Tuesday, February 1, 2011

Titik Nokhtah Cinta Fasha Sandha dan Jejai

 Titik Nokhtah Cinta Fasha Sandha dan JejaiGossip @Bharian

Titik Nokhtah Cinta Fasha Sandha dan Jejai

ENGGAN terus menoleh laluan semalam yang menyakitkan, Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri tanpa perlu menyatakan segala punca dan alasan yang menyebabkan percintaannya dengan Rizal Ashram Ramli berakhir, baru-baru ini.

Mudah pendirian Fasha, 27, cukup cuma dia dan Rizal Ashram atau lebih mesra disapa Jejai, 34, saja yang tahu mengapa mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing.

“Kegagalan percintaan kami saya jadikan sebagai titik kebangkitan dalam kehidupan, apatah lagi pada 28 Mac ini saya akan berusia 27 tahun. Saya tidak akan sesekali menyalahkan diri sendiri atau menuding jari kepada sesiapa saja atas apa yang berlaku. Semua yang terjadi ini adalah ketentuan takdir.

Kronologi percintaan Fasha - Jejai

# Sekian lama menafikan hubungan yang diperkatakan, Fasha dan Jejai akhirnya membuat pengakuan rasmi mereka ialah pasangan kekasih pada 18 Mei tahun lalu.

# Pengakuan itu adalah lanjutan daripada kejutan Jejai yang menempah helikopter untuk ke Pulau Lang Tengah, Terengganu ketika Fasha menjayakan penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata.

# Percintaan mereka diuji apabila bintang Nur Kasih, Tiz Zaqyah dikatakan cuba menggoda Jejai hingga Fasha membuat kenyataan terbuka di laman Twitter meminta Tiz supaya tidak mengganggu teman lelakinya pada Jun tahun lalu.

# Selesai itu, Fasha membuat kenyataan kepada pihak media mengenai hasratnya untuk mengakhiri hubungannya dan Jejai dengan ikatan perkahwinan jika ada jodoh.

# Hubungan cinta mereka diuji lagi apabila hati Fasha terluka apabila mendapat tahu Jejai bersama keluarga, bekas isterinya, Nora Danish serta anak mereka bercuti ke Jepun baru-baru ini. Fasha pula ke Pulau Bali, Indonesia bagi merawat hatinya yang luka apabila mendapat tahu Nora turut sama dalam percutian itu.

# Percutian Fasha menjadi perhatian apabila gambarnya berbikini ketika bercuti di pulau itu disebarkan di Internet. Lucunya apabila laporan menyebut Fasha berbuat demikian kerana infin melepas geram dengan tindakan Jejai bercuti bersama bekas isterinya.

# Selepas berteka-teki mengenai status percintaan mereka, Jejai pada Isnin lalu menamatkan persoalan itu dengan mengumumkan dia dan Fasha sudah berpisah.

# Jejai membuat kenyataan dan penjelasan itu selepas terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip. Jejai juga menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan mereka.

More gossips

0 comments:

Post a Comment