Kumpulan Azheal mengakui kritikan paling teruk yang pernah diterima mereka selepas keluar dari program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) adalah dituduh sebagai lelaki lembut atau gay.
Bagaimanapun, Azheal yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, berkata, mereka tidak melenting sebaliknya menunjukkan sikap profesional seperti yang pernah diajar ketika berada di AF2013.
"Kami hanya gelak sahaja bila ada yang menuduh kami sebagai lelaki lembut atau gay.
Mereka juga lebih senang untuk berdiam diri dan enggan melayan tuduhan yang tidak berasas berkenaan.
Sementara itu, Azhar berkata, sejak beberapa bulan bergelar anak seni, dia mengakui berasa janggal apabila segala pergerakannya diperhatikan masyarakat.
Malah dia perlu sentiasa menjaga penampilan apabila keluar dari rumah.
"Kami sedar bukan semua perkara manis sahaja apabila jadi popular ini, semua pergerakan ada sahaja mata yang memerhati.
"Kalau dulu boleh keluar rumah pergi kedai pakai baju selekeh dan seluar pendek, tapi sekarang kena jaga penampilan sentiasa," katanya.
Sementara itu, kata mereka, setiap kritikan yang membina daripada semua pihak dapat membantu mereka untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih bagus.
Source: Mstar
Friday, February 21, 2014
Azhael AF2013 Dituduh Lelaki Lembut?
Related Posts:
Indah (AF 2013) Terkejut Gosip Putus Tunang Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) iaitu Indah terkejut apabila dikatakan putus tunang baru-baru ini.Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 27, berkata, dia hairan bagaimana tuduhan itu boleh … Read More
Ewal Dijangka Beri Saingan Hebat Di Konsert Pertama #AF2014 KUALA LUMPUR, 3 SEPT 2014: Tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum konsert pertama Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang bakal membuka tirainya pada Ahad ini. Ramai yang tidak sabar untuk menunggu kehebatan 12 orang pela… Read More
Hattan Pengetua, Faizal Ismail Diumum Pengacara Bersama Konsert AF2014 Penyanyi rock terkenal, Datuk Hattan diumumkan sebagai Pengetua AF2014. PETALING JAYA: Konsert minggu pertama Akademi Fantasia 2014 (AF2014) membuat kejutan apabila mengumumkan bekas penyampai radio Hot FM iai… Read More
Astro Perkenal 12 Pelajar AF2014 Seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) diperkenalkan. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), telah diperkenalkan dalam satu majlis yang di… Read More
Konsert Kedua #AF2014 Bertemakan Lagu Hits 90-an Bagi peminat-peminat lagu era 90-an sudah pasti teruja untuk mendengar pelajar-pelajar #AF2014 membawakan kembali zaman kegemilangan lagu-lagu tersebut di konsert kedua yang bakal berlangsung Ahad ini bukan?Bertemakan lag… Read More
0 comments:
Post a Comment