Tuesday, February 18, 2014

Erra Fazira & Engku Emran Cerai, Suami Dapat Hak Penjagaan Anak

Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon dan pengacara program Primadona, Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.

Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor).


Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.

Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya.

Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).

Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee.

Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian.

Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.


Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.

"Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai," katanya.

Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.

Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Liza Abdullah DiCerai Talak Satu Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin. Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahm… Read More
  • Sari Yanti Sah Failkan Penceraian 25 Februari Lalu Berita sedih buat para peminat dunia hiburan tanah air. Desas-desus mengenai penceraian pelakon jelita Sari Yanti telah pun disahkan melalui Harian Metro hari ini. Telah berkahwin dengan Mohd Eddy Casmady pada 16 Januari 20… Read More
  • Erra Fazira & Engku Emran Cerai, Suami Dapat Hak Penjagaan Anak Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon dan pengacara program Primadona, Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah… Read More
  • Luahan Hati Erra Fazira Selepas Bercerai Kali ke2 SELASA, 18 Februari 2014 barangkali satu tarikh yang tidak akan pernah luput dari ingatan seorang wanita bernama Fazira Wan Chik. Pada tarikh itu, hanya sehari sebelum semuanya berubah, beliau baru mengetahui bahawa 18 F… Read More
  • Fiza Elite Sah Failkan Permohonan Cerai Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan. Menurut sumber, Fiza … Read More

0 comments:

Post a Comment