Wednesday, February 19, 2014

SIMON COWELL DIKURNIAKAN BAYI LELAKI

Simon Cowell
Pengkritik muzik paling laser kelahiran British, Simon Cowell adalah orang yang sangat gembira pada saat ini, lebih-lebih lagi selepas dia dikurniakan seorang bayi lelaki hasil hubungannya bersama teman wanitanya, Lauren Silverman.

Menerusi laman Twitter miliknya, Simon Cowell telah berkongsi gambar bayi lelakinya pada Ahad lalu.

"Sekarang..anda boleh melihat betapa kacaknya si kecil Eric," kata Simon Cowell yang sudah pun menamakan anak tersebut dengan nama yang disukainya.

Simon Cowell dan Lauren Silevrman telah memperolehi cahaya mata yang pertama itu pada Hari Kekasih yang jatuh pada tanggal 14 Februari lalu.

"Eric telah dilahirkan pada jam 5.45 petang. Sihat dan kacak. Ibunya, Lauren pula berada dalam keadaan yang baik. Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan tahniah," kata Simon lagi.

Pasangan ini menamakan anak pertama mereka itu sempena nama bapa Simon Cowell, Eric Selig Phillip Cowell yang meninggal dunia pada 1999.

Sumber: Murai

Related Posts:

  • Phillip Phillips Juara American Idol 2012 Phillip Phillips Juara American Idol 2012 LOS ANGELES, 24 MEI 2012: Setelah berteka teki siapakah juara bagi rancangan realiti, American Idol, program yang cukup terkenal di seluruh dunia itu telah menutup siri ke … Read More
  • American Idol 2014 Result: Say Goodbye to Emily Piriz On last week’s episode the top 12 performed songs that reminded them of home.  On the results show Emily Piriz was eliminated after she received the fewest of the more than 70 million votes. From Orlando, FL, the 18-ye… Read More
  • SIMON COWELL DIKURNIAKAN BAYI LELAKI Pengkritik muzik paling laser kelahiran British, Simon Cowell adalah orang yang sangat gembira pada saat ini, lebih-lebih lagi selepas dia dikurniakan seorang bayi lelaki hasil hubungannya bersama teman wanitanya, Lauren Si… Read More
  • Top 10 Contestants 'American Idol' 2014 The top 13 "Idol" finalists were patched together tonight, with 10 of the contestants — 5 guys and 5 girls — chosen by America's vote and three saved with "wildcard" spots dealt out by judges Jennifer Lopez, Keith Urban and… Read More
  • American Idol 2014 Result: Say Goodbye to Kristen O'Connor Someone had to be the first elimination among the Top 13 contestants on American Idol Season 13, and Kristen O'Connor was the first victim in the 2014 edition of the show.  "I think part of me was really expecting it … Read More

0 comments:

Post a Comment