Friday, February 21, 2014

RAHSIA SITI SARAH SEMAKIN LANGSING

Kemunculan penyanyi Siti Sarah ketika majlis rakaman episod terakhir Propaganza di Hotel Residence,Kajang malam tadi tenyata telah mendapat perhatian ramai pihak kerana bentuk badannya yang semakin langsing.

Percaya atau tidak, berat badan ibu kepada dua cahayamata itu kini hanya mencecah 48 kilogram berbanding selepas melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei tahun lalu yang telah mencecah 74 kilogram.

Siti Sarah berkata semuanya kerana dia mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul selain mula mendekati produk makanan tambahan Royale Slim Magic sejak beberapa bulan lalu.

“Saya sudah mula mengamalkan pengambilan produk pemakanan Royale Slim Magic sejak 12 minggu lalu dan nampaknya ia telah berjaya mengurangkan berat badan saya secara semulajadi.

“Apa yang menarik tentang produk ini, saya tidak perlu bertahan lapar atau berpantang untuk tidak makan itu atau ini, kerana ianya amat mujarab buat saya sejak mengambilnya.

“Bagaimanapun dalam masa yang sama saya turut mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul untuk tubuh dengan mengurangkan pemakanan yang berminyak mahupun bergula,” katanya yang turut mengamalkan pengambilan buah avocado sebagai makanan tambahan.

Siti Sarah telah tampil dengan gaun hitam sendat yang dililit bersama bow di bahagian belakang persalinan berkenaan dan tidak ketinggalan solekan menawan. baca artikel penuh

Sumber: murai

Related Posts:

  • RAHSIA SITI SARAH SEMAKIN LANGSING Kemunculan penyanyi Siti Sarah ketika majlis rakaman episod terakhir Propaganza di Hotel Residence,Kajang malam tadi tenyata telah mendapat perhatian ramai pihak kerana bentuk badannya yang semakin langsing. Percaya atau t… Read More
  • Photo Baby Siti SarahPhoto Baby Siti Sarah Tahniah kepada Siti Sarah kerana selamat melahirkan anak lelaki dan juga anak sulung Shuib Sepah !!… Read More
  • Sarah Raisuddin Hamil, Shuib Sepah Menangis Kegembiraan!Sarah Raisuddin Hamil, Shuib Sepah Menangis Kegembiraan! KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2011: Tiada kata yang dapat diluahkan untuk menggambarkan bagaimana gembiranya perasaan pelawak Shuib Sepah sebaik sahaja dia mengetahui b… Read More
  • Siti Sarah Mengandung Bayi Lelakinews @mStar Shuib Gembira Siti Sarah Mengandung Bayi Lelaki Penyanyi Siti Sarah Raisuddin memberitahu, suaminya Shahmira Muhahamad atau Shuib amat gembira selepas mengetahui bayi yang di kandungnya merupakan b… Read More
  • Photo Siti Sarah MengandungPhoto Siti Sarah Mengandung Photo terbaru Siti Sarah mengandung. Kandungan Sarah dah nak masuk 9 bulan. Moga selamat lah melahirkan baby yang cute macam maknya.. :)… Read More

0 comments:

Post a Comment