyat dan negara ini berikutan insiden menyedihkan yang berlaku minggu lalu. Pembatalan konsert tersebut… Read More
  • I Am Ziana Zain - Konsert Mega Ziana Zain Ziana Zain Kali terakhir para peminat tegar Ziana Zain menyaksikan konsert beliau ialah pada tahun 2001 iaitu di konsert ‘ZZ in the Park’ yang berlangsung di PWTC.  Kini selepas 15 tahun tidak muncul dengan persemba… Read More
  • Anuar Zain : Gila 'Selfie' Pada PersembahanKegilaan mengambil gambar secara ‘selfie’ (self-portrait photograph) yang menjadi trend penggemar media sosial ketika ini merupakan tarikan pada persembahan Anuar Zain sempena minggu setiausaha di Hotel One World di sini pada… Read More
  • Shila Amzah : ND Lala Komen Isu Berseluar Ketat Di China Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden anaknya itu dikatakan berpakaian  tidak sesuai sebagai seorang wanita Muslim dalam sebuah program televisyen di Beij… Read More
  • I Am Ziana Zain : Ziana Zain Terpaksa Masuk Kelas Vokal Ziana Zain Penyanyi Ziana Zain bakal memasuki kelas latihan vokal sebagai persediaan untuk mengadakan konsert solo pertamanya selepas 15 tahun yang dikenali I Am Ziana Zain pada 27 September depan. Ziana, 46, berkata, pad… Read More

0 comments:

Post a Comment