Showing posts with label Kilaun Emas 4. Show all posts
Showing posts with label Kilaun Emas 4. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

Kilauan Emas 4: Arip Raih Gelaran Juara

Arip bersama hadiah yang diterimanya. Foto AIZUDDIN AFIQ FIRABERI
KUALA LUMPUR: Peserta Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik.

Dalam pada itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.

Dari kiri: Zain, Arip dan Ben. 
Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dima mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu Solo, Medley dan Duet.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Datuk M.Nasir, Mamat Khalid dan Datuk Hattan.
Sumber: Mstar

Thursday, June 5, 2014

Kilauan Emas Mega Final: Zain, Arip & Ben Bakal Berentap

Pihak Astro membuat kejutan apabila tiga peserta iaitu Zain, Arip dan Ben diumumkan akan bertanding ke peringkat Mega Final, pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang bakal diadakan pada 11 Jun depan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Tiga peserta tersebut bakal bersaing untuk merebut gelaran juara Kilauan Emas musim keempat yang menyediakan hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi.



Terdahulu pengacara Raja Azura pada malam Rabu turut mengumumkan pemenang tempat keempat iaitu Nordin Yusof yang membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort dan langganan majalah Midi beserta trofi.



Manakala, Mohammad Nasiruddin atau Nas Menduduki tempat kelima dengan meraih wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah Midi dan trofi.
Sementara itu Anugerah Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus dimenangi oleh Nordin. Dia menerima wang tunai RM15,000 dan trofi.



Manakala bagi kategori Peserta Teladan dimenangi oleh Raida yang membawa pulang hamper barangan Nestle.

Hadiah-hadiah berkenaan tidak termasuk hadiah iringin berupa wang tunai sumbangan Nestle.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Erra Fazira, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Lima peserta akhir beraksi selepas lapan minggu bersaing dengan 13 peserta lain untuk merebut ke tempat Mega Final Kilauan Emas 4 minggu hadapan.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta  diuji dengan tema yang lebih mencabar pada segmen pertama iaitu lagu bebas dan sebuah lagu baharu.

Program akhir itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Datuk Ramli Sarip, Firman, Farahwahida, Zamani (Slam), Ziana Zain, Nassier Wahab dan Rohana Jalil.

Sementara itu, konsert akhir yang berlangsung pada pukul 9.30 itu telah dicemari beberapa pergaduhan kecil di luar pintu utama apabila segelintir penonton yang hadir tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Bagaimanapun, mereka yang gagal memasuki dewan itu terpaksa menonton konsert akhir di layar lebar yang disediakan pihak Astro di perkarangan dewan tersebut.

Kilauan Emas 4 disiarkan setiap hari Rabu bermula pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro Prima (132) dan Mustika HD (134).

Sumber: Mstar

Aura Diva Ziana Zain Terserlah di Kilauan Emas 4 Final

Aura Diva Ziana Zain Terserlah di Kilauan Emas 4 Final

Ziana Zain kita telah menyampaikan secara live lagu Penawar Semalu dan Puncak Kasih di konsert Kilauan Emas 4 semalam. Macam komen yang dapat dilihat di media sosial terutamanya di facebook.

Walaupun usianya di mamah usia, namun tetp memberikan persembahan yang bertenaga bagi mengubati rindu para peminatnya yang saban tahun makin bertambah. Saksikan ..
























Saksikan persembahan beliau di konsert tersebut:


Ziana Zain- Penawar Semalu & Puncak Kasih (live) by azzhar9009


Saturday, May 3, 2014

Kilaun Emas 4 : Leewah, Hayati Mangsa Pertama Penyingkiran

Konsert kedua Kilauan Emas 4 (KE 4) menyaksikan dua peserta, Leewah dan Hayati memperolehi markah terendah dan terpaksa menamatkan perjalanan mereka di dalam pertandingan realiti itu.

Leewah yang menyanyikan lagu Bunga Berguguran dan Hayati dengan lagu Nazam Berkasih pada malam konsert bertemakan Runut Bunyi dan Irama Malaysia gagal menarik perhatian juri.

Hayati ketika ditemui selepas konsert KE 4 pada malam Rabu memberitahu kepada Astro Gempak pengalamannya bersama rakan-rakan terutama tenaga pengajar KE 4 tidak mungkin dilupakan.

“Banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang berada di sini. Cikgu-cikgu banyak memberi tunjuk ajar dan jasa mereka tak mungkin saya lupakan,” katanya.

Sementara itu, satu-satunya peserta berbangsa Tionghua, Leewah berkata penyertaannya di dalam KE 4 adalah disebabkan dorongan daripada suami.

“Saya berterima kasih kepada suami saya kerana dialah saya berada di KE 4. Dia juga telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya.

“Kepada yang telah mengundi, terima kasih banyak-banyak kerana sudi memberi sokongan kepada saya. Saya hargai setiap undi anda,” ujarnya.

Leewah dan Hayati
Dengan penyingkiran Hayati dan Leewah 11 lagi peserta otai akan berentap untuk merebut gelaran juara KE 4.

Teruskan mengundi jika mahu peserta kegemaran anda terus bertahan hingga ke pusingan akhir nanti!

Anda hanya perlu menaip KEPESERTA atau KE<3/5/10>jarak untuk 3,5,10 undian ke 32777.

Contoh: KE10 PESERTA dan hantar ke 32777. Untuk 20 undian: Taip KE20PESERTA dan hantar ke 32777.

11 finalis terbaik yang bakal berentap pada minggu seterusnya ialah lapan peserta lelaki iaitu WAKGAN (Abdul Ghanni Tahil, 67, Singapura), BEN (Benasil Kudong,65, Sabah), JOI (Jokepli Hamdi, 50, SARAWAK), NAS (Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim, 44, Selangor), ZAIN (Md Zain Ramli, 45 Selangor), NORDIN (Nordin Yusoff, 53, Kelantan), ARIP (Omar Sharif Mat Din, 42, Pahang) dan SILVA (Selvalingam A/L Munaisamy, 54, Melaka).

Manakala tinggal tiga lagi peserta wanita bakal merebut tempat ialah peserta perempuan iaitu AZIANA (Aziana Ab Kadir, 46, Kelantan), MAYA (Muhaiyah Harun, 55, Negeri Sembilan) dan RAIDA (Zuraidah Mohd Zain, 41, Kuala Lumpur).

Teruskan menonton KE 4 di Astro Prima (saluran 105) dan Mustika HD (saluran 135) pada setiap Rabu, 9.30 malam. Orang ramai juga dijemput hadir untuk menyaksikan konsert KE 4 secara langsung setiap minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Kepada yang ingin menonton KE 4 di Dewan Sri Putra, pastikan anda datang seawal jam 8.00 malam, berumur 13 tahun ke atas, berpakaian kemas serta berkasut. Pastikan anda tidak memakai seluar pendek.

Sumber: Murai