Showing posts with label Ramlah Ram. Show all posts
Showing posts with label Ramlah Ram. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Alyah, Ramlah Ram Berganding Dalam 'Konsert Sensasi 2'

news @mStar

Alyah, Ramlah Ram Berganding Dalam 'Konsert Sensasi 2'

Buat pertama kali, dua penyanyi popular, Ramlah Ram dan Alyah digabungkan dalam satu pentas yang sama bagi menjayakan Konsert Sensasi 2 di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut penerbitnya, Mohd Yusni Mohd Ali, kedua-dua artis berkenaan digabungkan bagi memberi kelainan terhadap program rakaman sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang.

"Kedua-dua artis ini digandingkan kerana mereka merupakan artis kelahiran RTM dan mempunyai kekuatan vokal tersendiri.

"Selain itu, mereka juga mempunyai peminat sendiri daripada dua zaman berbeza. Dari segi pemilihan lagu, kami memberi peluang kepada mereka untuk menyanyikan lagu popular dan kegemaran masing-masing," jelasnya ketika ditemui selepas selesai rakaman Konsert Sensasi 2, di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, Rabu.
more

Saturday, January 8, 2011

Ramlah Ram with New single - Cinta Gila

Ramlah Ram ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Dilahirkan pada 19 Februari 1965 di Kesang, Muar Johor adalah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu dan lain lain.

Ramlah Ram with New single - Cinta Gila : Download
Preview : youtube