Showing posts with label Fasha Sandha. Show all posts
Showing posts with label Fasha Sandha. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Fasha Sandha Sah Hamil Anak Kedua


Berita kehamilan Fasha Sandha akhirnya terjawab apabila pelakon ini mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

"Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki,” ujar Fasha dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam satu laman web.

Untuk rekod, Fasha dan suami, Jejai telah dikurniakan anak sulung, Putra Rayfal, 1, pada 15 April tahun lalu.

Sumber: Media Hiburan

Tuesday, February 1, 2011

Titik Nokhtah Cinta Fasha Sandha dan Jejai

 Titik Nokhtah Cinta Fasha Sandha dan JejaiGossip @Bharian

Titik Nokhtah Cinta Fasha Sandha dan Jejai

ENGGAN terus menoleh laluan semalam yang menyakitkan, Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri tanpa perlu menyatakan segala punca dan alasan yang menyebabkan percintaannya dengan Rizal Ashram Ramli berakhir, baru-baru ini.

Mudah pendirian Fasha, 27, cukup cuma dia dan Rizal Ashram atau lebih mesra disapa Jejai, 34, saja yang tahu mengapa mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing.

“Kegagalan percintaan kami saya jadikan sebagai titik kebangkitan dalam kehidupan, apatah lagi pada 28 Mac ini saya akan berusia 27 tahun. Saya tidak akan sesekali menyalahkan diri sendiri atau menuding jari kepada sesiapa saja atas apa yang berlaku. Semua yang terjadi ini adalah ketentuan takdir.

Kronologi percintaan Fasha - Jejai

# Sekian lama menafikan hubungan yang diperkatakan, Fasha dan Jejai akhirnya membuat pengakuan rasmi mereka ialah pasangan kekasih pada 18 Mei tahun lalu.

# Pengakuan itu adalah lanjutan daripada kejutan Jejai yang menempah helikopter untuk ke Pulau Lang Tengah, Terengganu ketika Fasha menjayakan penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata.

# Percintaan mereka diuji apabila bintang Nur Kasih, Tiz Zaqyah dikatakan cuba menggoda Jejai hingga Fasha membuat kenyataan terbuka di laman Twitter meminta Tiz supaya tidak mengganggu teman lelakinya pada Jun tahun lalu.

# Selesai itu, Fasha membuat kenyataan kepada pihak media mengenai hasratnya untuk mengakhiri hubungannya dan Jejai dengan ikatan perkahwinan jika ada jodoh.

# Hubungan cinta mereka diuji lagi apabila hati Fasha terluka apabila mendapat tahu Jejai bersama keluarga, bekas isterinya, Nora Danish serta anak mereka bercuti ke Jepun baru-baru ini. Fasha pula ke Pulau Bali, Indonesia bagi merawat hatinya yang luka apabila mendapat tahu Nora turut sama dalam percutian itu.

# Percutian Fasha menjadi perhatian apabila gambarnya berbikini ketika bercuti di pulau itu disebarkan di Internet. Lucunya apabila laporan menyebut Fasha berbuat demikian kerana infin melepas geram dengan tindakan Jejai bercuti bersama bekas isterinya.

# Selepas berteka-teki mengenai status percintaan mereka, Jejai pada Isnin lalu menamatkan persoalan itu dengan mengumumkan dia dan Fasha sudah berpisah.

# Jejai membuat kenyataan dan penjelasan itu selepas terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip. Jejai juga menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan mereka.

More gossips

Friday, January 21, 2011

Fasha Sandha & Kontroversi Bikini

Fasha Sandha Bikini Gossip @mstar

Fasha Sandha & Kontroversi Bikini

MINGGU lalu, cerita kontroversi aktres Fasha Sandha setelah penyebaran gambarnya memakai bikini di Internet kerap kali bermain di muka hadapan akhbar.

Bagaimanapun, wanita itu enggan memberikan komen lanjut sebaliknya mengambil pendekatan mendiamkan diri bagi mengelakkan kontroversi itu berpanjangan.

Baru-baru ini, Fasha telah digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambarnya berbikini di pantai Bali, Indonesia ketika bercuti pada 30 Disember lalu.

Kontroversi bertambah hangat apabila Fasha tidak hadir pada majlis Pertunjukan Fesyen Ceongsam Green, Selasa lalu pada saat-saat akhir sehinggakan pereka fesyen terkenal, Hezree Wahid terpaksa menarik diri pada majlis tersebut. more/ previous gossips

Saturday, January 15, 2011

Fasha Hilangkan Diri ?

Isu Fasha Sandha #Fasha berbikini di Bali menjadi liputan meluas di media-media tempatan. Termasuklah Kosmo pun jadi muka depan tajuk utama pilihan akhbarnya. Sampaikan Fasha dikatakan menghilangkan diri.

Isu ini jugak dikatakan terus menjadi topik hangat di akhbar tempatan. Apa masalah dan isunya pun, 9009 pun kurang pasti. Macam tak best aje.. heheh

Jika anda search google engine wow banyak jugak pasal Fasha ni yer..uhuh.
About 2,160,000 results
(0.21 seconds)


Jom baca previous news/gossip

Thursday, January 13, 2011

Kontroversi Gambar Seksi, Fasha Kunci Mulut

fasha sandha sexyNews @ MStar

SUBANG JAYA: Pelakon popular Fasha Sandha enggan memberi sebarang komen terhadap segala kontroversi termasuklah penyebaran gambarnya memakai bikini dalam Internet.

Jelas "Fasha", dia mahu mengambil pendekatan berdiam diri bagi mengelakkan kontroversi tersebut berpanjangan yang akan lebih memburukkan keadaan.

“Tiada komen terhadap semua perkara tersebut. Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi ini. Biarlah orang nak beri apa juga persepsi terhadap saya. Apa yang penting saya tidak mahu mengulas apa pun. Bagi saya lebih baik saya tidak cakap daripada memberi komen tetapi disalah ertikan maksudnya,” ujarnya yang ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular (ABP), di sini, Rabu.

Dalam pada itu juga, difahamkan ibu bapa kepada pelakon drama Chinta ini telah hadir ke pejabat sebuah akhbar tempatan petang Selasa lalu selepas gambarnya berbikini dikeluarkan akhbar tersebut.

“Saya tidak tahu kalau ibu bapa saya ke (akhbar) Kosmo+ kerana kontroversi ini dan saya tidak mahu komen apa-apa.

“Yang penting keluarga dan peminat saya memahami keadaan yang berlaku dan sentiasa berada di belakang saya dengan memberikan sokongan,” katanya. more news

Previous news

Wednesday, January 12, 2011

Fasha Sandha minta maaf isu bikini di Bali

Hot gossip with comments over the leaked pictures of Malaysian actress Fasha Sandha's holiday bikini pictures which were posted by her friend in Facebook. Four pictures in total show the actress holidaying in Bali on 30th December 2010, with one of them showing Fasha, in a blue flora bikini, posing with an eagle.

"Salam utk peminat yang saya kasihi.Ya, memang benar ini gambar saya yg memakai bikini dan kain pario berwarna hijau. Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kerana berpakain begini bersama 3 sahabat wanita di tepi pantai Tanjung Benua Bali pada 30 Dec lalu. Gambar ini telah tersebar luar dalam blog2 internet dan menjadi isu selepas sahabat saya Syazwani meletakkan di laman facebook miliknya.Saya amat kesal dengan perbuatan saya. Saya tidak sempurna dan tidak lepas dari melakukan kesilapan.Pls accept my apology.Thank You."