Monday, February 17, 2014

RAJA AZMI TUNAI UMRAH DENGAN 4 RAKAN LAMANYA


Setelah menerbitkan Konsert Gelombang Salamiah Hassan dengan penuh sukses pada awal Januari ini, Raja Azmi dalam diam-diam mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah bersama 4 rakannya yang sudah sekian lama dikenalinya sejak dia masih bujang lagi.

Raja Azmi ke sana pada 11 Februari lalu dan bakal pulang ke tanah air semula pada 23 Februari ini. Murai batu diberitahu, Raja Azmi memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah.

Malah, sepatutnya Raja Azmi sudah menunaikan umrah sejak 2011 lagi. Tapi, malangnya ketika itu visanya tidak lepas, maka hasratnya untuk menjadi tetamu Allah pada waktu itu tidak kesampaiannya.

Selepas 3 tahun, akhirnya barulah Raja Azmi berjaya menunaikan hasratnya itu dan khabarnya dia memang teruja untuk ke sana dan melihat sendiri kebesaran Tuhan di bumi yang penuh suci itu serta melakukan ibadah-ibadah yang sememangnya dituntut. Baca artikel Penuh

Sumber: Murai

Related Posts:

  • Photo: Lana Nodin Tunai Umrah Selepas dua tahun merancang, niat pelakon Lana Nodin untuk mengerjakan umrah tercapai apabila telah berangkat ke tanah suci pada 28 Februari lalu dengan ditemani adik lelakinya. Pemergian Lana juga turut disertai oleh te… Read More
  • Lana Nordin teruja tunai umrah kali pertama SELEPAS dua tahun melakukan perancangan mengerjakan umrah, niat tersebut dimakbulkan buat pelakon Lana Nordin apabila menjejakkan kaki ke Tanah Suci hari ini. Lana telah berkongsi rasa terujanya dan sudi berkongsi persiapa… Read More
  • RAJA AZMI TUNAI UMRAH DENGAN 4 RAKAN LAMANYA Setelah menerbitkan Konsert Gelombang Salamiah Hassan dengan penuh sukses pada awal Januari ini, Raja Azmi dalam diam-diam mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah bersama 4 rakannya yang sudah sekian lama dikenalinya sejak … Read More

0 comments:

Post a Comment